• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Wednesday, August 3, 2016

Perbezaan antara Peruqyah Sunnah dengan Perawat Perdukunan


[7:13PM, 03/08/2016] RH Awaluddin BANGI:

HATI-HATI DENGAN MEREKA YANG MENGAKU PENGAMAL RUQYAH. SELIDIKI DULU AMALAN MEREKA. JIKA BERCANGGAH DGN SYARI'E, MAKA JAUHI!

Maka di sini, kami paparkan BEZA RUQYAH dengan PERDUKUNAN. Semoga kita memahaminya.

1. Ruqyah itu menggunakan (membacakan) Al-Quranul Karim, Asma Allah dan sifat-sifat-Nya, membacakan doa dengan bahasa Arab atau bahasa yang mudah difahami. Membaca Asma Allah disini bukan mewiridkannya sekian ratus atau ribuan kali kemudian berdoa, bukan begitu! Nabi sollahu 'alaihi wasallam mengajarkan kepada kita bagaimana berdoa dengan menggunakan Asma wa Sifat, salah satu yang beliau sollahu 'alaihi wasallam ajarkan adalah:

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَاسَ ، اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِى ، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

"Ya Allâh, Rabb (pencipta dan pelindung) semua manusia, hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah, Engkau adalah asy-Syâfi (Yang Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (daripada)-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit (lain)." (HR Bukhori & Muslim)

Maka, jika ada seseorang yang membacakan kepada anda Asmaul Husna ratusan hingga ribuan kali kemudian berdoa atau membacakan kepada anda Al-Quran kemudian ditambah dengan bacaan yang anda tidak fahami, BERWASPADA. Itulah salah satu TANDA PERDUKUNAN.

2. Peruqyah tidak meyakini bahawa bacaan tersebut berkesan dengan sendirinya melainkan atas izin ALLAH SWT dan sentiasa mengingatkan PESAKIT untuk BERTAWAKAL kepada Allah. Sebaliknya, para DUKUN mempengaruhi anda untuk bertawakal kepada mereka, mengancam dan menakut-nakutkan anda (lazimnya secara kiasan/berlapik).

3. Peruqyah itu TIDAK BOLEH MENGAGAK/MEMBAYANGKAN atau dapat MELIHAT JIN. Jika ada peruqyah yang mendakwa diri dapat MELIHAT/MEMBAYANGKAN JIN, maka inshaa ALLAH dia adalah positif mempunyai ciri-ciri seorang DUKUN.

4. Ruqyah tidak mensyaratkan anda untuk mandi BUNGA, mandi air 7 kolah, menyembelih haiwan dengan ciri-ciri tertentu, membuat lukisan tubuh, memiliki amalan khusus, isim, azimat, TANGKAL dan KHODAM daripada bangsa jin. Jika ada seseorang yang mensyaratkan hal ini, dapat dipastikan dia positif mempunyai ciri-ciri DUKUN.

5. Peruqyah tidak pernah memberikan amalan, baik wirid mahupun puasa yang tidak diperintahkan Nabi solllahu 'alaihi wasallam. Jika ada seseorang yang memerintahkan anda membaca ini dan itu ratusan hingga ribuan kali, puasa ini dan itu tanpa ada perintah Nabi sollahu 'alaihi wasallam, dapat dipastikan dia berkemungkinan besar seorang DUKUN.

6. Peruqyah tidak dapat memindahkan penyakit kepada haiwan atau telur, membuka hijab/aura atau bahkan melakukan OPERASI/BEDAH GHAIB/BATIN. Jika anda menemui hal demikian, maka itu adalah jenis PERDUKUNAN yang jelas.

7. Peruqyah tidak pernah meminta barang/bekas pakaian, menanyakan nama ibu kandung atau tanggal lahir sebelum melakukan pengubatan. Jika ada seseorang yang melakukan hal tersebut, dapat dipastikan dia adalah positive dengan ciri-ciri seorang DUKUN.

Allahu a'lam.


Semoga beroleh manfaat dan rahmat Allah. ^_^

Dungun, Terengganu, Malaysia.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah