• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Wednesday, August 5, 2015

'Aspie' yang Unik, Istimewa dan Genius


"Jawapan buat soalan lazim "Kenapa anak autism saya suka tak pakai baju" (soalan yg kerap kita baca kan). I am a person on the spectrum (Asperger) I can relate.

Saya balik rumah je, saya mesti tukar pada baju kelawar saya no matter what. Sampai lunyai la situ baju tu (sebab sometimes only 1 ke 2 helai and even baju sama pattern kalau material lain sikit je...thats it. Peram tak pakai) Sometimes bila overwhealm saya pakai Abaya je atas baju kelawar saya coz "I dont feel like it" but I have to go out.



Ni jawapan standard. Cari one clothing dia comfortable. Beli banyak pun tak pe. Same color pun biarkan situ. Saya baru borong tshirt 5 helai at RM10 each (paksa diri, baju kelawar dah buruk nak jadi roti jala pun ada hahaha - beli sehelai sedap plak...jadi obses hari2 nak pergi Aeon Big borong habis) Cotton and white. Buat tidur, buat lepak di rumah, keluar saya sarung abaya...at least I am an adult I can speak for myself...but if a child, u kena jadi catalyst untuk anak syurga u cari titik keselesaan dia.

Sebab tu saya "breaking bad" borong tshirt cotton tu. Baju kelawar dah terlampau buruk. Saya beli 2 tshirt tu memula. Tapi bila pakai selesa sangat. Jadi obsessi hari2 kepikiran...bila nak pergi beli...bila nak pergi beli lagi. Jadi tak keruan. Tapi sebagai adult saya tahu saya kena hide these feelings dan execute secara tenang. Mulalah anxiety set in, ntah2 habis stok nanti, ntah2 Aeon Big discontinue...tapi saya terpaksa sabar. Saya terpaksa akui "kelainan saya" bukan "kekurangan" - saya berzikir utk tenangkan hati...kita tak mintak di bina begini. Ada hikmahnya."

Inilah pengalaman sebenar penghidap autism yang saya petik dari sini - http://liyasyamel.blogspot.com/2015/07/saya-5-helai-tshirt-cotton-rm10-itu-ask.html.

APA ITU AUTISME?

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria.

Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

Beberapa perkara perlu disebutkan di sini adalah:

- analisa autism sebagai kebutaan minda (mind blindness) -- ketidak mampuan mencipta model fikiran orang lain. Contoh biasa adalah "di mana X mencari objek yang mereka simpan, tetapi dialih oleh Y" -- lihat teori minda
- fenomena 'idiot savant' kadang-kala dilihat pada mereka yang mempunyai autism
- autism, asperger semakin kerap dianggap sebagai keupayaan masyarakat yang berterusan (continuum of social capability).
- penyelidikan terkini (kontrovesi) di UK mencadangkan kemungkinannya terdapat kaitan antara autism dan vaksin MMR
- terdapat dakwaan terkini bahawa autism kemungkinannya didorong oleh keracunan logam berat/logam raksa (tiada sokongan dalam penulisan perubatan utama.)
- peningkatan dakwaan rawatan berjaya pada kanak-kanak dengan rwatan chelation permakanan bebas kafin, bebas gluten & raksa.
- RDI merupakan program rawatan mensasar kecacatan teras sosial/hubungan pesakit autism

Kedua-dua Oliver Sacks dan Torey Hayden telah menulis mengenai pesakit atau pelajar autistik. Temple Grandin turut menulis mengenai hidupnya. Donna Williams (Autism:an inside-out approach, ISBN 1-85302-387-6) gives an interesting perspective on the experience of the person with autism.

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Autisme


SALAH SATU JENIS AUTISME

Sindrom Asperger atau Masalah Asperger merupakan kecacatan spektrum austisma yang disifatkan melalui kesukaran pesakit dalam interaksi sosial bersama dengan tingkah laku yang berulang-ulang dan terhad. Sindrom ini berbeza daripada spektrum autisma yang lain melalui perkembangan linguistik dan kognitif.[1]

Mereka yang mempunyai Sindrom Asperger menunjukkan pelbagai ciri-ciri dan masaalah ini berlainan dari serdahana sehingga teruk. Mereka dengan Sindrom Asperger menunjukkan kekurangan dalam kemahiran kemasyarakatan yang jelas, mempunyai masaalah dengan perubahan dan cenderung kepada suasana yang serupa. Mereka sering mempunyai kebiasaan yang sama dan asyik dengan sesuatu perkara.

Mereka menghadapi masaalah membaca petunjuk bukan kata (gerak badan) dan sering kali mereka dengan Sindrom Asperger menghadapi masaalah menentukan ruang jarak badan dengan orang lain. Mereka juga biasanya sensitif kepada bunyi, rasa, bau, dan cahaya, seringkali gemarkan kain lembut, makanan tertentu, dan terganggu dengan bunyi atau cahaya yang tidak disedari orang lain.

Ia adalah penting bagi menyedari bahawa mereka dengan Sindrom Asperger melihat dunia dengan sudut pandangan yang berlainan sama sekali. Dengan itu kebanyakan tabiat yang kelihatan pelik atau luar biasa biasanya disebabkan oleh kelainan neurological dan bukannya tabiat buruk yang sengaja atau kurang ajar, dan sudah pastinya bukan disebabkan oleh "didikan yang salah".

Secara takrifan, mereka dengan Sindrom Asperger biasanya mempunyai IQ biasa dan kebanyakan individual (walaupun bukan semua), menunjukkan kemahiran atau bakat menonjol dalam bidang tertentu. Disebabkan kelebihan mereka dan perangai betul bendul, mereka sering dilihat sebagai pelik dan mudah menjadi mangsa ejekan atau dibuli (sewaktu kanak-kanak).

Sementara perkembangan bahasa kelihatan normal pada luaran, penghidap Sindrom Asperger seringkali mempunyai masaalah dalam pragmatik atau paradoks. Perbendaharaan kata mereka amat luas dan sesetengah mereka kedengaran seperti 'pensyarah kecil'. Tetapi pengidap Sindrom Asperger amat lurus dan menghadapai masaalah mengendali bahasa dalam konteks kemasyarakatan.

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Sindrom_Asperger

 CIRI-CIRI AUTISME

Kebanyakan bayi autisme adalah berbeza ketika dilahirkan. Terdapat dua ciri utama yang sering ditunjukkan termasuklah mengelakkan sentuhan fizikal daripada penjaga dan melengkungkan belakang agar tidak disentuh fizikalnya oleh penjaga serta melembikkan badan jika menjangka untuk diangkat. Ketika bayi, mereka sering dianggap sebagai pasif atau ’overly agitated baby’.

Bayi yang ’ pasif ’ merujuk kepada tingkahlaku mereka yang diam pada kebanyakan masa dan kurang memerlukan perhatian atau membuat kerenah daripada ibubapa. Manakala bayi ’ overly agitated baby ’ pula merupakan bayi yang menangis dan kadang-kadang tanpa henti dan berjaga sepanjang masa.

Kanak-kanak autisme pula, mereka kebanyakannya mencapai tahap perkembangan motor seperti bercakap merangkak dan berjalan lebih awal daripada kanak-kanak biasa. Manakala sebahagiannya pula mempunyai perkembangan yang lewat.

Satu ciri yang hampir sama antara kanak-kanak ini ialah mereka mahu kepada kesamaan dan tidak suka kepada perubahan serta mengekalkan tingkahlaku yang sama.

Kanak-kanak autistik cuba mengekalkan rutin harian dan jika berlaku perubahan kecil sekalipun akan memperlihatkan sedih dan tidak tenteram. Mereka mahu kesamaan itu mungkin kerana tidak mempunyai keupayaan untuk memahami dan menangani situasi yang berbeza.
Kajian yang dilakukan oleh Camberwell mendapati tiga ciri yang paling jelas menunjukkan autisme ialah:
i. masalah sosial: lemah dalam interaksi dua hala
ii. masalah komunikasi; verbal atau non verbal
iii. kurang daya imaginasi

Kanak-kanak autistik mempunyai ingatan yang baik untuk menghafal sesuatu seperti jadual perjalanan bas walaupun mereka tidak memerlukan maklumat tersebut.
Setiap kanak-kanak autisme mempunyai ciri-ciri yang berbeza kecuali kanak-kanak autisme yang tulen, mereka mempunyai hampir semua ciri seperti berikut:
- Bersendirian dan berjauhan.
- Kanak-kanak ini menganggap manusia sebagai objek dan hanya akan berinteraksi jika didekati dengan cara yang tertentu dan orang yang disukai sahaja.
- Kanak-kanak ini menolak kehadiran seseorang atau melihat menembusi seseorang terutama ketika bercakap dengannya.
- Sukar bermain dan sikap yang berbeza dengan kanak-kanak normal.
- Pemerhatian atau pemeriksaan diri sendiri.
- Kanak-kanak ini memeriksa bahagian anggotanya seperti kaki dan tangan seolah-olah ianya baru dan pelik.
- Membuang masa pada sesuatu objek.
- Suka membawa berbagai objek dan amat marah apabila kehilangan objek tersebut.
- Sangat sayang kepada objek seperti kotak, kain dan marah jika kehilangannya.
- Membuat garisan atau corak dengan berbagai objek tanpa menghiraukan fungsi sebenar objek tersebut.
- Meneliti objek dengan cara yang aneh seperti menggigit, mencium, perhati dekat dengan mata dan menjauhkannya, memusing objek atau melihat menembusi sesuatu gambar tanpa melihat gambar tersebut.
- Permainan yang aneh dengan objek seperti memusing, menggoyangkan tali, menggoncang objek di dalam tin dan mengoyak kertas.
- Tidak suka kepada perubahan.
- Sangat sukar mengubah rutin seperti menukar pakaian baru, makanan lain, jalan lain atau makan ubat kerana melanggar rutin hariannya.
- Menolak penerimaan belajar perkara baru.
- Marah jika perabut di dalam rumah diubah-ubah.
- Bersifat aneh terhadap sesuatu penerimaan deria.
- Tidak bertindak balas terhadap percakapan atau bunyi-bunyian.
- Menutup telinga bila mendengar bunyi atau seseorang bercakap dengannya.
- Bersikap seperti orang pekak walaupun boleh mendengar.
- Tiada tindak balas terhadap sesuatu yang dilihat.
- Menunjukkan minat pada benda yang bergerak.
- Mengelakkan diri melihat sesuatu apabila disuruh.
- Bersikap seperti orang rabun walaupun boleh melihat.
- Bersikap aneh terhadap kesakitan, panas atau sejuk. Bahkan tidak merasa sakit, panas dan sejuk.
- Sikap atau perasaan ganjil dan tidak normal.
- Marah amat sangat atau mengamuk dengan jeritan, menangis, menendang, menggigit dan sebagainya samada apabila hilang objek kesayangan, dilarang memakan sesuatu yang disukai, hilang orang yang disayangi atau pun tanpa sebab.
- Mengilai dan ketawa tanpa sebab.
- Tidak tahu erti bahaya. Mereka akan bermain dengan api, melintas jalan, memanjat bumbung rumah dan lain-lain lagi.
- Gangguan pertuturan.
- Intelek yang luar biasa
- Pintar matematik
- Bijak ’ jigsaw puzzles ’
- Ingatan kuat terhadap hafalan seperti senikata lagu, nombor, nama dan lain-lain lagi.
- Cepat membaca dan menulis.
- Kemahiran mekanikal luar biasa.
- Ciri-ciri utama Kanak-Kanak Autisme
Berkelakuan seperti orang pekak walaupun boleh mendengar.
- Tidak memahami apa yang dilihat walaupun boleh melihat.
- Gemar bermain dengan bentuk permainan yang luar biasa.
- Menangis dan marah tanpa sebab.
- Ketawa dengan tiba-tiba.
- Tidak mahu dipeluk dan dibelai.
- Bercakap tidak putus-putus mengenai objek yang disukai.
- Perkataan berulang-ulang.
- Suka memutarkan barang.
- Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
- Tidak merasai kesakitan.
- Berkelakuan aneh.
- Tingkah laku terlalu aktif atau pasif.
- Sukar menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
- Tidak mahu bermesra.
- Mempunyai bakat tertentu seperti muzik.
- Menunjuk dengan jari apa yang dikehendaki.
- Memegang tangan orang lain untuk memberi arahan.
- Tidak mahu menerima pelajaran biasa.
- Suka meniru perkataan orang lain.
- Tidak mahu perbezaan dalam hidup.
- Tidak mengenali sesuatu bahaya.
- Sayang terlampau terhadap sesuatu objek.
- Suka mengelak diri daripada bertentangan mata semasa berkomunikasi.
- Menghadapi gangguan deria .
- Berlaku semasa lahir atau sebelum berumur dua tahun.
- Sukar berhubung dengan orang lain.
- Memperlihatkan tingkah laku yang ganjil seperti tidak suka pada sentuhan, pelukan, senyuman atau bertentangan mata.
- Kelihatan seolah-olah tidak memberi perhatian tetapi berubah sifat dengan tiba-tiba apabila objek kegemaran disebut.
- Suka menyendiri seolah-olah tenggelam dalam dunia sendiri.
- Memperlihatkan perlakuan tersendiri yang menjadi masalah jika berterusan.


JENIS DAN AUTISME

Sememangnya tidak ada satu kata sifat yang menjelaskan setiap jenis individu autisme. Hal ini kerana terdapat banyak bentuk kecelaruan seperti individu yang anti sosial atau yang boleh bersosial, agresif terhadap diri sendiri atau pun agresif terhadap orang lain. Sesetengahnya mempunyai sedikit bahasa atau tiada bahasa langsung, ada yang mengulang-ngulang perkataan atau frasa dan sebahagian mempunyai kemahiran bahasa seperti individu normal.

Edelson (1999), berpendapat memandangkan masih tiada lagi ujian fisiologi untuk menentukan samada seseorang itu mempunyai autisme, oleh itu cara untuk mendiagnosis adalah bila individu menunjukkan beberapa ciri tingkahlaku yang berkaitan.

Sebenarnya ramai individu autisme mempunyai tingkahlaku yang berkait tetapi kecelaruan yang nyata bercirikan autisme. Kajian menunjukkan orang yang terlibat memang mempunyai tingkahlaku autisme mempunyai kaitan tetapi mempunyai kecelaruan yang jelas. Autisme tersebut termasuklah Sindrom Asperger, Sindrom Fragile X, Sindrom Landau-Kleffner, Sindrom Rett dan Sindrom Wiliams.

Sindrom Asperger mempunyai ciri seperti pemikiran yang konkrit, terlalu memikirkan mengenai sesuatu topik, ingatan yang baik dan mempunyai sikap yang ganjil serta luar biasa. Mereka boleh dianggap sebagai mempunyai tahap kefungsian yang tinggi dan layak untuk mempunyai kerja dan boleh hidup berdikari.

Sumber: http://pendidik-istimewa.blogspot.com/2013/02/ciri-ciri-jenis-autisme.html


Semoga beroleh manfaat dan rahmat Allah. ^_^

Dungun, Terengganu, Malaysia.



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah