• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Monday, June 15, 2015

Vaksin Dalam Perspektif Islam


Bismillahirrahmanirrahim.

Simposium Kebangsaan, Islam Dalam Sains Kesihatan: Vaksin Dalam Perspektif Islam 2015

Tema: Merungkai Persoalan, Membangun Nilai Pengetahuan
Tajuk Forum: Vaksin, Antara Tanggapan dan Hakikat
Anjuran: Unit Interdisiplin Kesihatan, Pusat Pengajian Sain Kesihatan (PPSK) 

Simposium berlangsung selama 2 hari bermula 8 sehingga 9 Jun 2015, bertempat di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan. Forum ini diadakan pada 8 Jun 2015, jam 8 malam bertempat di Dewan Utama, Balai Islam.

Ahli Panel:
1. Ybhg. Dr Suhazeli Abdullah, Pakar Perunding Perubatan Keluarga dan Penulis Buku
2. Ybhg. Puan Hajjah Fatimah Ahmad, Pakar Perubatan Naturopati
3. Munirah Syed Abu Bakar

Moderator:
- YBhg. Prof Madya Dr. Irfan Mohamad


PUSINGAN PERTAMA

Soalan pertama diajukan kepada panel pertama, Dr. Suhazeli.



Secara keseluruhan, beliau dengan baik menerangkan apa itu vaksin dan kepentingan vaksin kepada anak-anak kecil terutama kepada wabak besar seperti small pox. Juga, kepentingan vaksin yang ada di Malaysia kini mengikut jadual imunisasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Saya tidak akan mengulas panjang tentang pembentangan beliau namun setiap ulasan semua panel saya tulis untuk rujukan dan bacaan saya.

Soalan kedua diajukan kepada saya selaku wakil pemakanan alternatif. 

Saya diminta untuk menerangkan tentang pemakanan alternatif dan bagaimana ianya berkait rapat dengan sistem IMUNISASI MANUSIA.



Dengan SALAM dan SELAWAT serta ucapan terima kasih kepada moderator, ahli panel dan semua tetamu di dalam dewan, saya memulakan perkongsian.

Alternatif itu sendiri maksudnya pilihan. Manusia jika diberi pilihan, tentu sekali akan memilih sebaik-baik pilihan. Maka dalam konteks pemakanan, makanan alternatif adalah pemakanan yang baik. Dalam konteks pemakanan Islam (sebagai muslim), pertama sekali ciri-ciri pemakanan ini perlu dan mesti ada:

1. HALAL - mencari makanan yang HALAL itu wajib buat semua umat Islam.
2. THOYYIB - makanan yang baik. Makanan yang baik itu rangkumannya LUAS.

Makanan yang BAIK ialah makanan yang:

a) Berkhasiat dan tinggi nutrisi untuk BADAN dan MINDA.

b) Bersih yakni diuruskan oleh orang yang bersih, persekitaran yang bersih, alatan memasak yang bersih.

c) Asli dan semula jadi.
d) Tidak mendatangkan syubhah dan mudharat kepada badan.
e) Membawa KEBERKATAN kepada diri dan kehidupan kita sehari-hari.

Ciri-ciri di atas jika dilihat adalah ciri pemakanan SEMPURNA untuk kita UMAT MANUSIA. Ini kerana, MANUSIA adalah CIPTAAN ALLAH yang SEMPURNA.

Makanan yang SEMPURNA itu tentu disebut dalam AL-QURAN dan disokong dalam rujukan AL-HADITH.

Makanan Yang SEMPURNA ini adalah PEMAKANAN seorang kekasih ALLAH bernama MUHAMMAD SAW. Jika makanan dalam AL-QURAN itu sempurna, mengapa perlu makanan tambahan? Di sinilah ILMU PEMAKANAN memainkan PERANAN PENTING.

Manusia dilahirkan dengan SEBAIK-BAIK IMUNISASI di dalam badan. Maksud IMUNISASI adalah KEUPAYAAN DIRI MELAWAN PENYAKIT.

According to Merck Mannual Of Medical Information, "Immunisation is The Ability to fight disease - causing bacteria or viruses."

Adakah badan kita merupakan sistem imunisasi yang HEBAT? Jawapannya YA kerana VAKSIN dalam ISLAM wujud sejak ribuan tahun lagi.


VAKSIN DALAM ISLAM

Sesungguhnya tanpa kita sedari, vaksin telah bersama kita sebelum kita lahir lagi. Tiada pada agama lain kecuali ISLAM yang SEMPURNA ini. 

Vaksin untuk anak-anak kecil adalah sebelum ibu bapa menimang cahaya mata dengan doa untuk mendapatkan ZURIAT BAIK. Doa itu VAKSIN.

Bersama suami isteri dalam keadaan bersih itu VAKSIN. 

Semasa anak dalam dunia rahim ibu, peranan IBU BAPA sentiasa dengan ibadah, doa, bacaan Al-Quran, zikir dan Selawat itu adalah VAKSIN, yang saya namakan VAKSIN SPIRITUAL.

Kemudian vaksin spiritual untuk anak bersambung lagi semasa lahirnya mereka ke dunia dengan AZAN DAN IQAMAT.

Vaksin seterusnya adalah TAHNIK. Tahnik bukan sekadar budaya menyambut kedatangan anak tetapi jika dilihat dengan lebih mendalam, menTAHNIK dengan makanan BAIK dari AL-QURAN adalah kunci VAKSIN. PEMAKANAN PERTAMA MANUSIA. Bukan sebarang makanan tetapi makanan SYURGA yang TINGGI KHAISIAT, BAIK untuk Sistem IMUNISASI ANAK.

Subhanallah Indahnya ISLAM disambung lagi VAKSIN itu kepada SUSU IBU dengan susu awal ibu. Kolustrum umpama cecair emas, sebaik-baik sistem pertahanan yang masuk terus ke dalam DARAH ANAK.

VAKSIN Seterusnya adalah kehidupan anak-anak dengan suasana ISLAM yang BAIK,


PEMAKANAN YANG BAIK

Dunia perubatan manusia hari ini bermula dengan pemakanan. RASULULLAH SAW berpesan, punca utama pemakanan bermula dari PERUT.

Perubatan kontemporari dunia juga bermula daripada pemikiran HEBAT CENDEKIAWAN ISLAM seperti IBNU SINA atau Barat memanggil beliau AVICENNA.

VAKSIN ini telah wujud di dalam kitab-kitab terdahulu dan jawapannya sudah terungkai sejak dahulu tentang sakit dan wabak penyakit yang ada di dunia. 

Para ibu bapa perlu JELAS tentang PEMAKANAN KELUARGA. 'GOOD EATING HABIT' BERMULA dari RUMAH.

Ada makanan yang meningkatkan IMUNISASI BADAN. Ada makanan MERENDAHKAN dan MENGHANCURKAN IMUNISASI BADAN. PILIH DAN FAHAMI PEMAKANAN ANDA. 

Sekalipun anda memilih untuk tidak VAKSIN anak-anak di hospital, namun objektif tidak akan tercapai sekiranya anda tidak menjaga pemakanan dan perkembangan anak-anak,

Begitu juga dengan ibu bapa yang memilih VAKSIN, anda mesti tahu pemakanan yang baik.

Pilihan itu adalah terpulang kepada anda sebagai IBU BAPA, namun ALLAH memberikan kita AKAL untuk berfikir tentang KESEMPURNAAN pada RASULULLAH SAW agar kita mempelajarinya.

Ilmu perubatan moden pula adalah cabang ilmu yang mulia. Banyak manfaatnya untuk umat manusia. Berlapang dada dan berlapang minda dalam membuat pilihan.

Apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Itulah yang mencerminkan KITA SEBAGAI UMAT MANUSIA. Makan makanan yang baik, اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ jadi baik.

Kenalkan anak-anak kecil tentang pemakanan RASULULLAH SWT seperti KURMA, MADU, MINYAK ZAITUN, DELIMA, BUAH TIN dan banyak lagi yang tertulis di dalam AL QURAN.

***Pusingan pertama selesai selepas YBhg. Puan Hajjah Fatimah menerangkan dengan baik tentang pemakanan secara natural dan SEMULAJADI. Beliau menceritakan tentang pengalaman beliau sendiri yang sakit sewaktu muda dan mengalami strok serta bagaimana beliau sihat dengan izin ALLAH menerusi perubatan alternatif kaedah NATUROPATI.


PUSINGAN KEDUA

***Pusingan kedua bermula dengan sesi SOAL JAWAB dalam kalangan tetamu. Soalan pertama diajukan kepada saya.

Soalannya:

1. Pendapat saya tentang golongan yang anti kepada vaksin.

2. Adakah wujud mana-mana penyelidikan mengenai anak-anak yang tidak divaksin?

3. Jaminan kepada client (pengguna/pelanggan) yang tidak vaksin anak-anak mereka.

Jawapan Soalan 1

1. Saya menghormati setiap pendapat dan keputusan ibu bapa yang memilih untuk vaksin anak-anak mereka, tiada prejudis terhadap keputusan mereka. Jika saya anti kepada vaksin, ia adalah kesombongan kepada dunia perubatan moden tertutama dalam kes menentang wabak.

Namun, Allah memberikan kita akal untuk berfikir terlebih dahulu untuk memahami definisi vaksin dan imunisasi serta bagaimana makanan itu sendiri mempunyai vaksin dan tinggi imunisasi. Dalam UBAT tiada MAKANAN tetapi dalam MAKANAN ada UBAT.

Saya lebih bersyukur jika vaksin yang wujud hari ini adalah keluaran negara ISLAM, dari BUAH FIKIRAN muslim, اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ tiada unsur SYUBHAH. Dunia perubatan dunia bermula daripada cendekiawan hebat seperti IBNU SINA yang mana pemikiran dan hasil kajian beliau masih dijadikan rujukan sehingga hari ini.

Jika kita generasi MUSLIM ingin melahirkan generasi HEBAT dan mengembalikan KEGEMILANGAN DUNIA ISLAM, mulalah dari PEMAKANAN YANG BAIK. Ini kerana, makanan menghasilkan MINDA HEBAT, FIZIKAL HEBAT, SPIRITUAL HEBAT dan AKHLAK HEBAT. Semua aspek kehidupan MANUSIA ada dalam ISLAM.

Jawapan Soalan 2

2. Saya berterima kasih dengan soalan ini kerana saya telah mengusulkan buah fikiran kepada pihak universiti untuk mengadakan satu kajian klinikal di MALAYSIA sehingga 20 tahun akan datang. Kajian lengkap antara anak-anak yang divaksin dengan anak-anak yang tidak divaksin bermula dari tahun ini (2015) sehingga tahun 2035.

Skopnya tertumpu kepada ketahanan badan, tahap imunisasi, tahap pemikiran dan pencapaian akademik (contoh skop dari saya) anak-anak ini kerana keputusan ini adalah sangat penting bagi masa depan generasi anak-anak muda kita.

Namun menurut pihak universiti, kajian sebegini akan dianggap tidak beretika kerana ia dilihat seolah-olah menolak sistem perubatan moden. Oleh yang demikian, saya merasakan kajian sebegini boleh dilaksanakan oleh kementerian atau badan kerajaan lain seperti Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat.

اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ dengan izin ALLAH, kajian sebegini akan dapat dijalankan.


Jawapan Soalan 3

3. JAMINAN itu bukan datang daripada manusia, JAMINAN itu hanya dari ALLAH SWT. Namun, kita tiada konsep BERSERAH sebelum BERUSAHA. Semuanya perlu dengan usaha, keyakinan, dan konsistensi (istiqamah), kemudian barulah BERDOA, BERTAWAKAL dan serahkan kepada ALLAH yang MAHA BERKUASA. Tugas saya adalah memberi rundingan dan sokongan sebaik mungkin.

Jawapan Soalan Tambahan

Soalan lain yang diajukan adalah:
Jika kita ke negara luar yang mempunyai masalah kesihatan, wabak dan sebagainya, bagaimana badan kita dapat bertahan jika tidak DIVAKSIN?

Soalan ini dijawab oleh Puan Hajjah Fatimah, namun saya menambah sedikit ulasan:

Mengamalkan pemakanan baik itu bukan menunggu sewaktu sakit sahaja,ia adalah tugas seharian manusia. Orang sihat perlu menjaga kesihatan lebih daripada orang sakit. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Pemakanan baik seperti amalan makan kurma setiap hari (tidak perlu menunggu bulan Ramadan) adalah contoh mudah kita VAKSIN diri setiap hari.

Ini kerana, sakit atau wabak (na'uzubillah) akan terus masuk ke dalam saluran darah dan mula mengalir ke organ-organ penting seperti paru paru, jantung, buah pinggang dan sebagainya. Di sinilah FUNGSI MAKANAN ITU akan diUJI.

Jika sistem PERTAHANAN BADAN KITA BAIK DAN KUAT, اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ jika terkena penyakit ia MUDAH BAIK kerana SISTEM BADAN IAITU SISTEM DARAH SENDIRI MELAWAN PENYAKIT. Ia dipanggil METABOLISM BADAN YANG TINGGI. Jika divaksin sekali pun, namun pemakanan seharian tidak dijaga, tidak mustahil sakit kita lambat sembuh.

Menjaga sistem badan bermula dari waktu sihat. Semasa sakit, ia akan menjadi sistem pertahanan badan kita.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita harus dan mesti memahami ilmu dan tertib pemakanan itu sendiri serta bagaimana makanan itu menjadi sistem imunisasi manusia yang hebat.

Subhanallah, soalan-soalan yang diajukan amat baik dan syukur الحمد لله diberi kesempatan belajar daripada ahli panel lain yang amat mahir dalam bidang masing-masing.

Pada kesempatan ini, saya memohon maaf jika ada salah dan silap dalam bicara saya. Sesungguhnya yang BAIK itu daripada ALLAH dan segala kelemahan itu daripada saya.

Forum berakhir pada jam 11.30 malam.

Terima kasih semua yang hadir. Semoga kita diberi sebaik-baik keberkatan dan rahmat kasih sayang ALLAH.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ

Yang Benar,

NOTA: Sistem bahasa (tatabahasa) artikel ini telah disunting untuk memudahkan pembacaan. Bagaimanapun, suntingan ini telah diminimakan agar tidak mengubah maksud mesej yang ingin disampaikan.

Allium cepa   imsf5th

Ilmu berkaitan: Salah Satu Solusi Kontroversi Imunisasi dalam Masyarakat. Klik sini.

Semoga beroleh manfaat dan rahmat Allah. ^_^

Dungun, Terengganu, Malaysia.



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah