• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Thursday, June 11, 2015

Cita-cita Untuk Menjadi Ibu Mithali


Menjadi seorang ibu bukanlah mudah. Ibu adalah tugas yang mulia serta mencabar. Ia menuntut kesabaran yang tinggi malah dalam banyak hal, ibulah orang yang paling stres di dalam rumah. Walau bagaimana pun, setiap ibu pasti ingin menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak. Semoga tips yang dikongsi ini dapat membantu.

Artikel ini disalin daripada laman pamapedia.com, namun telah disunting dan ditambah nilai agar sesuai dengan fitrah seorang ibu muslim.


1. Usah abaikan bayi atau anak yang sedang menangis. Itu adalah cara mereka berkomunikasi dengan kita. Pujuk atau tenangkan mereka dahulu. Naluri anak kecil sentiasa memerlukan perhatian, ia fitrah.

2. Sekiranya anak sedang tantrum atau mengamuk dan anda merasakan hampir hilang sabar, jauhkan diri dari situ. Usah cakap apa-apa, hanya jauhkan diri daripada anak sebentar. Tarik nafas dan istighfar. Jika belum reda, ambillah wudhuk.

3. Apabila anak mengamuk, menangis, menendang, membaling barang dan seumpamanya, biarkan sahaja. Abaikan dan cuba berlalu dari situ agar anak tidak mengambil kesempatan. Antaranya, “Oh, lain kali jika saya menangis begini mesti ummi akan belikan mainan itu.”

4. Biarkan anak-anak bermain dengan bebas di dalam rumah. Biarkan mereka berimaginasi, berdrama dan menjadi kreatif. Kemas mainan yang bersepah apabila anda ada masa dan tenaga untuk melakukannya. Lebih baik jika anda dapat mengajak anak mengemas bersama-sama. Rumah yang bersepah menandakan anda memiliki anak yang pintar dan aktif.

5. Usaha untuk tidur semasa anak tidur agar tubuh anda mendapat rehat yang cukup. Kajian menunjukkan bahawa tidur yang paling berkualiti adalah dari jam 10 malam sehingga 3 pagi.

6. Elak daripada menggunakan perkataan 'jangan' atau perkataan negatif lain. Ini kerana, aura atau cas negatif akan melingkari kehidupan anda dan anak. Lebih teruk lagi, anak akan lebih fokus kepada perkataan yang datang selepasnya, malah cenderung untuk melakukannya.


7. Jika anda tidak suka dengan perbuatan anak, terus terangkan sebabnya dan tingkah laku yang anda suka (aplikasi Teknik Nabi. Klik sini untuk baca lebih lanjut). Jika anak seperti tidak mengendahkannya, duduk dengan mata anda separas dengan mata anak. Pandang dan beri tahu tingkah laku yang baik dan wajar untuk situasi tersebut.

8. Ambil ruang untuk diri sendiri biarpun hanya dengan secawan minuman kegemaran sambil duduk di sofa membaca buku atau menonton rancangan kegemaran anda. 'Berhenti' seketika untuk anjakan yang lebih produktif.


9. Berhiaslah di rumah. Pakai baju yang cantik, hiasi wajah dengan bedak dan pelembap bibir serta wangikan diri biarpun hanya duduk di rumah. Selain menyenangkan suami, ia memberi aura dan tenaga baru kepada diri.

10. Amalkan gaya hidup sihat. Makan makanan berkhasiat dan elakkan makanan manis atau diproses. Bersenam tiga minggu sekali sehingga berpeluh dengan senaman ringkas yang direka khas untuk wanita (Google/ You Tube). Tubuh yang cergas memberi impak minda yang tenang dan cerdas.

11. Selalu bermeditasi dengan solat sunat, baca Quran, berzikir dan bangun tahajud (Islam) atau Yoga (bukan Islam). Solat taubat, solat hajat dan banyakkan doa jika menghadapi kesulitan. Meditasi boleh mengurangkan tekanan dan memberi ketenteraman kepada jiwa.


11. Tiada satu pun aktiviti, permainan, gajet atau alat yang lebih baik selain daripada diri anda sendiri. Anda sebagai ibu adalah penenang terbaik buat anak. Renungan penuh kasih sayang, sentuhan, pelukan dan kata-kata semangat adalah terapi terbaik terhadap perkembangan anak. Tambahan pula, ia percuma!


Ilmu berkaitan: Tip Mendidik Anak/ Pelajar. Klik sini.


Lirik nasyid Ibu Mithali oleh Rabbani. Sila klik sini untuk mendengar nasyid ini.

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu, fitrahku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu, hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahgiaan sekeluarga

Ibu oh ibu, kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami


Semoga beroleh manfaat dan rahmat Allah. ^_^

 Dungun, Terengganu, Malaysia.



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah