• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Sunday, June 21, 2015

Hukum Kanak-kanak Solat dalam Saf Dewasa

Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menerima pertanyaan hukum melalui email.

Berikut adalah penjelasan hukum yang diberikan dan telah diperakui oleh oleh SS. Mufti Dato' Murshid Diraja Dr. Juanda bin Jaya.

Soalan:

Kenapakah kanak-kanak disuruh bersembahyang jemaah di saf belakang? Situasi ini terjadi hampir di merata-rata masjid dan surau. Bukankah kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke atas ibarat rebung yang mudah dilentur. Jika dari peringkat awal sudah diajar bersembahyang jemaah di saf belakang, kesannya akan terbawa-bawa sesudah dewasa kelak. Maka akan terjadilah situasi tok imam terpaksa menjemput jemaah ke saf hadapan setiap kali hendak solat jamaah.


Jawapan:

Ustaz Dhiya’ al-Hafiz (bengkel soal-jawab hukum)

Tiada larangan untuk kanak-kanak bersembahyang dalam saf yang sama dengan orang dewasa, tetapi jangan betul-betul di belakang imam. Inilah pendapat yang disokong oleh Imam Nawawi, Ibnu Hajar, Shaikh Uthaimin dan lain-lain. Bahkan Shaikh Uthaimin berpendapat, adalah lebih baik sekiranya setiap kanak-kanak dapat diletakkan diantara setiap 2 orang dewasa, agar sembahyangnya menjadi tertib. Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari daripada Ibnu Abbas RA yang berkata:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم مر بقبر قد دفن ليلا فقال متى دفن هذا قالوا البارحة قال أفلا آذنتموني قالوا دفناه في ظلمة الليل فكرهنا أن نوقظك فقام فصففنا خلفه قال ابن عباس وأنا فيهم فصلى عليه

“Rasulullah SAW telah melewati satu kubur yang ditanam pada waktu malam lalu bertanya, “Bilakah kubur ini dikebumikan?” Para sabahat menjawab, “Malam tadi.” Baginda berkata, “Kenapa kamu tidak memberitahu kepadaku?” Mereka berkata, “Kami menanamnya pada waktu malam yang telah gelap, dan kami tidak mahu membangunkanmu”. Maka Rasulullah SAW pun berdiri dan kami bersaf di belakang baginda. Ibnu Abbas RA berkata, “Aku bersama mereka (dalam saf) menyembahyangkannya.”[1]

Adapun pendapat yang tidak membenarkan kanak-kanak berada dalam saf yang sama dengan orang dewasa berhujjah dengan dalil berikut:

1.Hadis riwayat Muslim daripada Ibnu Mas’ud RA yang berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ليلنى منكم أولو الأحلام والنهى ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم[2]

“Hendaklah hampir kepadaku (dalam saf solat) orang-orang yang telah bermimpi dan jatuh ke atasnya larangan Allah (baligh), kemudian orang yang hampir kepada mereka, kemudian orang yang hampir kepada mereka.”

Akan tetapi, Imam Nawawi telah mengatakan bahawa ini khusus kepada posisi-posisi yang paling hampir dengan imam, kerana sekiranya imam terbatal, maka orang itu boleh terus menggantikannya.

 
2. Najisnya kemaluan yang belum dikhatan. Setakat ilmu dan kajian yang dilakukan, tiada dalil yang menyokong pendapat ini. Bahkan dalam proses kajian tersebut, ditemukan pula naqalan daripada kitab Injil, bab Leviticus yang mendokong pendapat ini. Dibimbangi sekiranya pendapat inilah yang telah dipercayai oleh sebahagian masyarakat Islam, lalu mendakwanya daripada agama Islam itu sendiri.

3.Dan adalah satu perbuatan yang tercela sekiranya terdapat kanak-kanak yang telah masuk ke dalam saf hadapan, lalu diundurkan oleh orang dewasa tertentu yang kemudian mengamil tempatnya. Ini kerana Tirmizi telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لا يقم أحدكم أخاه من مجلسه ثم يجلس فيه[3]

“Jangan sesekali sesiapa daripada kamu yang membangunkan (menyuruh pergi) saudaranya dari tempat dia berada, lalu mengambil tempat tersebut”.

Dan termasuklah di sini, sama ada saudara seagama tersebut dari kalangan orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Wallahu a’lam.

[1] Sahih Bukhari, hadis no 1321.

[2] Sahih Muslim , hadis no 1000.

[3] Sunan Tirmizi, hadis no 2749.



Semoga beroleh manfaat dan rahmat Allah. ^_^ 

Dungun, Terengganu, Malaysia.



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah