• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Saturday, May 16, 2015

Selamat Hari Guru 2015








Bersempena sambutan Hari Guru pada tahun ini, mari kita kenali sosok tubuh murabbi (guru) ummah. Sila rujuk hadis ke- 19 dalam buku Syamail Muhammadiah.


"Telah bercerita kepada kami Ahmad bin `Abdah Adh-Dhabbiy dan `Aliy bin Hujr dan bukan seorang, mereka berkata: Telah bercerita kepada kami `Isa bin Yunus, daripada `Umar bin `Abdi Llah mawla Ghufrah, dia telah berkata: Telah bercerita kepada kami Ibrahim bin Muhammad – daripada keturunan `Aliy bin Abi Talib –, dia berkata: `Aliy, apabila dia mensifatkan Rasula Llah, maka dia menyebutkan hadis dengan panjangnya, dan dia berkata: Di antara dua bahunya terdapat cop kenabian. Dan dia ialah penutup para Nabi."

Syarah Adou_Fr:


Dalam isnad hadis ini, Imam At-Tirmizi menyebutkan nama dua orang gurunya, iaitu Ahmad bin `Abdah Adh-Dhabbiy dan `Aliy bin Hujr. Seterusnya, Imam At-Tirmizi menyebutkan ringkasan dengan berkata: (وَغَيْرُ وَاحِدٍ) dan bukan seorang. Ini ialah satu uslub atau kaedah yang harus disedari oleh mereka yang datang selepas daripada Imam At-Tirmizi, iaitu tidak semua ilmu itu dituliskan di dalam kitab.



Sudah menjadi kaedah Imam At-Tirmizi untuk menyebutkan bahawa hadis tertentu turut diriwayatkan oleh sahabiy ini dan ini, seperti dalam Sunannya, dan ini ialah kaedah yang digunakan untuk menunjukkan bahawa hadis tersebut diriwayatkan daripada ramai guru-gurunya, tetapi dia tidak menyebutkan nama mereka di sini.



Kadangkala, seseorang guru tidak dapat memuntahkan semua ilmunya ke dalam bentuk penulisan, kerana banyak kekangan, dan hal ini sudah masyhur dalam kalangan penuntut ilmu hadis. Ada masa, murid sibuk atau kurang himmah (iltizam, kesungguhan), hingga kitab yang tebal tidak dapat dihabiskan kerana mempunyaï komitmen lain. Ada masa, apabila dituliskan, ia menyebabkan pengulangan yang ketara, sehingga menyebabkan jemu. Ada masa, ia untuk memenuhi permintaan seseorang seperti anak murid, atau pemerintah, atau sahabat, yang meminta agar diringkaskan. Ada masa, ilmu itu tidak akan dapat difahami – menurut fihrasat atau andaian guru – oleh anak murid kerana begitu halus dan rinci serta banyak cabangnya. Justeru, ilmu para `ulama’ silam dibawa ke kubur bersama dengan mayat mereka, dan kita semakin hari semakin kehilangan para `ulama’ yang ikhlas, tanpa kita sedari.



Justeru, apa yang dilakukan oleh para sahabat ialah mereka melazimi Nabi, iaitu sentiasa cuba untuk bersama Nabi. Ketika bersama Nabi, mereka memerhati, meneliti, mengkaji, merenung, mendengar, memahami, dan mengikuti apa yang Nabi sebutkan dan lakukan. Mereka lebih bersifat menadah – seperti tin yang kosong – daripada cuba untuk menunjuk pandai atau menduga Nabi. Justeru, antara ucapan mereka yang kerap disebut ialah: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahuï.



Dewasa ini, sumber ilmu menjadi banyak, terutama daripada buku dan Internet. Justeru, ramai orang yang berasa mereka telah menjadi pandai dengan hanya membaca daripada buku dan Internet, sehingga mereka berasa cukup daripada melazimi guru. Hal ini menyebabkan mereka menjadi sangat rugi, dan bertambah rugi, kerana ilmu itu sebenarnya apa yang diterjemahkan dalam kehidupan seseorang.



Bagaimanakah seseorang murid akan tahu kaedah salat gerhana, jika dia tidak pernah bersalat gerhana, atau memerhatikannya? Dan bagaimanakah seseorang murid akan tahu erti kesabaran, jika tidak tidak melihat bagaimana gurunya bersabar? Maka di sinilah erti berguru, iaitu membetulkan kefahaman terhadap teks dan ilmu, dan melihat bagaimana ilmu itu diamalkan dalam kehidupan seharian.



Dan hendaklah diketahuï bahawa mana-mana manusia tidak sempurna, justeru, seseorang guru itu juga akan mempunyaï kelemahan. Justeru, seseorang hendaklah mempelajari ilmu daripada pelbagai guru, agar kekurangan seorang guru diimbangi oleh guru yang lain.



Dalam hadis ini, disebutkan bahawa `Aliy bin Abi Talib bercerita tentang Nabi, dan dia menyebutkan sifat-sifat Nabi dalam suatu hadis yang panjang. Namun, hadis itu telah dipotong dan hanya disebut dua sahaja sifatnya di sini, iaitu di antara dua bahunya terdapat cop kenabian, dan dia ialah penutup para Nabi.



Ini satu lagi contoh kehilangan ilmu di peringkat murid, apabila kita tidak tahu apakah yang diringkaskan oleh Imam At-Tirmizi. Justeru, murid yang rajin dan benar-benar mahukan ilmu akan mengkaji tulisan Imam At-Tirmizi yang lain, atau membuka kitab-kitab hadis yang lain untuk mencari hadis yang serupa atau hampir serupa, yang lebih panjang dan lengkap.



Bukanlah ini menafikan keilmuan Imam At-Tirmizi, tetapi di sini, hadis ini telah diringkaskan. Dan itulah sifat ramai guru, apabila mereka meringkaskan sesuatu ilmu, dan para muridlah yang bertanggungjawab untuk menggali dan mencari apa yang tidak disuratkan itu.



Ini juga bukti bahawa seseorang murid perlu membanyakkan guru, iaitu belajar daripada banyak guru, semoga ada antara guru tersebut yang dapat menambah atau melengkapkan bahagian ilmu yang tiada di situ.

Di dalam hadis ini, diulang untuk menegaskan tentang wujudnya cop di belakang Nabi, iaitu di antara dua bahunya, dan cop itu ialah cop kenabian. Justeru, cop itu tiada pada manusia lain yang bukan Nabi, dan cop itu antara tanda yang membuktikan kenabian Muhammad.



Seterusnya disebut bahawa Rasula Llah ialah penutup para Nabi, iaitu tiada Nabi selepas Muhammad. Ini ialah asas agama, iaitu jika ada sesiapa yang mendakwa menjadi Nabi, maka orang itu sama ada bodoh atau gila. Tiada siapa boleh mendakwa menjadi Nabi selepas Muhammad, kecuali dia ialah penipu dan pembohong. Dan siapa sahaja yang mempercayaï dakwaan sesiapa pun, bahawa dia ialah Nabi, maka orang yang mempercayaï dan mengikutinya adalah bodoh, dungu dan telah dipermainkan. Maka dengan asas agama ini – iaitu Muhammad ialah penutup para Nabi –, amanlah hidup kita daripada dakwaan yang karut dan daripada diperbodohkan oleh para penipu.



16 Mei 2015







"SELAMAT HARI GURU"


Semoga beroleh manfaat dan rahmat Allah. ^_^ 

Dungun, Terengganu, Malaysia.



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah