• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Saturday, May 16, 2015

Khasiat dan Kegunaan Madu



Madu boleh di manfaatkan atau dimakan dalam pelbagai cara. Antaranya:
  1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
  2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
  3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
  4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
  5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
  6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
  7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
  8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
  9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

 

Sapulah madu jika anda:

  1.  Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman.
  2.  Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan lain-lain.
  3.  Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
  4.  Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

Untuk menambah kelazatan makanan, madu boleh:

  1. dimakan bersama roti / biskut.
  2. digunakan sebagai bahan membuat kuih / kek.
  3. digoreng atau panggang ayam.

Khasiat dan kebaikan madu bagi:


A) Ibu Mengandung
  •   Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
  •   Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
B) Anak dalam kandungan
  •  Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
  •  Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
  •  Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
  •  Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
  •  Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
C) Bayi yang baru lahir
  • Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
  • Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
  • Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
  • Mengelak dari kembung perut bayi.
D) Ibu yang melahirkan anak
  •  Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
  •  Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
lebahmadu1

 

Cara pemakanan madu:

  1. Dimakan secara terus.
  2. Dicampurkan madu dengan segelas air suam dan diminum sejam sebelum makan (pagi) dan sebelum tidur (malam).
  

Keterangan ringkas penggunaan madu:

Batuk: madu + lemon / limau nipis (diperah) + segelas air
Menguatkan minda: madu + kismis
Menguatkan tulang: madu + susu segar
Menyembuhkan luka dan melecur: Sapukan pada luka
Lelah dan sesak nafas: madu + lobak putih (diparut dan dicampur)
Pembersih muka: Putih telur + limau nipis (diperah) + madu
Pelembab muka: kobis + madu
Melangsingkan badan: madu + pati kunyit (minum seminggu sekali)
Tenaga batin dan mandul: 1 sudu + segelas air ruqyah pada waktu pagi dan 2 sudu + segelas air ruqyah setengah jam sebelum hubungan suami isteri.
Wanita mengandung: 1 sudu teh madu dua kali sehari....
Sakit mata dan katarak: Sapu di kelopak mata bawah 2 kali sehari… Bangun tidur dan sebelum tidur!
Sukar tidur malam (insomnia):  Amalkan minum 1 sudu besar madu lebah sebelum tidur malam.

Sumber: http://www.penawarlagenda.com/index.php/produk/produk-madu/cara-penggunaan-madu

Semoga beroleh manfaat dan rahmat Allah. ^_^ 

Dungun, Terengganu, Malaysia.



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah