• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Wednesday, May 6, 2015

Kesan Dahsyat Produk Penjagaan Kulit

Contoh produk botani/organik yang terdapat di pasaran.
http://www.justlifeshop.com/

Semua orang hendakkan muka yang putih, licin dan gebu, terutamanya wanita yang sangat memerlukan pelbagai produk kecantikan untuk menambah seri dan keyakinan diri. Dalam masa yang sama, pelbagai pihak berlumba-lumba mengambil kesempatan mengeluarkan produk-produk seperti ini kerana permintaannya terlalu tinggi di pasaran.

Kebanyakan produk kec
antikan hari ini mengandungi bahan-bahan yang berisiko tinggi kepada kesihatan penggunanya. Kelulusan KKM bukan lesen bahawa produk tersebut menjamin kesihatan yang optimum. Antara bahan bahaya yang biasa terdapat dalam produk kecantikan ialah:

1. Merkuri

Merkuri ialah bahan yang digunakan dalam kebanyakan krim pemutih kulit. Merkuri mempunyai keupayaan untuk menyerap masuk ke dalam tubuh apabila krim pemutih itu disapukan kepada kulit.

Merkuri boleh menyebabkan gangguan sistem saraf, seperti insomnia, terketar-ketar, gangguan penglihatan, gerakan tangan tidak normal (ataxia), gangguan emosi dan depresi.

2. Hidrokuinon

Hidrokuinon juga adalah antara bahan pemutih yang sering digunakan dalam produk kosmetik. Hidrokuinon mempunyai keupayaan untuk membuatkan lapisan kulit luar menipis serta menyekat pembentukan melanin yang membuatkan kulit kelihatan hitam.

Kandungan hidrokuinon boleh menyebabkan kulit menjadi gatal dan rasa terbakar. Hidrokuinon juga boleh menyebabkan kelainan pada ginjal (nephrofati), kanser darah (leukemia) dan kanser hati.

3. Plumbum

Plumbum biasanya didapati di dalam gincu bibir. Plumbum dikategorikan sebagai neurotoksin, sejenis depresen sistem saraf. Neurotoksin menyebabkan masalah dalam kelakuan dan pembelajaran, seperti kemerosotan IQ, keagresifan yang meningkat dan pengurangan tumpuan.

4. Formaldehid

Formaldehid ialah bahan kimia yang digunakan dalam produk mandian bayi. Ia digunakan untuk menjadikan bahan kimia lain lebih ‘lembut’ dan kurang kuat berbanding biasa.
 Contohnya, formaldehid digunakan dalam syampu bayi untuk mengurangkan kekuatan sodium laurel sulfate agar ia boleh digunakan kepada bayi.

Formaldehid boleh menyebabkan kanser dan kerengsaan kulit serta ruam kepada kanak-kanak yang berkulit sensitif.

5. Ftalat

Ftalat ialah sejenis ester asid yang terkandung dalam cecair penguat kuku, semburan rambut, losyen badan dan pewangi. Ia digunakan untuk mengekalkan haruman dalam sesuatu produk. Ftalat boleh mendatangkan risiko kepada tumbesaran dan sistem pembiakan manusia. Ftalat telah dikaitkan dengan kecacatan kandungan dan boleh menyebabkan keguguran.

6. Paraben

Paraben, atau asid para-hidroksibenzoik adalah sejenis bahan kimia yang terkandung dalam penyahbau ataupun deodoran. Kajian menunjukkan deodoran, apabila disapu ke badan, meninggalkan sisa paraben yang kemudiannya menyerupai hormon estrogen, yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sel kanser payudara.

Selain deodoran, paraben juga terkandung di dalam krim dan produk kecantikan untuk mengawet dan menjadikan produk tersebut tahan lama.

7. Sodium Laureth Sulfate (SLS)

SLS merupakan sejenis bahan kimia yang bertindak menghasilkan buih. SLS adalah bahan kimia yang terbukti secara klinikal mendatangkan kerengsaan pada kulit. Kesan paling ketara ialah iritasi kulit. Terutama pada bayi dan orang yang menghidap eczema.

SLS membersihkan kulit dengan cara ‘mengikis’ iaitu membuang lapisan minyak semulajadi pada kulit. Kerana itu selepas mengguna pencuci muka berbuih, kulit muka rasa tegang.

SLS juga boleh memberi kesan kepada mata, kerana itu kita rasa pedih apabila sabun terkena pada mata. Kesan jangkamasa panjang ialah masalah mata seperti katarak.

8. Lain-lain

Selain bahan kimia yang disenaraikan di atas, sebahagian produk kecantikan juga mengandungi bahan logam seperti arsenik, kadmium, aluminium dan lain-lain. Kesemua bahan ini boleh membahayakan pengguna, terutamanya mereka yang mempunyai penyakit yang boleh diwarisi secara genetik, seperti tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Bahan kimia yang terkandung juga boleh meninggikan risiko penyakit kanser dalam kalangan penggunanya.

Oleh itu, tidak mudah untuk memilih produk kosmetik yang benar-benar selamat daripada bahan kimia berbahaya untuk digunakan sekarang ini. Banyak juga pengeluar produk kosmetik yang lebih mementingkan keuntungan yang besar daripada memikirkan keselamatan pengguna produk mereka, sehingga mereka sanggup menggunakan bahan kimia secara berlebihan supaya nampak efektif walaupun kesan jangka panjangnya amat membahayakan pengguna, seperti penggunaan bahan pemutih hidrokuinon.



Justeru, pengguna sendiri haruslah bijak mengambil langkah berhati-hati untuk melindungi diri masing-masing daripada bahan kimia berlebihan tersebut.

Antara langkah yang boleh diambil ialah:

1. Bahan Semula Jadi

Menggunakan bahan semula jadi yang ada di sekeliling kita, seperti yang diamalkan oleh nenek moyang kita sejak zaman berzaman. Banyak petua penggunaan bahan-bahan semula jadi yang boleh dijadikan bahan untuk kecantikan, seperti penggunaan timun, tomato, beras, kunyit, putih telur, limau, dan sebagainya.

2. Produk Organik/ Botani

Menggunakan produk kosmetik yang dikeluarkan oleh pengeluar atau syarikat yang menggunakan bahan-bahan semula jadi. Selalunya, produk seperti ini lebih mahal harganya berbanding produk kosmetik yang biasa, namun begitu ia lebih bermanfaat dalam jangka masa panjang.

3. Baca Label Produk

Sebelum membeli sesuatu produk kosmetik, pastikan anda membaca senarai bahan kandungan yang terdapat pada labelnya supaya tidak terbeli prooduk kosmetik yang berbahaya kepada kesihatan.


Rujuk:


Semoga beroleh manfaat dan rahmat Allah. ^_^

Dungun, Terengganu, Malaysia.



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah