• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Sunday, February 22, 2015

Apa Maksud 'Bil Hikmah'?




Apa maksud 'bil hikmah'?

Mencapai matlamat DENGAN BIJAKSANA tanpa kesan negatif walau apa jua kaedah yang digunakan (dalam lingkungan syariat).

Mengajak, memimpin, mendidik, menasihati, mengarah, membimbing, menyuruh, menegur, menyampai & mempengaruhi secara BIJAK & BERSENI.

Penggunaan intonasi, pemilihan kata, susunan ayat & kejelasan sebutan termasuk dalam perkara ASAS ketika berkomunikasi yang diteliti oleh si bijaksana.



Ini semestinya tertakluk kepada keperluan & kapasiti orang yang disasarkan.

Dipetik daripada laman Wikipedia:

Dakwah bil hikmah bermaksud menyampaikan dakwah secara bijaksana, iaitu melakukan pendekatan sehingga pihak sasaran dakwah mampu melaksanakan dakwah dengan keinginannya sendiri, tidak merasa adanya paksaan, tekanan atau konflik. Dengan kata lain, dakwah bil hikmah merupakan satu pendekatan komunikasi dakwah yang dilakukan atas dasar persuasif. 
Dalam kitab al-Hikmah fid-Dakwah Ilallah Ta'ala oleh Said bin Ali bin Wahif al-Qathani dihuraikan lebih jelas tentang pengertian al-Hikmah. 
Menurut bahasa:
1. Adil, ilmu, sabar, kenabian, al-Qur'an dan Injil.
2. Memperbaiki (menjadi lebih baik) dan terhindar daripada kerosakan. 
3. Ungkapan untuk mengetahui sesuatu yang utama dengan ilmu yang utama. 
4. Objek kebenaran (al-haq) yang didapati melalui ilmu dan akal. 
5. Pengetahuan atau ma'rifat.  
Menurut istilah syar'i: 
1. Valid dalam perkataan dan perbuatan. 
2. Mengetahui yang benar dan mengamalkannya.
3. Wara' dalam dinullah. 
4. Meletakkan sesuatu pada tempatnya. 
5. Menjawab dengan tegas dan tepat.

Wahai pemimpin!

Jadilah yang dihormati kerana diSAYANGI, bukan yang dihormati kerana ditakuti.

Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, tetapkan hukum dengan ADIL. Sesungguhnya Allah dengan itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat. (An-Nisa: 58)

Menurut Khalifah Abdul Malik bin Marwan, 


"Semulia-mulia manusia (pemimpin) ialah sesiapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas & bersikap adil ketika kuat."

NOTA: Pemimpin ialah ibu bapa, suami, ketua, pengarah, pengerusi, senior, orang tua & termasuk diri sendiri.



Semoga beroleh manfaat dan rahmat ALLAH. :)

Dungun, Terengganu, Malaysia.



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah