• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Thursday, May 31, 2012

Mencari Diri

Alhamdulillah..apabila dapat gunakan perkhidmatan jalur lebar yang laju - P1, rasa bersemangat semula untuk mencoret sesuatu di blog yang telah bersawang-sawang ni. (Terasa lain pula perasaan ni, hehe..)

Azam saya kini, ingin kembali kepada ALLAH...menjadi diri yang dulu, malah semoga lebih baik. Justeru, saya sedang berusaha mencari diri...... Walaupun ia tak semudah mengungkap kata, tak bermakna kesilapan lalu tak boleh diperbaiki. Doakan saya istiqamah dalam hidayah dan taufiq-Nya serta sentiasa berada dalam limpahan rahmat kasih sayang-Nya. Walau apa pun ujian mendatang, saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi! ^_^
(Berkongsi perkara yang baik-baik...semoga kita sama-sama terdorong untuk berbuat baik dan saling mendoakan.)


Suka saya kongsikan di sini artikel berkenaan Syarat-syarat Taubat Nasuha yang relevan dengan kita semua. Sememangnya kita adalah hamba ALLAH yang tak lepas daripada melakukan dosa.

Taubat ialah pijakan pertama bagi setiap tingkatan spiritual dan maqam. Taubat ibarat bumi tempat mendirikan sebuah bangunan. Maka barangsiapa tidak punya tanah, ia tidak punya hal dan maqam. Sebagaimana orang yang tidak punya tanah dan kerana itu juga dia tidak punya bangunan.

Diantara syarat-syarat Taubat Nasuha yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah ialah:


  • Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan sesekali mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.
  • Kesal (menyesali@insaf) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang telah dibuat. 
  • Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah. 
  • Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. 
  • Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.

Banyak sungguh dalil-dalil yang menceritakan akan perihal perkara taubat ini,antaranya ialah:

"Sesungguhnya Allah membentangkan kasihNya pada malam hari, agar pelaku dosa pada siang harinya bertaubat. Dan dia membentangkan kasihNYA pada siang hari agar orang yang berbuat salah pada malam harinya bertaubat. Demikianlah hukumNya hingga matahari terbit dari tempat terbenamnya" (HR MUSLIM DAN NASAI)

"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hambanya selama ia belum sakaratulmaut” (HR AHMAD DAN TIRMIZI)

“Andaikata kalian berbuat dosa-dosa sampai mencapai langit, kemudian kalian menyesalinya, nescaya Dia akan mengampuni kalian” (HR IBNU MAJAH)

Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali berkata bahawa “Barangsiapa abai untuk menyegerakan taubat dengan menundanya, maka ia akan berada diantara dua jurang kekhawatiran yang sangat bahaya. Yang pertama ialah kegelapan-kegelapan maksiat yang akan bertompok dihati sehingga ia akan menjadi kotor berkarat dan tidak mudah hilang. Yang kedua ia akan didahului oleh sakit atau mati, sehingga ia tidak punya peluang untuk bertaubat lagi.”

Salah seorang sahabat pernah berkata bahawa “ Sesungguhnya kebanyakkan teriakan penduduk neraka lahir kerana menunda-nunda taubat.”

“Tidak ada suatupun yang lebih disenangi oleh Allah SWT daripada dua titisan iaitu titisan air mata kerana takut kepada Allah dan titisan darah yang mengalir di Jalan Allah”(HR TIRMIZI)

Ingatlah, telah tiba saatnya untuk melepaskan hawa nafsu, wahai orang-orang yang papa. Ingatlah, tiba saatnya kamu kembali menuju pintu Tuhanmu. Adakah kamu telah melupakan apa yang telah Dia berikan dan anugerahkan kepadamu. Tidakkah Dia telah menciptakan dan menyempurnakan penciptaanmu?. Tidakkah Dia telah menganugerahkan hati kepadamu?. Tidakkah kamu makan rezeki yang diberikanNya?. Tidakkah Dia telah memberikan kamu Iman dan menunjukkan kamu kepada Islam.

Lalu apa balasan kamu kepadanya?. Kamu balas semua itu dengan kelalaian, tenggelam dalam memenuhi hawa nafsumu. Walaupun engkau telah jauh daripada Tuhanmu, jika kamu kembali kepadaNya, Dia pasti akan menerima dan meredhaimu.

“Wahai anak Adam, selama engkau berdoa dan memohon kepadaKu, Aku akan mengampuni dan menghilangkan bebanmu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, andaikata dosamu mencapai awan dilangit, kemudian engkau memohon ampun kepadaKu. Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam, andaikata engkau mendatangiku dengan kesalahan sebanyak kulit bumi, kemudian engkau menemuiKu, dengan tidak menyekutukanKu dengan sesuatupun, niscaya Aku akan mendatangimu dengan sekulit bumi keampunan” (HR TIRMIZI dan dia menyatakannya hadis hasan)

Diceritakan dari Sahabat Nabi SAW bahawa Allah SWT berfirman :

“Wahai hambaKu, apabila engkau telah bertaubat dan kemudian merosakkannya, maka janganlah kamu malu untuk kembali kepadaKu untuk kedua kalinya. Apabila kamu merosakkan yang kedua kalinya, maka jangan sampai rasa malumu mencegahmu untuk kembali kepadaku pada kali yang ketiga. Apabila kamu merosakkan yang ketiga kali, maka kembalilah kepada Kamu pada kali yang keempat, Kerana Aku Maha Pemurah, tidak pernah Bakhil (kikir). Aku Maha Sabar, tidak pernah terburu-buru. Aku yang menutupi maksiat dan menerima orang-orang yang bertaubat. Aku mengampuni orang yang bersalah. Aku penyayang terhadap orang-orang yang menyesal dan Aku adalah Maha Pengasih. Siapakah yang bersandar pada pintu Kami lalu Kami menolaknya?. Siapakah yang bersandar pada perlindungan Kami lalu Kami mengusirnya?. Siapakah yang bertaubat kepada Kami lalu Kami tidak menerimanya?. Siapakah yang memohon ampun dari dosanya lalu Kami tidak mengampuninya?. Akulah yang mengampuni dosa-dosa dan menutupi aib-aib. Aku menolong orang yang susah. Wahai hambaKu, berdirilah dipintuKu, aku akan mencatatmu sebagai kekasihKu”

Apabila badan telah sakit, maka sia-sialah makan. Dan apabila hati telah buta kerana mencintai dunia, maka sia-sialah peringatan. Apabila hati telah keras, tidak bergunalah peringatan. Seperti tanah yang mati, hujan tidak berguna baginya. Sepertimana tidak berguna istighfar jika hati main-main, lalai, buta dan menghitam kerana banyaknya dosa dan lalai dari bertaubat.


Sumber: http://www.jamaluddin.net/


Semoga beroleh manfaat dan rahmat ALLAH.

Kluang, Johor, Malaysia.



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah