• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Saturday, July 23, 2011

Kempen Keselamatan Jalan Raya



14 Mei 2011 (Sabtu)
 
Semua guru dan pelajar berlumpul di sekolah pada waktu yang telah ditetapkan. Kempen Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) ini adalah salah satu program kokurikulum dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Matlamatnya ialah ‘Ke arah sifar kemalangan jalan raya dalam kalangan warga sekolah.’

Bagi upacara perasmian, Yang Berhormat Vidyananthan a/l Ramanadhan (ADUN Kahang) menampal pelekat kereta keluaran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) pada empat buah kereta terpilih. Perasmian tersebut bertambah menarik dengan iringan paluan kompang oleh pelajar Sejurus kemudian, perasmi program minum pagi bersama Pengetua dan Guru-guru Kanan.


Sementara itu, Pn. Aznita Binti Mohd Salleh selaku Pegawai Pelaksana Program JKJR menyampaikan ceramahnya kepada semua guru dan murid dengan begitu menarik dan berkesan sekali. Beberapa buah topi keledar dan cenderamata daripada JKJR dihadiahkan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan daripada penceramah.

Usai slot ceramah, para guru dan pelajar bergerak ke khemah untuk melihat pameran yang dikelolakan oleh dua orang pegawai JKJR. Pameran yang telah dibuka sejak 8.30 pagi itu memaparkan gambar-gambar dan risalah-risalah kemalangan jalan raya selain pelekat kenderaan dan peralatan berkaitan keselamatan jalan raya. Risalah dan pelekat kenderaan yang pelbagai jenis diberikan percuma kepada pengunjung pameran.
 Sebagai kenangan, beberapa jenis pelekat kereta diberikan kepada semua guru. Hadirin bersurai pada jam 12.30 tengahari selepas pegawai-pegawai JKJR selesai makan tengah hari.

Secara keseluruhannya, program berjalan lancar dan komitmen yang diberikan oleh semua guru dan pelajar sangat baik. Program yang agak ringkas tetapi menarik ini diharap berjaya meninggalkan kesan positif kepada semua pihak. Semoga program seumpama ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang untuk meningkatkan prestasi sekolah ke arah yang lebih unggul.

Semoga beroleh manfaat dan rahmat ALLAH.

Kluang, Johor, Malaysia.



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah