• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Tuesday, June 7, 2011

Insan Zuhud Dikasihi ALLAH

Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Kamus dalam bukunya Hidup Bertaqwa mendefinisikan zuhud sebagai meninggalkan dunia melainkan kadar yang patut daripadanya. Zuhud yang sempurna ialah meninggalkan perkara lain selain ALLAH

Dunia bermaksud tiap-tiap perkara yang tidak dituntut oleh syarak dan dunia merupakan tempat bercucuk-tanam (berbuat kebaikan dan amalan soleh) untuk akhirat yang kekal abadi selama-lamanya. Setiap manusia berkehendak kepada beberapa perkara bagi meneruskan hidup seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Oleh yang demikian, sifat zuhud itu adalah mencari keperluan hidup sekadar yang boleh membantu insan beribadah kepada ALLAH (zuhud orang awam).

Syeikh Abdul Samad al-Palimbani mengatakan bahawa terdapat 3 rukun kezuhudan:
1. Meninggalkan sesuatu kerana menginginkan sesuatu yang lebih baik lagi. 
2. Meninggalkan keduniaan kerana mengharapkan akhirat.
3. Meninggalkan segala sesuatu selain ALLAH kerana mencintaiNYA. 

Hakikat zuhud adalah menyingkirkan sesuatu yang disenangi dan diingini oleh hati kerana meyakini ada sesuatu yang lebih baik untuk meraih darjat yang tinggi di sisi ALLAH.
 Imam Ghazali membahagikan zuhud kepada 3 peringkat iaitu :
1. Tingkat terendah adalah menjauhkan dunia agar terhindar daripada hukuman di akhirat.
2. Tingkat kedua ialah insan yang menjauhi dunia kerana ingin mendapatkan imbalan di akhirat.
3. Tingkat tertinggi ialah zuhud yang ditempuh bukan lagi kerana takut atau harap tetapi semata-mata kerana cinta kepada ALLAH Ta’ala.

Zuhud peringkat pertama adalah dalam kalangan orang awam dan zuhud peringkat kedua adalah dalam kalangan para salik yang soleh. Peringkat terakhir pula hanya boleh dimiliki oleh golongan yang lebih khusus iaitu para sufi sebagai orang yang arif bijaksana. 

Rasulullah bersabda, “Jika kamu hendak dikasihi ALLAH, maka hendaklah kamu zuhud dengan dunia.” Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa untuk mendapat kasih sayang Tuhan, kita perlu zuhud kepada dunia. Zuhud itu letaknya di hati, dikatakan zuhud bila hati tidak cinta dunia. 

Diceritakan bahawa Saidina Ali pernah pergi melihat sebuah masjid dan dilihatnya di situ ada halaqah pengajian. Orang yang mengajar itu ialah Hasan Basri, seorang remaja belasan tahun umurnya walhal golongan yang mendengar itu kebanyakannya orang dewasa. Timbullah niat di hati Saidina Ali untuk menguji apakah Hasan Basri benar-benar layak mengajar. Ditanya kepada Hasan Basri, Apakah yang boleh menyelamatkan manusia?” “Zuhud,” jawab Hasan Basri secara spontan. Maka, yakinlah Saidina Ali bahawa Hasan Basri itu mempunyai kelayakan untuk mengajar hanya kerana dapat menjawab soalan beliau dengan tepat

ALLAH berfirman, “Tidak ada dua hati dalam diri anak Adam.” (Al-Ahzab: 4). Hati manusia ini kalaulah tanpa zuhud, nescaya akan diisi dengan cinta dunia. 
Nabi bersabda tentang dunia, “Cinta dunia ialah kepala bagi segala kejahatan.” Daripada cinta dunia, lahirlah pelbagai kejahatan lain seperti hasad dengki, pemarah, dan sombong. Semua ini bukan sahaja merosakkan empunya diri tetapi boleh juga merosakkan orang lain. Hakikat krisis perpecahan ummah yang berlaku hari ini adalah disebabkan dengan penyakit cinta dunia ini. 

Disebut tadi, zuhud itu mengambil dunia sekadar perlu. Ini perlukan mujahadah bagi mengekang nafsu daripada berkehendak kepada yang tidak perlu. Merasai kesusahan orang lain itu perlu agar mudah harta dunia itu dialihkan kepada orang yang susah. Kuat mujahadah, maka lemahlah nafsu mencintai dunia sebaliknya jika lemah mujahadah, jadilah nafsu itu kuat dalam mencintai dunia.

Semoga beroleh manfaat dan rahmat ALLAH.
 
Kluang, Johor, Malaysia.



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah