• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Wednesday, June 1, 2011

Label Makanan Dalam Kehidupan Seharian


Penjagaan kesihatan amat penting dalam kehidupan harian. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan termasuk bersenam, mengamalkan pemakanan seimbang, dan menjalankan pola hidup sihat. Namun, ada satu perkara yang kerap dilupakan iaitu sentiasa berhati-hati membeli produk makanan dengan membaca label yang tertera pada pembalut makanan.

Membaca label makanan dengan betul dapat membantu penjagaan kesihatan. Terdapat beberapa perkara yang boleh dijadikan petunjuk untuk melihat komposisi makanan yang terdapat di dalam produk sebagaimana yang dianjurkan oleh oleh FDA (Food and Drug Administration), Amerika Syarikat.
Maklumat gizi adalah perkara pertama yang perlu dilihat oleh pengguna. Di situ, tertera maklumat sukatan sajian dan jumlah sajian bagi sebungkus makanan. Hal ini penting untuk diteliti bagi mengetahui jumlah kandungan makanan yang masuk ke dalam tubuh.

Kadar kalori bagi sebungkus makanan juga perlu diperiksa. Pada setiap pembalut makanan akan tertera kadar kalori dan kalori daripada lemak. Hal ini menunjukkan jumlah tenaga yang boleh diperolehi daripada makanan. Jika terlalu banyak kalori masuk ke dalam tubuh badan untuk tempoh sehari, berat badan akan bertambah dan risiko kegemukan akan meningkat. Sebagai panduan, 40 kalori dalam sesuatu makanan termasuk dalam kategori rendah, 100 kalori adalah kategori sederhana, dan 400 kalori adalah kategori tinggi.


Di samping itu, komposisi makanan termasuk dalam perkara yang perlu diperhatikan oleh pengguna. Komposisi makanan akan menggabungkan semua kandungan yang terdapat dalam produk makanan seperti kandungan lemak, karbohidrat, protein dan vitamin. Terdapat beberapa kategori lemak iaitu bebas lemak (mengandungi 0.5 gram per sukatan) dan rendah lemak (lebih kurang 3 gram per sukatan). Ada juga produk makanan yang dikategorikan sebagai bebas kolesterol (kurang dari 2 miligram kolesterol dan 2 gram saturated fat per sukatan). Individu yang menghidap sakit jantung atau masalah obesiti perlu memilih makanan yang mengandungi jumlah kandungan lemak dan kolestrol yang rendah.

Angka yang tertera pada label makanan menggunakan peratus nilai harian. Hal ini dapat membantu pengguna menentukan jumlah kandungan yang terdapat dalam sebungkus makanan daripada 2000 kalori yang diperlukan dalam sehari. Sebagai contoh, jumlah kandungan lemak pada sebuah produk adalah 4 peratus yang bermaksud jumlah tersebut merupakan jumlah yang disarankan daripada 2.000 kalori yang diperlukan sehari. Semakin banyak pengguna menggunakan kalori, maka semakin besar pula jumlah lemak yang masuk ke dalam tubuh badan pengguna, lebih daripada yang diperlukan.

Kesimpulannya, pengguna perlu berhati-hati dalam memilih produk makanan dengan membaca label makanan terlebih dahulu. Ini kerana, ia memberi kesan kepada kesihatan dan kehidupan dalam jangka masa panjang. Tidak dilupakan, pengguna perlu melihat tarikh luput sesuatu produk makanan sebelum membeli.


Semoga beroleh manfaat dan rahmat ALLAH.
 
Kluang, Johor, Malaysia.



2 buah tangan:

aslmkm...sihat?..terima kasih berkongsi info..biasa tgk kandungan & halal je..hihi

wa'alaikumsalam wbt...

alhamdulillah sihat walafiat. salam perkenalan.

sama2..insyaallah sama2 kita biasakan ^_^

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah