• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru 2011

"...cikgu msh ingat lg kami semua...semua orang rindu kat cikgu walaupun cikgu tak mengajar tingkatan 2 dn cikgu dah pindah sekolah lain. kami masih ingat dn rindu cikgu MARDIAH...I MISS YOU SO MUCH AND I LOVE YOU SO MUCH..." Kiriman SMS anak murid SMK Pandan Jaya yang membuatkan saya terharu!
 
Yang disebut petuah
Yang disebut amanah
Petunjuknya mengandungi tuah
Pengajarannya berisi maruah
Petuahnya berisi berkah
Amanahnya berisi hikmah
Nasihatnya berisi manfaat
Pesannya berisi iman
Kajinya bersulamkan budi
Mencontohi pada yang senonoh
Meneladani jalan keTuhanan



Apa tanda guru yang baik
Kepada orang bersangka baik
Sayang kepada tugas mendidik
Bergaul pantang usik mengusik
Bercakap pantang lidah berbalik
Bersikap pantang jadi munafik
Bekerja pantang pada yang fasik

Apa tanda orang perajuk
Diajar ianya engkar
Dipujuk terus merajuk
Disayang ia merentang
Dinasihati ia lari
Diturut membawa hanyut
Dihalang jalan melintang
Disuruh ia menjauh

Tanda guru rendah hati
Sombong dan pongah ia jauhi
Bercakap besar ia tak sudi
Pantang meuji diri sendiri
Bermegah-megah ia hindari

Apa tanda guru terbilang
Dalam bergaul menghormati orang
Berkata lembut tidak temberang
Bersopan santun muka belakang
Hati lurus fikiran panjang
Membesarkan diri ia berpantang
Tahu dirinya banyak yang kurang

Apa tanda berani terpuji
Tidak mengharap puji
Menurut perintah Ilahi
Mengikut sunnah Nabi
Ikhlas hati lagi terperi
Tidak merosak budi
Tidak mencari kelahi
Tidak melupakan diri

Apa tanda berani terkutuk
Berani kerana berniat buruk
Berani berbuat kerja tak elok
Berani bercakap bermulut busuk
Berani di belakang kutuk mengutuk
Berani kepada orang yang takluk

Apa tanda guru bertuah
Sepadan ilmu dengan imannya
Lahirnya hebat
Batinnya sempurna


(UPSI, 2007, Guru Bersahsiah Unggul)

Hamdan Syeikh Tahir (1979: 146) mengatakan, "Seorang guru yang berjiwa ikhtisas memandang lapangan perguruan bukan dengan kacamata hendak mendapat gaji dan mendapat cuti penggal, tetapi memandangnya dengan kacamata mahu berkhidmat, berbakti dan berjasa kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, khidmat guru bukanlah terhad kepada batasan jam, hari dan minggu. tugas guru tidaklah terhenti apabila murid-murid tidak berada di hadapannya di dalam bilik darjah. Seorang guru yang berjiwa ikhlas sentiasa mengingati kepentingan murid-muridnya di mana-mana ia berada. Inilah bezanya di antara seorang guru yang menjadi guru dengan seorang guru yang bekerja sebagai guru."




"Pada saya, 
peranan guru bukan memandaikan orang yang sudah pandai 
tetapi 
menjadikan orang yang belum menjadi."

"Orang yang hendak mengajar jadi baik
mestilah orang yang terbaik!"

Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Rahman arshad
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara


Semoga beroleh manfaat dan rahmat ALLAH.

Kluang, Johor, Malaysia.


Categories: ,

0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah