• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Sunday, April 10, 2011

Sempurnakan Agamamu




Entri ini ditujukan buat sahabatku, Zaleha Ibrahim yang baru dimahkotakan sebagai permaisuri hati  Muhamad Ali Ab Manap pada 10 Mac 2011...juga buat sahabat-sahabat lain yang baru mendirikan masjid. Pesanan ini bukan karya saya, tetapi dinukil oleh seorang sahabat saya yang prihatin...khas buat mempelai-mempelai yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Sekadar perkongsian, sama-sama kita renungkan...

"Alhamdulillah sempurna sudah sebahagian agama kamu dan sekarang kerjakanlah pula dengan bersungguh-sungguh untuk menyempurnakan bahagian agamamu yang lain. 

Segala tuntutan kewajipan agama itu terangkum dalam tiga cabang; Islam - Iman - Ihsan. Syariat Islam terkandung dalam feqah; iman terkandung dalam usuluddin; dan ihsan terkandung dalam tasawuf. Kesemua tuntutan ini seiring berjalan setiap saat di atas kehidupan seorang mukallaf. Hatta dalam munakahat sekalipun ia dituntut ke atas setiap muslim.

Sekadar pesanan; ALLAH Ta’ala telah sempurnakan apa yang manusia hajati, maka sayugianya manusia perlu membalas apa yang telah diberi dengan jalan ketaatan.

Jadikan rumah tangga sebagai wacana untuk lebih mengenali agama. Antara kewajipan yang perlu diambil berat ialah, suami sewajibnya menjadi 'tok guru' kepada isteri dan anak-anak dengan mengajarkan ilmu-ilmu terutama yang fardhu ain. Seandainya suami tidak mampu menyediakan keperluan itu, maka sewajibnya dia membawa keluarganya untuk mencari ilmu.

Banyak di antara sebab-sebab kejatuhan ummah adalah berpunca daripada wanita yang tidak dididik dengan agama, sehingga mereka menuntut kebebasan yang melampaui batas larangan agama. Ingatlah medan sebenar perjuangan wanita yg ‘tangan kanannya menghayun buaian dan tangan kirinya menggoncang dunia’ adalah di rumah. Apa gunanya jika nisa’ hebat dan lantang di luar sehingga seringkali melampui garis sempadannya, sedangkan suami dan anak-anak tidak mendapat haknya di rumah. Bahkan seringkali berlaku di mana isteri menjadi fitnah ke atas suami.

Wahai wanita-wanita, janganlah kamu biarkan dirimu menjadi anak panah syaitan. Janganlah bi’ah pekerjaan manjadikan kamu longgar dengan auratmu. Tutuplah tubuhmu dan tinggalkanlah tabarruj, kerana yang selayaknya bagimu bertabarruj adalah di rumah untuk suami dan mahrammu. Selangkah kaki kamu melangkah keluar dari rumah, maka sejuta pandangan akan tertumpu kepadamu.

Mad’u kamu yg sebenar adalah anak-anak di rumah. Yang di luar itu adalah hak kaum muslimin. Untuk itu, tidak dapat tidak kaum muslimin wajib mempersiapkan diri dengan ilmu untuk menyeru mereka. Jika kamu terlalu risau dan ingin juga terjun mengambil bahagian di medan kaum muslimin, maka seharusnya kamu serulah suami-suami kamu untuk bergerak bagi pihak diri kamu.

Apabila rumahtangga goyah, isteri tidak mendengar kata, anak-anak berani mendahului kata ibubapanya, maka sehebat mana seorang ‘ustaz’ berjuang di luar, akhirnya akan tersungkur dengan persoalan anak-anak dan isterinya di depan penghisaban ALLAH kelak."

Semoga beroleh manfaat dan rahmat ALLAH.
Kluang, Johor, Malaysia.



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah