• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Monday, April 11, 2011

Penggunaan Beg Plastik Secara Bijak


Dewasa ini, masyarakat sering membincangkan tentang pentingnya mengurangkan pengunaan beg plastik. Namun, berapa ramai individu yang benar-benar telah berhenti memakai beg plastik apabila berbelanja?Penggunaan plastik adalah percuma dan praktikal. Namun, setiap tahun berjuta-juta beg plastik dibuang selepas dipakai hanya sekali. Plastik akan menjadi sampah, dibuang, dan dibakar. Kemudian, plastik akan masuk ke longkang, menyumbat aliran air dan menyebabkan banjir.


Oleh itu, sebagai pengguna kita perlu menggunakan beg plastik secara bijak. Antaranya, menjayakan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang dilaksanakan di pasaraya-pasaraya besar. Kempen ini dilancarkan oleh kerajaan di seluruh negara bagi mengurangkan penggunaan plastik. Di Selangor, pelanggan pasaraya perlu membayar RM0.20 pada setiap hari Sabtu untuk menggunakan sehelai beg plastik atau membawa barang-barang yang dibeli tanpa menggunakan plastik jika tidak mahu membayar harga tersebut. 


Pengguna yang bijak akan menggunakan semula beg plastik untuk mengisi barang-barang yang dibeli di kedai. Pekerja di pasaraya tidak keberatan jika kita membawa beg plastik sendiri malah terdapat sesetengah pasaraya yang memberikan mata imbuhan kepada pengguna yang menggunakan semula beg plastik untuk mengurangkan penggunaan plastik. Jika ingin pergi ke pasaraya seperti Tesco atau Giant, kita boleh membawa beberepa helai plastik yang telah digunakan dari rumah untuk digunakan semula.

Pengguna mempunyai alternatif lain iaitu membeli beg yang mudah dilipat dan dibawa ke mana sahaja. Beg tersebut juga haruslah sesuai untuk menampung barang keperluan harian yang berat dan makanan basah seperti ikan dan makanan laut. Ketika hendak membayar, pengguna perlu mengingatkan juruwang  bahawa mereka tidak memerlukan beg plastik sambil menunjukkan beg belanja yang dibawa. Contoh beg yang sesuai dan boleh digunakan semula ialah Ziploc. Kemasan Ziploc boleh digunakan semula dan beg Ziploc boleh dibeli di mana sahaja dengan harga yang murah.


Pengguna digalakkan sentiasa menyimpan beg belanja di dalam kenderaan. Ini bagi mengelakkan penggunaan beg plastik ketika berbelanja jika pengguna terlupa membawa beg belanja yang khas.  Pengguna boleh meletakkan beg belanja tersebut di bahagian but kereta dan terus menggunakannya apabila singgah di mana-mana kedai untuk membeli keperluan harian. Sekiranya terlupa membawa beg belanja dari rumah, barang-barang yang dibeli boleh dimasukkan ke dalam poket, beg tangan, beg galas atau sorong troli ke tempat letak kereta.  

Plastik tidak dapat lupus dari muka bumi. Plastik yang kita buang boleh berada di tapak pelupusan untuk beribu-ribu tahun. Plastik juga mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan dan memberi kesan yang amat buruk. Konklusinya, kita perlu menggunakan plastik secara bijak.

Semoga beroleh manfaat dan rahmat ALLAH.


Kluang, Johor, Malaysia.



1 buah tangan:

Terima kasih atas peringatan & perkongsian ini. Menarik! InsyaAllah, sama-sama kita kurangkan penggunaan beg plastik agar bumi kita tidak terus 'sakit' akibat kecuaian penghuninya.

p/s: Blog ini sangat menarik, tetapi bacaan entri sedikit terganggu dengan widget 'gadis' di sebelah kiri. Mungkin Saudari boleh alihkan ke sebelah kanan supaya dapat membaca blog dengan tenang dan selesa. (sekadar pandangan) =)

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah