• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Monday, March 21, 2011

Adakah Anda Seorang Pemimpin?

Seorang pemimpin tidak wajar bermain emosi pada tahap maksima dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Bukanlah peranan pemimpin dengan hanya berkata-kata, sibuk mencari kesalahan anak buah dan merendah-rendahkan orang di sekelilingnya. Mungkin hal tersebut berlaku tanpa disedari, maka koreksi dirilah perkara pertama yang patut dilakukan.

Di bawah ini tersenarai ciri-ciri pemimpin (imam) yang cemerlang di dunia dan akhirat. Sama-sama kita jadikan ia sebagai panduan untuk memimpin termasuklah memimpin diri sendiri. Hasil pimpinan yang baik mampu membentuk diri, keluarga, masyarakat, seterusnya negara yang bertamadun tinggi.

MENUTUP KEAIBAN ORANG
Sabda Rasulullah SAW: "Berlindunglah dari orang yang JAHAT PEKERTInya; bila melihat kebaikan diTUTUPnya, dan bila melihat keburukan diLANTANGkannya di hadapan orang ramai."
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya ALLAH menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.” [HR Ahmad dan Tirmizi]

Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

MENJAGA TUTUR KATA

Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu hamba-hamba ALLAH yang bersaudara.” [HR Muslim]

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba ALLAH yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya." [HR Muslim]

Tidak ada istilah “Dia ini mulut sahaja yang jahat, tetapi orangnya baik.” di dalam Islam. Menurut sebuah riwayat, seorang sahabat telah datang kepada Rasulullah dan berkata, “Ada seorang wanita terkenal dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia sering mengganggu jirannya dengan lidah.” Rasulullah menjawab dengan ringkas, “Dia ahli neraka.” Wanita tersebut seorang ahli ibadat yang rajin. Kerana beliau sering menyakiti tetangganya dengan lidah, destinasi beliau adalah neraka.

Di dunia, mulut yang celupar akan membuatkan kita hilang kawan. Orang akan menjauhi kita tanpa kita menyedari sebabnya. Artikel ini (Bahaya Mulut Celupar) membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, InsyALLAH.

BERLEMAH LEMBUT

Diriwayatkan dari ‘Aisyah ra, bahwa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya ALLAH itu lemah-lembut, mencintai kelembutan dalam segala perkara." [Mutafaq 'Alaih]

Sifat lembut lawannya kasar dan keras hati. Pasti hilang rasa hormat anak buah kepada pemimpin yang kasar dan sering bermasam muka apabila kurang senang dengan sesuatu. Apabila hilang rasa hormat, jauh sekali arahan pemimpin dapat dilaksanakan dengan baik oleh anak-anak buah. Sebelum memohon  rasa hormat dari anak buah, seseorang pemimpin hendaklah menunjukkan kredibiliti mereka dengan sikap mesra dan berjiwa rakyat. Adab sopan dan budi bahasa perlu dimulakan dari diri sendiri dahulu sebelum dicontohi oleh anak-anak buah. 

Dari Jabir bin ‘Abdillah ra, Rasulullah saw bersabda: “Setiap kebaikan adalah sedekah. Dan termasuk kebaikan jika engkau menemui saudaramu dengan wajah berseri, dan jika engkau menuangkan air dari bejana milikmu pada bejana milik saudaramu.” [HR Ahmad dan at-Tirmidzi]

Dari Abu Dzar ra, ia berkata, Rasulullah saw bersabda: “Senyummu di hadapan sahabatmu adalah sedekah.” [HR Ahmad dan Ibnu Hibban]
TAWADHU'

"Barang siapa bertawaddhu' kerana ALLAH, maka akan diangkat darjatnya oleh ALLAH, barang siapa yang sombong, maka akan dijatuhkan darjatnya oleh ALLAH, barang siapa bersikap bersederhana (tidak boros dan tidak pula kikir), maka akan dijadikan kaya oleh ALLAH, barang siapa membazir, maka akan dijadikan miskin oleh ALLAH dan barang siapa memperbanyak ingatan kepada ALLAH, maka dicintai oleh ALLAH." (HR Ibn Sunni dan Ibn Hibban)

Setiap pemimpin harus menanamkan diri kita dengan sifat rendah diri dan tidak membanggakan diri kepada manusia kerana dengan sifat inilah mampu mengangkat darjat manusia di sisi ALLAH SWT. Dengan adanya sifat tawadhu' pada pemimpin, semua hati-hati anak buah akan terhimpun pada pimpinan. Sebaliknya kesombongan akan menjauhkan hati mereka daripadanya (pemimpin). 

Seseorang pemimpin mesti mengelakkan diri daripada mempunyai perasaan takbur ini kerana dengan mempunyai perasaan takbur dan riak dalam diri, bimbang jika ALLAH menutup pintu hati kita daripada menerima hidayahNYA sepertimana firmanNYA yang berbunyi :
"Demikianlah ALLAH menutup tiap-tiap hati orang yang sombong lagi ganas (memaksa rakyat)." (Surah Al-Mukmin : 35)

MEMAAFKAN ORANG

"Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. ALLAH menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." [QS Ali 'Imran: 134]

Lazimnya, pemimpin akan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Seringkali ia membangkitkan kemarahan, itu lumrah. Setiap insan ada kelemahan masing-masing. Justeru, seseorang pemimpin tidak patut menyimpan dendam dengan sering menyebut kesilapan anak buah yang lalu atau sentiasa berusaha mencari kesalahan anak buah. Tindakan seorang pemimpin yang mudah marah, tidak memaafkan dan membalas kejahatan dengan kejahatan hanya akan merosakkan organisasi yang dipimpin dan menambahkan musuh.

Sebaliknya, memaafkan dan melupakan kesalahan orang lain akan meninggikan darjat kita malah dikasihi manusia. Seperti sabda Rasulullah SAW: “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab bersedekah, dan ALLAH akan menambahkan kemuliaan bagi hamba-hambaNya yang pemaaf dan orang yang bertawadhu’ (rendah hati), akan ALLAH angkat darjatnya.” [HR Muslim]

MENAHAN MARAH
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas dan Abu Sa’id al-Hudri, bahwa Rasulullah saw bersabda kepada Asja Abdul Qais: "Engkau mempunyai dua perkara yang dicintai oleh ALLAH iaitu mampu menahan diri (daripada melakukan dosa) dan tidak cepat marah." [HR Muslim]
 
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: “Berwasiatlah kepadaku." Lalu Nabi SAW menjawab, “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi SAW menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” [HR Bukhari]

Tidak wajar bagi seorang pemimpin mempamerkan kemarahan sehingga menunjukkan kebodohan dan kegagalan diri dalam mengawal emosi, apatah lagi mengendali organisasi. Umat Islam dituntut supaya menjauhi amarah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Sesuatu persoalan atau wasiat yang memerlukan jawapan daripada seseorang, janganlah diminta secara mendesak atau menunjukkan kemarahan, tetapi hendaklah menggunakan tutur kata yang baik, bersopan dan sabar.
HIMPUNAN HADIS

Berikut merupakan himpunan hadis mengenai pemimpin yang wajar kita baca dan hayati seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian atau jadikannya sebagai tauladan:
Ketahuilah, tidak selamat seseorang yang menceritakan setiap apa yang dia dengar dan seseorang itu tidak menjadi imam (pimpinan) sama sekali apabila dia menceritakan setiap yang dia dengar. [HR Muslim]
Tiada seorang pemimpin yang memimpin sepuluh orang (dan ke atas) melainkan dibawa datang pada hari kiamat dalam keadaan diikat. Tidak akan melepaskannya melainkan keadilan, atau dia akan dibinasakan oleh kezaliman. [HR Ahmad, Abu Ya’la dan al-Baihaqi]

Nabi menasihati sahabatnya Abd. ar-Rahman bin Samurah: Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu. [HR Bukari dan Muslim]

Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di sisi pemerintah yang zalim, atau ketua yang zalim. [HR Al-Nasai, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah]

Akan ada para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci (perbuatan munkar tersebut) maka dia terlepas (dari dosa), sesiapa yang membantah maka dia selamat (dari dosa), namun (yang berdosa) sesiapa yang redha dan menuruti (perbuatan munkar)”. Sahabah bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak selagi mana mereka bersolat." [HR Muslim]

Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka, mereka mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu benci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat, mereka juga melaknati kamu”. Baginda ditanya: “Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?” Jawab baginda: “Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang penguasa berkuasa ke atasnya, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada ALLAH, maka hendaklah dia membenci maksiat tersebut namun jangan dia mencabut tangan dari ketaatan. [HR Muslim]

Tiada seorang pemimpin pun yang mengendalikan urusan rakyatnya dari kaum muslimin kemudian dia mati dalam keadaan dia menipu mereka melainkan ALLAH haramkan baginya syurga. [HR Bukhari dan Muslim]

Semoga beroleh manfaat dan rahmat ALLAH.

Kluang, Johor, Malaysia.



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah