• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Monday, February 21, 2011

Kepimpinan Melalui Teladan

LAHIRNYA SEBUTIR PERMATA
Tanggal 11 Disember 1990 adalah tarikh keramat di mana lahirnya seorang puteri kebanggaan En. Ali bin Abu dan Pn. Hasnah binti Sanip. Puteri yang diberi nama SITI JUWAIRIYAH ini dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan diberikan didikan agama yang kuat. Dikelilingi iklim dini dan persekitaran yang harmoni, JUWAIRIYAH membesar sebagai anak dara sunti yang berakhlak mulia, sopan-santun dan lemah-lembut.
Adik keempat saya ini lebih senang dipanggil Juwai dalam kalangan keluarga. Secara peribadi, beliau seorang yang agak manja ekoran penyakit yang dihidapinya sejak berumur 10 tahun. JUWAIRIYAH disahkan menghidap penyakit ITP iaitu kurang platlet dalam darah yang menyebabkan doktor melarang pembabitannya dalam sebarang aktiviti sukan. Bagaimanapun, penyakit tersebut tidak menghalangnya dewasa sebagai seorang gadis normal yang berjiwa besar. JUWAIRIYAH juga seorang yang sangat prihatin dan memahami memandangkan sikap semulajadinya yang sensitif.
Kecekalan JUWAIRIYAH terbentuk melalui peristiwa-peristiwa pahit yang dilalui semasa kecil selain penyakit yang dihidapi. Antara pengalaman pahit yang pernah dilalui ialah kaki beliau pernah tersiram air panas mendidih sewaktu berumur setahun, jatuh tangga setinggi 9 kaki ketika berusia 3 tahun, dan yang paling pahit ketika diambil air tulang sum-sum sewaktu berusia 12 tahun. Pengambilan air tulang belakang ini sangat menyakitkan dan berisiko tinggi kerana boleh mengakibatkan kecacatan seumur hidup atau kematian tetapi JUWAIRIYAH terbukti dapat melaluinya dengan tabah!
PERMATA DIGILAP
JUWAIRIYAH mendapat pendidikan awal di Tadika ABIM Taman Seri Manjung pada tahun 1996, Sek. Keb. Pangkalan TLDM II dari tahun 1997 hingga 2000 dan Sek. Ren. Keb. Canossian Convent sejak 2001 hingga 2002. JUWAIRIYAH melanjutkan pelajaran ke Sek. Men. Keb. Tun Hussein Onn dari tahun 2003 hingga 2005 dan seterusnya ke Sek. Men. Keb. Agama Johor Bahru pada tahun 2006. Beliau menyambung pengajian tinggi ke Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dan Kolej Matrikulasi Kedah sebelum memasuki Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun 2009.
Dari kaca mata seorang kakak, JUWAIRIYAH dilihat sebagai seorang yang gigih dalam pelajaran dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang diceburinya. Buktinya, banyak kegagalan telah beliau tempuhi tetapi beliau tidak pernah berputus asa hingga berjaya merangkul Anugerah Dekansikap tegas dan berani mempertahankan hak dalam dirinya. Beliau suka mengajak rakan-rakan sebayanya ke arah kebaikan dan menegah mereka daripada melakukan kemungkaran. Sebagai anak keempat daripada lima orang adik beradik, JUWAIRIYAH menjadikan abangnya (adik saya) Muhammad Syarqawi yang merupakan pelajar Diploma Tahfiz di MARSAH sebagai rujukan dalam mendalami bidang agama. baru-baru ini. Melalui pengalaman yang dilalui sepanjang kehidupannya sebagai seorang pelajar, terserlah
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
JUWAIRIYAH mewarisi bakat kepimpinan ayah kami yang merupakan seorang pesara Tentera Laut.  Sifat kepimpinan beliau terserlah melalui penglibatan aktifnya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan yang melatihnya menjadi seorang pemimpin bermula sejak sekolah rendah dalam pasukan unit beruniform Tunas Puteri dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) sebagai ahli aktif. Beliau mula memikul tangunggjawab seawal usia 16 tahun ketika dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Bahasa Arab, Pustakawati dan ahli aktif Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM). Beliau juga pernah mewakili Sek. Men. Keb. Agama Johor Bahru dalam Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Unit Berunifrom di peringkat daerah pada tahun 2006.
Berbekalkan pengalaman sebagai ahli Majlis Tertinggi Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Setiausaha Kokurikulum Kerohanian ketika di Universiti Utara Malaysia (UUM), saya sebagai kakak sulung JUWAIRIYAH sering menurunkan ilmu kepimpinan dengan keyakinan bahawa beliau mampu menjadi pemimpin yang berkarisma dan berjiwa rakyat. Kewibawaan JUWAIRIYAH dalam kepimpinan turut dijadikan inspirasi oleh adik bongsu kami, Siti Ummaimah yang memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Lembaga Pengawas Sekolah, Naib Bendahari Rumah Sukan Sigma, Naib Setiausaha Kelab Bimbingan dan Kaunseling, dan Jawatankuasa Kerja Persatuan Belia 1 Malaysia daerah Kluang.
KILAUANNYA BERSINAR
Beliau berjaya mewakili suara pelajar ketika di matrikulasi apabila dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lujnah Kebersihan, Keceriaan, dan Pengurusan Masjid pada tahun 2007. Melangkah ke alam universiti, nama SITI JUWAIRIYAH ALI telah diumumkan sebagai Setiausaha Biro Pemuda Masjid Jawatankuasa Teman Pusat Islam (JTPI), Timbalan Pengerusi Biro Kerohanian dan Etika Kolej Kediaman Melewar serta calon umum Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sessi 2009/2010. Kini, beliau mula mengorak langkah sebagai Timbalan Pengerusi Kolej Kediaman Melewar serta Timbalan Presiden Kelab Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk sesi 2010/2011.
Mengisi kehidupan di kampus, JUWAIRIYAH rajin turun padang mencurahkan bakti sebagai fasilitatorhttp://infinitsyifa.blogspot.com/. Antaranya, pengalaman sebagai fasilitator Kem Bina Insan pada Jun 2010 di negeri Jelapang Padi yang benar-benar mengasah bakat kepimpinan dan menguji ketahanan dirinya. Saya percaya bahawa JUWAIRIYAH mampu melunaskan tanggungjawabnya dengan cemerlang tidak kira apa pun jawatan yang disandangnya. Walaupun bertubuh kecil molek, tetapi beliau berjiwa besar! Semangat yang kuat sentiasa menjadi bentengnya dalam menghadapi 1001 cabaran yang mendatang. dalam kem-kem motivasi yang dianjurkan oleh sekolah dan NGO seluruh Malaysia. Kenangan manis tersebut banyak dirakamkan di dalam blog peribadi beliau;
SELAMAT BERJUANG ADIKKU!
Proaktif Menjana Mahasiswa Gemilang
Semoga beroleh manfaat dan rahmat ALLAH.

Kluang, Johor, Malaysia.



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah