• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Thursday, January 6, 2011

Amanat as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin

Sekitar tahun 1969, Sheikh Ahmad Yassin telah menubuhkan gerakan Ikhwanul Muslimin di Gaza yang semakin berkembang pesat dan diterima oleh masyarakat di situ. Apatah lagi Ikhwanul Muslimin telah menyandang senjata menentang tentera Yahudi dan British dalam dekad 1940an.

Hasilnya pada tahun 1973 (dengan bantuan anggota pertubuhan tersebut), beliau terlah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan pelarian-pelarian Palestin yang diberikan nama Mujamma al-Islam. NGO berwajah kebajikan ini telah menyantuni ibu-ibu tunggal. anak-anak yatim, orang-orang tua, dan pelbagai gerak kerja kebajikan lain sehingga meletakkan Syeikh Ahmad dekat di hati masyarakat Palestin.
As-syahid telah memberikan amanatnya untuk dilaksanakan dengan setuntas mungkin. Amanat ini telah dibayar dengan harga yang sangat mahal, iaitu tubuh beliau yang dirobek oleh roket buatan Amerika. Antara amanat yang diluncurkan dari mulut as-Syahid ialah: 

1. Bumi Palestin adalah milik umat Islam yang secara paksa telah dirampas oleh Zionis Israel dan hanya boleh direbut kembali dengan kekuatan. Ia adalaha tanah wakaf yang tidak sama sekali boleh diserahkan walaupun hanya seinci. Untuk itu, umat Islam harus bersedia melakukan segala-galanya demi menebus kembali tanah suci ini.  

2. Jihad di palestin adalah hak asasi rakyat Palestin. ia juga adalah wajib bagi umat Islam sama ada lelaki atau perempuan untuk memerangi ketidakadilan serta terorisme yang dilakukan oleh musuh-musuh ALLAH swt. Rakyat Palestin menolak untuk dipisahkan daripada masyarakat Arab dan umat Islam seluruh dunia.   

3. Rakyat Palestin yang sedang berjuang menentang Zionis Israel sewajarnya mendapat dokongan daripada pemimpin serta umat Islam keseluruhannya. Umat Islam Palestin amat memerlukan bantuan ekonomi telah bertahun-tahun menghadapi tekanan Zionis Israel yang menghancurkan mata pencarian dan kemakmuran bumi Palestin. Rakyat Palestin juga memerlukan sokongan dan dokongan untuk membantu jihad mereka.  

4. Menyeru agar jangan sesekali membina hubungan baik dengan Zionis Israel dan menutup kedutaan, konsulat atau perwakilan dengan Zionis Israel di mana pun ia berada. Kami mendesak agar semua umat islam aktif memboikot dan menghentikan sebarang hubungan dengan rejim Zionis yang kejam dan zalim ini.  

5. Umat Islam di Palestin memerlukan apa jua bentuk bantuan untuk menamatkan peperangan dan permusuhan di bumi Palestin oleh Zionis Israel. Waktunya akan datang seperti yang ALLAH swt janjikan dan bersabarlah dengan janji-janji ALLAH swt itu.  

6. Masjid al-Aqsa perlu diselamatkan oleh seluruh umat Islam daripada rancangan penghancurannya oleh Zionis Israel.  

7. Meminta kepada umat Islam untuk membantu rakyat Iraq mengusir penjajah Amerika dari tanahnya. Apa yang dilakukan oleh rakyat Iraq adalah sama dengan kami yang sedang membebaskan bumi Palestin.
    Syeikh Ahmad Yassin merupakan insan yang menjadi ikutan kepada pengikutnya bukan sahaja di Palestin, malah dunia Islam memujanya sebagai mentor jihad yang menyalakan perlawanan untuk pembebasan bumi palestin dan kemuliaan umat Islam.

    Rujukan: Cinta Di Langit Gaza oleh Riduan Mohamad Nor

    Semoga beroleh manfaat dan rahmat ALLAH. 
     
    Ampang, Selangor, Malaysia.


    Categories: ,

    5 buah tangan:

    Assalamualaikum Wrmbth,

    Terima kasih atas perkongsian ini. Seorang yang mempunyai kudrat yang terhad seperti beliau pun mampu memberikan impak kepada masyarakat.

    wa'alaikumsalam wbt...

    same2... betul tu, sumbangannya terlalu besar kpd dunia Islam.

    Salam ukhti, mohon kongsi post ini dalam blog al-faqir.

    Post a Comment

    Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

     
    • Anjung Bicara

    • Bilik Bacaan

      Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
      Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
      Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
      Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
      Nota Cinta untuk Cikgu
      Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
      Senangnya Memasak... Sayur
      Bangkitlah Selepas Bercerai
      Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
      Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
      Formula Solat Sempurna
      Mencari Pasangan Hidup
      Ke Mana Wang Anda?
      Apa Ertinya Saya Menganut Islam
      1511H [KOMBAT]
      Men Are from Mars, Women Are from Venus
      Story of The great Wife:
      Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
      Tentang Cinta
      Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


      Siti Zaleha's favorite books »
    • Perutusan Merpati

    • Jejak Ziarah