• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Saturday, January 8, 2011

Persepsi Pelajar Terhadap Guru

Setelah beberapa hari memasuki tahun 2011, saya mendapati beberapa perkara baru dalam diri dan kehidupan saya. Antaranya saya telah cekap menyusup di celah-celah kereta ketika kesesakan lalu lintas, saya semakin berani 'berebut' di simpang tiga atau simpang empat semasa traffic light rosak, dan saya semakin kuat menghadapi hari-hari mendatang...alhamdulillah.

Tentang Fathimah az-Zahrah pula, sekarang dia tak mahu minum susu botol langsung sekalipun susu ibu yang diperah. Jadi, Zahra perlu dihantar ke sekolah untuk saya susukan jika Zahra tak tahan lapar. Setiap hari, saya akan memaklumkan waktu senggang saya sama ada waktu rehat ataupun semasa tiada kelas.

Bertambah seronok rasanya mengajar subjek Sejarah, Pendidikan Seni Visual, dan Pendidikan Jasmani. Banyak ilmu baru yang saya perolehi tentang seni dan kesihatan. Secara tak langsung, azam untuk menjadi guru yang lebih baik saya sematkan dalam hati. Bagi pelajar, guru yang baik adalah seorang yang...
* mesra (ramah dan murah senyuman)
* memberi penerangan dengan jelas
* memberi nota dengan baik (ringkas dan padat)
* boleh melukis
* melayan kami dengan baik
* memberi kerja kumpulan
* memeriksa buku dengan cepat
* duduk bersama kami (berdiri sama tinggi, duduk sama rendah)
* memperkenalkan diri
* mengetahui tentang subjek yang lain (merentas kurikulum dalam P&P)
* boleh berjenaka
* mengajar kami permainan
* membantu pelajar yang lemah (PATS)
* tidak memaksa
* membuat pelajar berlakon (aktiviti main peranan)
* menjadi pelakon yang cekap
* tepat pada masa
* mempercayai kami
* pandai bergaya
* menggunakan minyak wangi
* memberi nasihat yang banyak
* menyuruh kami menjadi insan berguna
* meyakinkan kami
* mengadakan jamuan
* membawa kami berkelah
* memastikan kami memahami pelajaran yang diikuti
* mengajar pelajaran yang baru setelah kami memahami pelajaran yang lama
* menyayangi kami

Semoga beroleh manfaat dan rahmat ALLAH. 
 
Ampang, Selangor, Malaysia.



4 buah tangan:

saya minta izin cetak dan baca untuk diri sendiri. boleh ya?

saya cadang, tulisan akak ttg cerita-ceriti berkisar guru dan tugasnya dalam blog ni patut dikumpul, boleh dibukukan satu hari nanti :) boleh dikelek ke sana ke mari...

mana tau saya salah seorang pembelinya :)

silakan..tafaddhal masykura. time kasih sbb zuraustati sudi mengunjungi blog yg x seberapa ni... ^_^

akak x pernah terfikir pun, rasa macam belum layak lg nak bukukan...
insyaALLAH kalo ade rezeki 1 hari nanti..doakanlah ye.. ^_^

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah