• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Sunday, January 23, 2011

Kurangi Sikap Defensif

Saya bukan kaunselor tetapi semua guru pernah belajar ilmu psikologi yang merupakan kelayakan ikhtisas untuk menjadi guru.

Dewasa ini, semakin ramai murid yang bersikap defensif dan berani menunjukkannya di hadapan guru. Saya percaya ada juga murid yang bersikap begini dulu tetapi rasa hormat pada guru menghalang sikap itu ditonjolkan.

Menurut kefahaman saya, defensif bermaksud suka membela diri atau suka mempertahankan pendirian/pandangan sendiri. Dari sudut emosi bermaksud kita bersikap 'tertutup', tidak suka menerima kritikan/saranan dan merasakan diri kita sahaja yang betul. Tujuannya adalah untuk melindungi diri sendiri.


Hakikatnya, sikap defensif adalah fitrah dan wujud secara semulajadi dalam diri setiap insan. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah mengurangkan sikap defensif ini.

Jika sikap ini mampu dikurangkan sehabis daya, kita akan menjadi insan yang penuh dengan kasih sayang dan tidak mementingkan diri. Kita akan memiliki karisma dan daya tarikan luar biasa yang membuat semua orang menyenangi kita terutama pasangan.

Hampir setiap orang pasti pernah bersikap defensif (walaupun seiikit) ketika dikritik, dicurigai, diserang (secara peribadi), dinasihati atau dipandang rendah. Namun jika kita mahu berusaha, mengurangkan sikap defensif tidaklah terlalu sukar.

Lawan sikap defensif adalah sikap menerima iaitu bersikap reseptif dan berlapang dada. Maksudnya, kita berusaha menerima kehidupan seadanya (qana'ah) termasuk semua kritikan dan sisi negatifnya. Apapun, sikap menerima berbeza dengan sikap pasif atau sikap lesu tak bersemangat.

Bersikap reseptif bermaksud bersikap terbuka dan menerima pandangan/perkataan orang lain tanpa bersikap reaktif. Sikap ini berkait rapat dengan sabar dan redha. Akhirnya nanti kita akan berjaya menjadi pendengar yang baik (memberi respon yang positif; bukan diam tanpa sepatah kata). 

Bila sudah terbiasa, kita akan mampu lebih memilih dalam bertindak (berfikir sebelum bertindak/memberi respon). Kita takkan membuang masa berdebat atau mempersoalkan hal-hal yang tidak begitu penting. Sewaktu orang 'menyerang' atau mengkritik, kita akan tetap tenang selain mampu menilai sejauh mana kebenaran kritikan itu. Kisah silam yang mungkin pernah membuat kita menyesal dan kecewa takkan terlalu mempengaruhi diri kita lagi.
"Aku jamin rumah di dasar syurga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam gurauan, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya."
[HR Abu Daud]

Orang sekeliling pasti akan memberikan respon positif terhadap perubahan sikap kita. Bahkan ia juga akan mengurangkan sikap defensif mereka terhadap kita, insyaALLAH.
 
Sama-sama kita ingat-mengingati...kerana sikap ini ada dalam diri setiap insan; bezanya sedikit atau banyak. 

Semoga beroleh manfaat dan rahmat ALLAH.
 
Ampang, Selangor, Malaysia.



2 buah tangan:

terima kasih...silakan.
ilmu memang untuk disebarkan.."sampaikanlah walau sepotong ayat."

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah