• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Monday, January 3, 2011

Dunia Adalah Pentas Ujian

Hari pertama ke sekolah bagi tahun 2011, hari pertama mengajar, dan hari pertama bertemu murid-murid baru. Hari ini saya ceria dan bersemangat, syukur alhamdulillah.

Bertemu rakan-rakan setugas, kami saling bertegur sapa dan bercerita ringkas. Memang ada yang bertanya tetapi saya tidak perlu memanjangkan cerita itu, insyaALLAH. Asalnya hanya pihak pentadbiran sahaja yang tahu (mereka mesti ambil tahu) kisah saya, namun guru-guru lain secara tak langsung turut mendapat tahu. Itulah lumrah kehidupan, saya  cuba terimanya dengan hati terbuka.

Sejak peristiwa itu, saya tidak menitiskan air mata sehingga hari ini memandangkan ia telah banyak tumpah sebelumnya. Bukan saya tidak sedih jauh sekali gembira, tetapi saya redha dengan ujian tersebut. Namun, sedikit sebanyak rutin harian saya terganggu akibat pelbagai tekanan. Saya tidak dapat lari dan saya mesti hadapinya dengan tabah.

Setelah dua tahun mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu, pengalaman kali pertama mengajar Pendidikan Seni Visual (PSV) agak menarik dan mengujakan. Selain PSV, saya akan mengajar Sejarah dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Semuanya kali pertama. Subjek-subjek yang agak ringan dan menyeronokkan. Semoga saya dapat melaksanakan pengajaran dengan lebih baik, ameen...

Fathimah az-Zahrah, buah hati pengarang jantung saya sedang sakit...sedikit sebanyak menggugat ketenangan saya untuk bekerja. Benarlah, dunia merupakan pentas ujian. Dialah penghibur hati dan penyejuk mata kami sekeluarga. Kehadirannya menceriakan dan keletahnya mencuit hati. Kesakitan Zahra, kepedihan saya...kesedihan Zahra, kepiluan saya. Semoga Allah memberi kesembuhan kepada Zahra, ameen... Mohon doakan agar kesihatan Zahra bertambah baik.

Semoga beroleh manfaat dan rahmat ALLAH.
 
Ampang, Selangor, Malaysia.



2 buah tangan:

Assalamu'alaikum kak! ^^

Kisah akak lain pula dgn mak saya (cikgu juga). Alhamdulillah.. teruskan bersemangat ye!


**- Saje nak nyebuk kat sini, huhu

wa'alaikumsalam warahmatullah mai!

apa yang lainnya kisah mak mai? dah kurang semangat ye, agaknya dah byk pengalaman mengajar...

** x menyibuklah...kedatangan mai dialu2kan. 1st time mai tinggalkan buah tangan kat akak... ^_^

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah