• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Monday, January 17, 2011

Adab Berbicara

Adab berbicara merangkumi cara-cara memberi pendapat, memberi komen, dan mengkritik dengan cara yang dianjurkan Islam. Sama-sama kita mengingatkan diri kita dan cuba mengamalkannya mengikut kemampuan kita.

01. Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar, sebagaimana dalam hadis Aisyah R.A.:
Bahawasanya perkataan Rasulullah S.A.W. itu selalu jelas sehingga boleh difahami oleh semua yang mendengar.” 
(HR Abu Daud)

02. Jangan bercakap mengenai hal orang lain dan jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya, berdasarkan Surah Al-Hujurat:11 dan juga hadis Nabi S.A.W:
Jika seseorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” 
(HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya)

03. Jangan membuat fitnah dan menjauhi kata-kata keji, mencela, melaknat berdasarkan hadis Nabi S.A.W.:
Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” 
(HR Tirmidzi dengan sanad sahih)

04. Semua percakapan mestilah membawa kebaikan seperti dalam surah An-Nisa’, ayat 14 dan surah Al-Mukminun, ayat 3. Dalam hadis Nabi S.A.W. menyebutkan:
Barangsiapa yang beriman pada Allah dan pada hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” 
(HR Bukhari Muslim)

05. Seimbang dan menjauhi sikap berdolak-dalik, berdasarkan hadis Nabi S.A.W.:
Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan bersikap sombong dalam bercakap.” Maka dikatakan: “Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui erti ats-tsarsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun?” maka jawab Nabi S.A.W.: “Orang-orang yang sombong.” 
(HR Tirmidzi dan dihasankannya)

06. Mengulangi kata-kata penting jika diperlukan, dari Anas R.A. bahawa 
"Nabi S.A.W. jika bercakap maka baginda akan mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang maka baginda pun mengucapkan salam 3 kali." (HR Bukhari)

07. Menghindari banyak bercakap kerana khuatir membosankan orang yang mendengar, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il:
Ibnu Mas’ud R.A. senantiasa mengajari kami setiap hari khamis, maka berkata seorang lelaki: “Wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibnu Mas’ud) Seandainya engkau mahu mengajari kami setiap hari?” Maka jawab Ibnu Mas’ud: “Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana aku pun pernah meminta yang demikian pada Nabi S.A.W. dan baginda menjawab khuatir membosankan kami.” 
(HR Muttafaq’alaih)

08. Menghindari mengucapkan yang batil, berdasarkan hadis Nabi S.A.W.:
Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai Allah yang ia tidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Allah SWT keredhaanNya bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka Allah SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat.” 
(HR Tirmidzi dan ia berkata hadis hasan sahih; juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

09. Menjauhi perdebatan sengit, berdasarkan hadis Nabi S.A.W.:
Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.” 
(HR Ahmad dan Tirmidzi)
Dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi S.A.W. :
Aku jamin rumah di dasar syurga bagi orang yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi orang yang menghindari dusta walaupun dalam bercurau, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.” 
(HR Abu Daud)

10. Menghindari banyak membuat lawak, berdasarkan hadis Nabi S.A.W.:
Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.” 
(HR Bukhari)

11. Menghindari dusta, berdasarkan hadis Nabi S.A.W.:
Tanda-tanda munafik itu ada 3, jika ia bicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari dan jika ia diberi amanah ia khianat.” 
(HR Bukhari)

12. Menghindari ghibah (mengumpat) dan mengadu domba, berdasarkan hadis Nabi S.A.W.:
Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling meng-ghibah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.” 
(HR Muttaafaq’alaih)

13. Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini ialah untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

14. Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan, maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.

15. Jika seseorang sedang makan, maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

16. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan, sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.

17. Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama.

18. Jangan bercakap secara berkumam mulut, jika bercakap secara berhadapan.

19. Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya panggillah dengan nama yang memuliakan mereka.

20. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.

Semoga beroleh manfaat dan rahmat ALLAH.

Ampang, Selangor, Malaysia.



1 buah tangan:

saya sgt suka membaca ruangan ini...tq

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah