• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Thursday, December 9, 2010

Salam Ma'al Hijrah

Sebelum sampai ke satu-satu destinasi, kita akan melalui beberapa langkah dan tempat yang kadang-kadang mahu tidak mahu kita terpaksa lalu juga. Namun yang pasti sebelum tiba ke tempat tersebut, kita akan mulakan dengan berfikir untuk ke sana. Kita akan merealisasikan 80% daripada apa yang kita fikirkan. Contoh jika mahu makan, kita akan fikir hendak makan dahulu kemudian barulah kita makan, jarang sekali jumpa orang yang tiba-tiba sahaja  pergi makan tanpa dia sedari.

Sama juga keadaannya untuk berubah! Kita tidak akan berubah sebelum betul-betul berfikir untuk berubah. Kita tidak boleh membawa diri atau cara berfikir yang kita ada sekarang untuk berubah. Lakukan langkah pertama untuk ubah sikap.

Anda perlu fokus benda yang positif dalam hidup. Mula untuk melihat hikmah atau kebaikan untuk setiap benda yang melanda dan kepada setiap individu lain instead daripada melihat keburukan dan kesalahan orang lain dan peristiwa. Tetapi ramai antara kita yang suka melihat kesalahan dan mencari salah orang lain sehingga kita lupa untuk mencari sinar kebaikan.

Saya ada satu kisah mengenai seorang budak bernama Andrew. Dia datang dari Scotland ke Amerika pada usia muda. Bermula dari melakukan kerja-kerja biasa sahaja dan last sekali, akhirnya dia memiliki kilang terbesar pembuatan besi di Amerika. Suatu hari, ada orang bertanya padanya, bagaimana beliau  berurusan dengan pekerja-pekerjanya yang ramai. Andrew menjawab, " Berurusan dengan manusia sama seperti kita menggali emas. Bila kita mengali untuk mencari satu ounce emas, kita perlu membuang bertan-tan tanah dan kotoran. NAMUN bila kita menggali emas, kita tak perlu lihat pada tanah dan kotoran yang ada, tetapi kita perlu fokus melihat pada emas."

Kata-kata Andrew sangat menarik. Walaupun dalam diri seseorang atau situasi yang rumit itu nampak kabur, tetapi ada satu benda positif dan kebaikan dalam setiap diri individu dan pada setiap situasi. Kita perlu menggali lebih dalam untuk melihat sesuatu yang positif. If we always looking what is wrong with people or with things, we will find many faults...


Sesetengah manusia akan selalu melihat kepada negatif. Tak kira lah walau macam mana pun sesuatu benda itu berjaya dilaksanakan, pasti orang-orang sebegini akan mengkritik. Mereka telah membina kareer mereka sebagai pengkritik kehidupan. Mereka-mereka ini akan bergerak kesetiap tempat untuk mengkritik dan mencari kesalahan orang lain dan setiap keadaan.

Ada seorang pemburu yang mempunyai anjing pemburu yang ajaib. Satu-satunya anjing yang mampu untuk berjalan di atas air. Pemburu tersebut selalu memperlihatkan kehebatan anjingnya untuk memburu pada kawan-kawannya. Suatu hari, si pemburu ini mengajak seorang kawannya memburu itik. Kemudian, setiap kali ternampak itik di tasik, si anjing ini akan meluru kearah itik sambil berjalan di atas air. Si pemburu ini menyangka kawannya pasti akan memberi komen yang seeokor anjingnya yang hebat tetapi ternyata, kawannya itu hanya diam membisu. Bila ditanya mengenai kehebatan anjing mampu berjalan diatas air, dengan ringkas kawan pemburu itu menjawab, "Aku menjumpai sesuatu yang aneh pada anjing kamu, sebab anjing tu tak boleh berenang."


Semua orang boleh menjadi optimis. Be so strong that nothing can disturb your peace of mind. Talk health,happiness and prosperity to every person you meet. Jadikan semua sahabat anda merasakan anda menghargai mereka. Think only of the best, work only for the best, and expect only the best. Lupakan kesilapan anda yang dahulu dan tekankan pada pencapaian yang terbaik pada masa hadapan.
Semoga beroleh manfaat dan rahmat ALLAH.

Ampang, Selangor, Malaysia.


Categories: ,

0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah