• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Thursday, December 9, 2010

Salam Ma'al Hijrah

Sebelum sampai ke satu-satu destinasi, kita akan melalui beberapa langkah dan tempat yang kadang-kadang mahu tidak mahu kita terpaksa lalu juga. Namun yang pasti sebelum tiba ke tempat tersebut, kita akan mulakan dengan berfikir untuk ke sana. Kita akan merealisasikan 80% daripada apa yang kita fikirkan. Contoh jika mahu makan, kita akan fikir hendak makan dahulu kemudian barulah kita makan, jarang sekali jumpa orang yang tiba-tiba sahaja  pergi makan tanpa dia sedari.

Sama juga keadaannya untuk berubah! Kita tidak akan berubah sebelum betul-betul berfikir untuk berubah. Kita tidak boleh membawa diri atau cara berfikir yang kita ada sekarang untuk berubah. Lakukan langkah pertama untuk ubah sikap.



Sunday, December 5, 2010

Azam Baru Sempena 1432 Hijrah


Sempena tahun baru hijrah yang bakal menjelang, mari kita sama-sama bina azam baru untuk berhijrah kepada yang lebih baik. Saya juga telah sematkan azam baru yang kukuh diiringi dengan doa dan harapan supaya ia tertunai. Buat sahabat-sahabat yang dikasihi sekelian...terutama yang mengetahui kisah saya, saya mohon keikhlasan kalian untuk mendoakan saya supaya:

♥ lebih bersemangat dan berkeyakinan menempuh hari-hari mendatang


♥ mampu istiqamah melaksanakan amal-amal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran


♥ dapat memperbaiki diri dengan menambah sifat-sifat mahmudah dan menyingkir sifat-sifat mazmumah


♥ berjaya membersihkan hati dengan taqwa kepada ALLAH dan cinta kepada sunnah Rasulullah sollallahu a'laihi wasallam


♥ dikurnia kesihatan yang baik, kemewahan rezeki yang melimpah ruah, dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat sana

 

Melalui ujian Tuhan yang penuh ranjau, dapat saya rasakan kasih sayang Tuhan yang menyentuh lembut sanubari saya. Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana tidak keseorangan melaluinya malah memperolehi sokongan padu daripada keluarga dan teman-teman. Terima kasih wahai Tuhan yang sentiasa melimpahkan rahmat-Nya. 

Saya sisipkan beberapa kata-kata hikmah, hadis dan ayat al-Quran yang telah saya titip di status Facebook sepanjang mengharungi kegetiran itu. Awal ditimpa ujian, telah saya rakamkan kata-kata hati melalui hadis-hadis di sini: Koleksi Hadis Terpilih. Dan berikut merupakan luahan hati seterusnya.......sehinggalah ke hari ini:

لَّا يُحِبُّ ٱللَّهُ ٱلْجَهْرَ بِٱلسُّوٓءِ مِنَ ٱلْقَوْلِ إِلَّا مَن ظُلِمَ ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا 

ALLAH tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. ALLAH adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [QS an-Nisa': 148]

 

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri. 

 

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya." [HR Abu Naim]


Apabila permaidani dipukul, akan keluarlah debu tersembunyi. Hati dan iman tidak akan diketahui kebersihan hakikinya jika tidak dipukul dengan UJIAN. Jikalau berjaya, bersih dan naiklah kedudukannya..tetapi jika iman tidak kukuh, akan rosaklah diri sebagaimana rosaknya permaidani murah akibat pukulan pembersihan.  Moga ia tidak koyak ketika hadapi ujian. [Ustaz Zaharuddin]

 

Jika ALLAH dah kata itu milik kita, biarlah bawa pusing satu dunia pun, ia tetap akan jadi milik kita.

 

"Aku perhati semua teman, dan tiada yang lebih baik daripada yang PANDAI JAGA LIDAH. Aku fikir tentang pakaian, tiada yang lebih hebat daripada PAKAIAN TAQWA. Aku halusi segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada MEMBERI NASIHAT YANG BAIK. Aku cari segala bentuk rezeki, tapi tidak jumpa rezeki yang lebih baik daripada SABAR." [Umar al-Khattab] 

 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." [HR Abu Daud] 

 

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. [QS Ali-Imran: 139] 

 

JANGAN melebihi HAD dlm berSIKAP dan berKATA-KATA. "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang telah dihalalkan ALLAH kepadamu, dan janganlah kamu MELAMPAUI BATAS. Sesungguhnya ALLAH TIDAK menyukai orang-orang yang MELAMPAUI BATAS." [QS Al-Maidah: 87] 

 

Sabda Rasulullah SAW: "Tidak ada dua ekor harimau yang lapar dilepaskan ke dalam kandang kambing, pasti harimau ini akan menerkam kambing-kambing itu. Walaupun begitu, harimau-harimau ini tidak begitu berbahaya berbanding manusia yang mencari harta dengan tamak haloba." [HR at-Tirmizi]

 

"Apabila kamu melihat bahawa ALLAH Ta'ala memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh ALLAH SWT." [HR at-Tabrani, Ahmad dan al-Baihaqi]

 

"ALLAH (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" [QS an-Nisa': 28] 


"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH hendak memberi kita pelangi."

"ALLAH setiap saat 'memanggil-manggil' kita untuk kembali kepada-Nya. Dengan cara apa saja. Dia dengan kasih sayang-Nya, terkadang membuat suasana kehidupan seorang anak manusia sedemikian rupa dengan musibah, kesusahan dan kesukaran sehingga kalbunya dibuat-Nya 'menoleh' kepada ALLAH...tetapi teramat sedikit orang yang mendengarkan,atau berusaha mendengarkan panggilan-Nya ini."

Keyakinan kepada ALLAH adalah ibarat air kedamaian yang tidak pernah kering, menjadikan seorang muslim tetap tegar di saat org lain berguguran dan tetap tenang di saat orang lain ketakutan....

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. [QS al-Insyirah: 5&6) 

Keindahan itu hanya akan tiba setelah kesedihan menapak di hati...tetapi keindahan itu akan datang bersama dengan saudaranya, kegembiraan dan kejayaan...sekiranya kita lalui kesedihan dengan rakannya, usaha dan istiqomah.

 

Muhammad bin Manshur berkata, “Ada 6 perangai yang merupakan ciri orang BODOH...MARAH tak tentu pasal, berkata-kata yang TIADA MANFAATnya, memberi peringatan BUKAN pada tempatnya, suka memBOCORkan rahsia, sentiasa PERCAYA pada setiap orang, dan tidak dapat memBEZAkan mana kawan mana lawan.” [Hilyatul Auliya’: 10/217]

 

Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah tentu menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri. [Hamka: Kitab Ihfazillah Yahfazka karangan Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni]


Sabda Nabi: "Tidak lurus iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya." [HR Ahmad]

"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."

 

al-Hasan r.a berkata: "Kawinkanlah dia dengan orang yang berTAQWA kepada ALLAH. Ini kerana, jika lelaki itu mencintainya, ia meMULIAkannya dan jika ia tidak menyenanginya, ia tidak akan berBUAT ZALIM kepadanya." [Tidak ZALIM maksudnya tidak menengking, memaki hamun, menghina, memburukkan dan mengasari isteri] 

 

Kata-kata Imam an-Nawawi: "Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu." 

 

Aisyah r.a. bertutur sebagai berikut: Pernah datang beberapa orang Badwi menghadap Rasulullah dan bertanya, "Apakah engkau suka mengucup (mencium) anak-anakmu?" Baginda menjawab, "Ya." Mereka kemudian berkata, "Tetapi demi ALLAH, kami tidak pernah mengecup anak-anak kami." Rasulullah lalu bersabda, "Aku tidak punya daya apa-apa bilamana AlLLAH telah mencabut rasa kasih sayang dari dalam hatimu." [HR al-Bukhari dan Muslim]


Abu Hurairah r.a. juga berkata: Rasulullah pernah mengucup Hasan bin Ali (cucu beliau), sedangkan di sampingnya duduk Aqra' bin Habis at-Tamimi. Lalu Aqra' berkata, "Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh anak, namun aku tidak pernah mengucup salah seorang pun dari mereka." Kemudian Rasulullah memandang kepadanya seraya bersabda, "Siapa yang tidak menyayangi, tidak akan disayangi." [HR al-Bukhari dan Muslim] 

"Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. JANGAN kamu pukul isterimu pada bahagian muka. JANGAN kamu keluarkan PERKATAAN yang JAHAT di hadapannya iaitu perkataan yang MENYAKITI HATI dan dibenci. JANGAN kamu tinggalkan isterimu SEORANG DIRI kecuali dalam rumah." [HR Abu Daud]  

“Dan perbuatan kamu berMAAF-maafan (HALAL-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa.” [QS al-Baqarah: 237] 

Nabi Musa telah bertanya kepada ALLAH: "Wahai Tuhanku! Manakah hambaMu yang lebih mulia menurut pandanganMu?" ALLAH berfirman: “Ialah orang yang apabila berkuasa (menguasai musuhnya) dapat segera meMAAFkan."  

"Aku jamin rumah di DASAR SYURGA bagi yang menghindari BERDEBAT sekalipun ia BENAR, dan aku jamin rumah di TENGAH SYURGA bagi yang menghindari DUSTA walaupun dalam BERGURAU, dan aku jamin rumah di PUNCAK SYURGA bagi yang BAIK AKHLAQnya." [HR Abu Daud]

"Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata! Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus." [HR Muslim] 

 

“Ya ALLAH, jadikanlah hambaMu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” [HR Muslim: 2491]

 

"Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa atau memutuskan silaturahim, melainkan ALLAH akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara; sama ada disegerakan kemaqbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat atau dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya." [HR Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya‘la] 

 

Rasulullah bersabda: "Sesiapa meLAPANGkan satu keSUSAHan dunia dari seorang muslim, ALLAH akan meLAPANGkan satu keSUSAHan hari qiamat daripadanya. Sesiapa memperMUDAHkan orang lain dalam kesulitan, ALLAH akan memperMUDAH baginya dunia dan akhirat. Sesiapa meNUTUP aib seorang muslim, ALLAH TUTUP aibnya dunia dan akhirat. ALLAH sentiasa memberi perTOLONGan kepada hamba selama hamba itu memberi perTOLONGan kepada saudaranya." [HR Muslim] 

 

Ketahuilah, tidak selamat seseorang yang menceritakan setiap apa yang dia dengar, dan seseorang tidak menjadi imam (pimpinan) sama sekali apabila dia menceritakan setiap yang dia dengar. [HR Muslim]

 

Bila ada yang menegur, itu tandanya kerana sayang. Syukur pada ALLAH, masih ada insan sayang pada kita. Terimalah teguran dengan hati terbuka dan berlapang dada. Semoga ALLAH mencambah cinta setiap kita.

 

"Berikan kasih sayang ♥, nescaya kamu akan dikasihi ♥ dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan." [HR Imam Ahmad] 

 

"Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.” [HR Bukhari dan Muslim] 

 

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." [HR Baihaqi] 

 

Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash, katanya Rasulullah s.a.w. berkata: “Daripada dosa-dosa yang berat; seseorang memaki ibu bapanya.” Bertanya orang yang hadir kepada beliau; "Ya Rasulullah s.a.w., adakah orang yang memaki ibu bapanya?" Jawab beliau: "Ya, dia memaki-maki bapa orang lain, orang itu memaki bapanya pula, dan dia memaki ibu orang lain, orang itu memaki ibunya pula.” [HR Muslim]


Semoga beroleh manfaat dan dirahmati ALLAH.

Ampang, Selangor, Malaysia.



Wednesday, December 1, 2010

Kewajipan Lelaki Melindungi Wanita

Lelaki disyaratkan lindungi wanita, hindari kekerasan. Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud: 
"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." (Surah an-Nisa, ayat 34)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah