• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Wednesday, November 10, 2010

Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Insan Yang Salah

Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja. Namun, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai hati yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA... ALLAH knows BEST!~♥

Semoga beroleh manfaat dan rahmat ALLAH.

Ampang, Selangor, Malaysia.



4 buah tangan:

Syukran kerana sudi singgah kat teratak usang ni...

aku tidak pasti adakah aku menemui 'orang yang salah' dalam percaturan kasihku tetapi yang pasti 'dia' yang pernah singgah dihatiku telah mencorakkan pelbagai warna pengalaman seindah pelangi dalam kehidupanku, mengajar aku berterima kasih kepada Illahi kerana memberi peluang mencipta kenangan bersamanya, mensyukuri nikmat bahagia ketika bersamanya... walaupun sesekali hati sedih mengingatinya namun aku berusaha mengikhlaskan hatiku menerima ujian Illahi dengan seikhlas mungkin... inilah agaknya ujian sebenar keikhlasanku terhadap nikmat pemberian Illahi padaku.....Terima kasih ya Allah...

Memang ALLAH sengaja menemukan aedaharif dengan si dia supaya dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya...

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah