• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Tuesday, November 30, 2010

Isu Rumahtangga: Suami Panas Baran

Kali ini saya berhasrat untuk menghidangkan artikel dari laman Dunia Perkahwinan buat pengunjung RaudhatulMardhiah.com. Suami seperti dalam kisah ini punya harapan besar untuk muflis di akhirat kelak.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?

Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta.”

Lalu Rasulullah menjawab: “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi dahulunya waktu di dunia ia pernah mencaci maki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan pernah memukul seseorang. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)

Berikut saya sertakan artikel yang dimaksudkan:
Soalan
Saya telah berkahwin selama tiga tahun dan dikurniakan seorang anak yang berusia dua tahun. Pada mulanya perkahwinan kami amat bahagia, tetapi masuk tahun kedua suami mula panas baran, suka memaki-hamun saya, memalukan saya dan menghina keluarga saya di khalayak ramai. Saya tidak tahu mengapa suami berubah secara mendadak. Saya rasa seperti bodoh, terhina dan sangat tertekan setiap kali suami memaki hamun saya dengan kata-kata kesat. Saya tidak sanggup lagi hidup dalam keadaan begini, melihat anak saya yang masih kecil itu menangis ketakutan setiap kali suami bergaduh dengan saya. Bagaimana caranya untuk saya memohon cerai tanpa persetujuan suami saya?

Amy,
Padang Jawa, Selangor.

Jawapan

Perkahwinan merangkumi satu pertalian kekeluargaan yang meliputi kesaksamaan, hormat harmoni, dan tanggungjawab. Hubungan suami isteri seharusnya bersandarkan dengan perasaan hormat menghormati dan kasih sayang. Kitab suci al-Quran menekankan nilai-nilai ini malah melarang dengan keras sebarang bentuk kezaliman sesama manusia. Seperti yang dinyatakan di dalam surah Ar-Rum: 21 bermaksud, "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan kamu sendiri di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan."

Islam menggariskan landasan yang terperinci agar perkembangan manusia di muka bumi ini berlaku dengan baik dan mengikut kaedah syariat Islam, seperti menjaga kehormatan manusia, kesucian zuriat, keturunan yang mulia dan supaya terjalin kasih-sayang yang harmoni.

Penderaan berbentuk mental dan emosi berlaku apabila suami melayan isteri dengan buruk, memanggilnya dengan panggilan menghina, menjatuhkan maruahnya di hadapan orang lain sehingga menimbulkan darar terhadapnya.
Secara amnya, pengertian darar dilihat sebagai penganiayaan suami ke atas isteri yang melibatkan lima perkara asas yang wajib dijaga iaitu penganiayaan atau pencabulan terhadap agama, nyawa, keturunan, akal dan juga harta isteri. Sikap suami seperti ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita boleh meninggalkan kesan buruk sama seperti penderaan fizikal kerana ia boleh membahayakan nilai harga diri dan perasaan wanita dan keupayaan beliau mengawal kehidupan sendiri. Penderaan ini mengakibatkan tekanan perasaan yang boleh mempengaruhi perubahan sikap dan emosi yang negatif kepada isteri tersebut.

Puan ada menyatakan bahawa puan ingin bercerai, tetapi suami enggan menceraikan puan. Penceraian suami dan isteri seharusnya dilihat sebagai jalan terakhir selepas tiada jalan penyelesaian lagi untuk mempertahankan rumahtangga yang dibina.

Islam membuka ruang kepada keharusan bercerai jika perkahwinan itu boleh menimbulkan kemudaratan kepada salah satu pasangan atau anak-anak hasil daripada perkahwinan itu.

Berdasarkan soalan yang diajukan, dapat dinyatakan di sini bahawa puan boleh memohon penceraian melalui penceraian secara fasakh berdasarkan kemudaratan yang dialami oleh puan. Merujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu pembubaran perkahwinan melalui fasakh.

Seksyen 53(h) (i) Enakmen tersebut, menyatakan bahawa antara alasan yang membolehkan isteri memohon penceraian melalui fasakh adalah dengan perlakuan aniaya suaminya iaitu, antara lain, lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya tersebut. Peruntukan tersebut bukan sahaja menyentuh mengenai penderaan dari segi fizikal sahaja malahan ia juga merangkumi penderaan dari segi emosi dan mental.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, puan boleh memohon cerai di Mahkamah Rendah Syariah di bawah peruntukan yang dinyatakan di atas. Permohonan penceraian boleh difailkan di Mahkamah Rendah Syariah. Adalah dinasihatkan bahawa puan melantik seorang peguam syarie untuk mengendalikan kes puan. Ini adalah kerana peguam syarie lebih mahir dan arif dalam pengendalian kes-kes di mahkamah.

Sekiranya puan masih tidak jelas berkenaan prosedur perceraian ini, dinasihatkan agar mendapatkan khidmat guaman sama ada daripada Biro Bantuan Guaman atau Pusat Bantuan Guaman atau mana-mana peguam syarie bagi mendapatkan nasihat berhubung dengan prosedur tersebut.

Sumber: http://intim.wordpress.com/2009/01/30/suami-panas-baran-2/

Semoga beroleh manfaat dan rahmat ALLAH.

Ampang, Selangor, Malaysia.



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah