• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Monday, November 1, 2010

Golongan yang Menjadi Fitnah kepada Islam

Kelmarin saya keluar bersiar-siar melihat keagungan ciptaan Allah bersama-sama Fathimah az-Zahrah, Ummi, Ayah, dan 2 orang adik perempuan saya...Siti Juwairiyah (20 tahun) dan Siti Ummaimah (17 tahun). Selepas makan tengahari dan menunaikan solat Zohor, kami menuju ke taman rekreasi Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Fathimah az-Zahrah kami bawa terus ke kolam mandi untuk kanak-kanak. Belum sempat Ummi bukakan baju lagi, az-Zahrah menjerit-jerit kegirangan. Seronok melihat az-Zahrah terhibur bermain-main air bersama 2 orang makciknya yang galak bergambar.

Melihat az-Zahrah hampir menggigil kesejukan, saya memanggil az-Zahrah dan makcik-makciknya naik. Namun az-Zahrah mengelak dan masih leka bermain air. Terpaksalah makcik Ju mendukung az-Zahrah yang sedang terjerit-jerit 'berbual' dengan kawan-kawannya. Kami mendirikan solat Asar di Masjid asy-Syakirin dan singgah di Suria KLCC. Pulang hampir Maghrib menyebabkan kami singgah di Masjid ash-Shafi'e memandangkan waktu maghrib yang singkat.
Cadangan untuk pulang ke rumah kami tangguhkan untuk mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid asy-Syakirin (tak jumpa di Masjid asy-Syakirin, terjumpa di Masjid ash-Shafi'e...itulah taqdir). Tajuk kuliah beliau ialah Golongan yang Islam akan Hilang Pada Dirinya dan menjadi fitnah kepada Islam. Golongan tersebut ialah:
1. Memiliki ilmu tetapi tidak beramal dengannya
2. Beramal tanpa ilmu
3. Tiada ilmu agama, jauh sekali beramal dengannya
4. Menegah amal ma'ruf

Selepas menunaikan solat I'syak di rumah Allah tersebut, kami makan malam berjema'ah di restoran  seberang jalan, Yusof Seafood. Berkongsi menu yang kami pesan, antaranya:
1. Ikan siakap 3 rasa
2. Kailan ikan masin
3. Tom yam
4. Fresh orange

Semoga beroleh manfaat dan rahmat ALLAH.

Ampang, Selangor, Malaysia.



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah