• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Monday, October 11, 2010

Koleksi Hadis Terpilih

"Apabila (seseorang) kurang berilmu akan (mudah) menimbulkan perasaan benci dan tuduhan salah (kepada orang lain). Dan jika pengetahuan tentang athar (hadith dan perbuatan sahabat) hanya sedikit, akan ramai yang mengikut hawa nafsu. Berpunca dari yang demikian, akan engkau temui suatu kaum (kumpulan) yang ramai mencintai (menyebelahi) kaum (kumpulan) yang lain hanya atas dasar hawa nafsu (bukan atas dasar kebenaran al-Quran atau al-Hadith) kerana tidak mengetahui (ilmu)nya dan dalilnya. Sedangkan mereka menyokong atau memusuhi (satu kumpulan) tanpa mengikut (landasan) hadith yang sahih dari Nabi dan dari Salaf ummah ini, mereka tidak mengetahui makna (al-Quran dan al-Hadith) dan tidak mengetahui apa yang dikehendaki (oleh hadith) tersebut dan tidak tahu untuk mempraktikalkannya". H/R Imam Malik


Diriwayatkan dari Abdullah bin 'Abbas r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang mengambil kembali pemberiannya sama seperti anjing yang menjilat muntahnya kembali." (HR Bukhari dan Muslim) Dalam riwayat lain: "Permisalan orang yang mengambil kembali sedekahnya seperti anjing yang muntah, lalu dijilat dan dimakan lagi." 

Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Janganlah kamu berbicara dengan UCAPAN yang BURUK, janganlah kamu SINDIR MENYINDIR, janganlah kamu MEMPERDENGARKAN khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.”

 

"Aku perhati semua teman, dan tiada yang lebih baik daripada yg PANDAI JAGA LIDAH. Aku fikir tentang pakaian, tiada yg lebih hebat daripada PAKAIAN TAQWA. Aku halusi segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada MEMBERI NASIHAT YG BAIK. Aku cari segala bentuk rezeki, tapi tidak jumpa rezeki yang lebih baik daripada SABAR." - Umar al-Khattab

 

Menurut sebuah riwayat, seorang sahabat telah datang kepada Rasulullah dan berkata, “Ada seorang wanita terkenal dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia sering MENGGANGGU jirannya dengan LIDAH.” Rasulullah menjawab dengan ringkas, “Dia AHLI NERAKA.”

"Allah tidak menyukai ucapan BURUK, (yang diucapkan) dengan TERUS-TERANG kecuali oleh orang yang diANIAYA. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (An-Nisa':148) 

 

"Mukmin yang sebenar bukanlah seorang pengHINA, peLAKNAT, peNGEJI dan tidak juga KOTOR perkataannya." (Riwayat at-Tarmizi)

 

"Janganlah kamu DENGKI mendengki, TIPU menipu, benci membenci, berpaling muka dan berjual-beli di atas jualan orang lain. Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam dengan orang Islam adalah bersaudara. Mereka tak boleh menZALIMI, tak boleh membiarkannya dalam keHINAan, tak boleh memBOHONGinya dan mengHINAnya sesama Islam. Taqwa itu di sini, di hati ♥ kita. Memadailah seseorang itu dianggap JAHAT apabila dia MENGHINA saudaranya" (Riwayat Muslim)

 

“Lelaki yang paling sempurna imannya ialah lelaki yang paling sempurna akhlaknya dan sebaik-baik kamu (baik akhlak) ialah mereka yang baik dengan isteri-isterinya.” (Riwayat al-Tarmidzi; Tuhfatu al-Ahwaziy,jld:4,hlm:326 )

 

Semoga beroleh manfaat dan dirahmati Allah.



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah