• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Friday, October 15, 2010

Jangan Melampaui Batas!

Wahai manusia, sedarlah! Sabda Rasulullah SAW: "Tidak ada dua ekor harimau yang lapar dilepaskan ke dalam kandang kambing, pasti harimau ini akan menerkam kambing-kambing itu. Walaupun begitu, harimau-harimau ini tidak begitu berbahaya berbanding manusia yang mencari harta dengan tamak haloba." hadis riwayat at-Tirmizi.

Apabila sifat tamak menguasai diri, manusia akan menjadi lebih berbahaya daripada binatang buas sekalipun. Apabila hati terlalu cintakan dunia dan harta, manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mengejar kemegahan:

- menggunakan tipu helah, mencuri, menabur fitnah, malah sanggup membunuh.
- tidak mahu memberi peluang kepada orang lain melebihi kita.
- kehendak dan keinginan tidak pernah habis.
- menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan apa yang dihalalkan Allah.


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang telah dihalalkan Allah kepadamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas." surah al-Maidah: ayat 87
- Mereka ini menghalalkan rasuah, pengedaran dadah, pengkhianatan dalam urusan, pelacuran, memakan harta anak yatim
- Mereka memandang mulia perbuatan keji menipu, memutar belit, mencuri, memeras, menindas dan memakan riba.
- Mereka juga mengharamkan zakat, sedekah, membantu orang fakir miskin. Perasaan tamak dan kedekut membuatkan mereka berasa amat susah untuk melakukan semua itu. Malah, mereka melihat orang fakir miskin itu keji dengan kemiskinan. Mereka itu tenggelam dalam kemegahan yang menghancurkan.
Sifat Mazmumah Merosakkan Kebahagiaan.

1. Pemarah - Orang yang panas baran tidak disukai dan didekati oleh sesiapa sahaja. Jadilah seorang yang sabar, memahami dan jauhilah permusuhan.

2. Pendendam - Lihatlah reaksi mereka ini terhadap sesuatu, kebiasaannya mereka ini tidak tenang, marah, tidak puas hati dan benci terhadap sesuatu mahupun seseorang. Jadilah seorang yang pemaaf.

3. Hasad dengki - Mereka ini tidak mahu sesiapa pun melebihinya.
"Jauhi sifat dengki kerana dengki itu memakan segala amalan kebajikan seperti api yang memakan kayu" - hadis Rasul SAW.
4. Bakhil - orang yang terlalu sayangkan harta, merasa rugi apabila memberi sesuatu kepada orang lain dan jika memberi pun, hanyalah bertujuan menunjuk-nunjuk.
"Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakNya dan membatasi (bagi sesiapa yang Dia kehendaki). Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan (yang sedikit) dibanding kehidupan akhirat." surah ar-Raad: ayat 26

5. Tamak - sentiasa tidak puas hati dengan apa yang dimilikinya dan mahu ditambah-tambah.
"Apabila mati seseorang anak Adam, tiga perkara akan mengiringinya ke kubur. Pertama, anak isterinya, kedua, harta bendanya dan yang ketiga amalannya ketika hidup sama ada amalan baik ataupun buruk. Walaubagaimanapun, anak isteri dan harta bendanya akan kembali semula daripada sisinya. Yang tinggal dan yang akan mendampinginya hanyalah amalannya sama ada amalan kebaikan atau kejahatannya." hadis Rasul SAW.

6. Tidak sabar - apabila diuji dengan sesuatu, cepat melatah. Lihatlah bagaimana seorang pemandu yang marah-marah apabila berlaku kesesakan. Lihatlah seorang insan yang menyumpah apabila hujan menghalangnya daripada turun bermain.
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka nescaya azabKu sangat pedih." - surah Ibrahim: ayat 7
7. Ego - pantang tercabar dan memandang diri lebih tinggi berbanding orang lain. Inilah ibu segala sifat mazmumah. Sukar menerima teguran dan peringatan.
"Dunia ini ibarat makhluk yang dilaknat kecuali yang ada di dalamnya sentiasa ingat kepada Allah." hadis riwayat at-Tirmizi dan ibnu Majah.
"Apabila jiranmu mengatakan kamu baik, maka kamu benar-benar baik. Dan apabila mereka mengatakan kamu jahat, maka kamu benar-benar jahat." hadis riwayat imam Ahmad, ibnu Majah dan Thabrani.

8. Riak - sentiasa melakukan sesuatu untuk dipuji dan disanjung. Pekerjaan menunjuk-nunjuk.
"Maka keluarlah dia (Qarun) kepada kaumnya dengan kemegahannya. Orang-orang yang menginginkan kehidupan dunia berkata, 'Mudah-mudahan kita mempunyai harta kekayaan seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun, sesungguhnya dia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar." surah al-Qasas: ayat 79

"Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati." surah al-Baqarah: ayat 262

9. Cinta dunia - Tiada suatu pun milik kita, semuanya milik Allah. Sedarlah, kepada Allah tempat kita kembali.
"Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka menghina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu berada di atas mereka pada hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang yang Dia kehendaki tanpa perhitungan." surah al-Baqarah: ayat 212

"Masuklah ke dalam dunia, tetapi jangan engkau menyibukkan diri di dalamnya." nasihat Nabi Isa A.S.

Rujukan: Buku Tundukkan Hati tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Annual Bakri Haron.
Sumber: http://weetameal.blogspot.com/2009/06/jangan-melampaui-batas.html

Semoga beroleh manfaat dan rahmat Allah.



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah