• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Thursday, August 5, 2010

Menjaga Lidah Mampu Menangkis Kejahatan Syaitan

Azizul Basri July 31 at 3:41pm
 
Part 29: Perisai Kebal Untuk Menangkis Kejahatan Jin & Syaitan

Perisai 17 of 36: Menjaga Lidah (Percakapan)

Mengeluarkan perkataan yang tidak berfaedah membuka laluan kepada syaitan untuk melakukan kejahatan ke atas manusia. Oleh itu menjaga lidah daripada mengatakan perkataan yang tidak berfaedah dapat menutup jalan kemasukan syaitan.

Rasulullah saw bersabda:
“Berapa ramai manusia terhumban ke lembah neraka disebabkan kecelakaan lidah-lidah mereka” – Riwayat at Tarmiziy dan al Hakim.

Kebanyakan maksiat berpunca daripada percakapan dan penglihatan mata. Kedua-duanya saling bergabung untuk memudahkan syaitan meluaskan empayar jahatnya.

Penjagaan lidah bermaksud:


1) Menjaga lidah daripada bercakap perkara yang tidak penting (lebih baik menggunakan masa untuk berzikir).

2) Menjaga lidah daripada bercakap berlebihan (tidak perlu menokok-tambah mesej yang hendak disampaikan).

3) Menjaga lidah daripada terjerumus ke jurang kebatilan (bercakap perihal maksiat dan perkara-perkara di luar syariah).
4) Menjaga lidah daripada berbantah-bantahan (perbantahan tidak akan menghasilkan kebenaran dan tidak pula membatalkan kebatilan).

5) Menjaga lidah daripada bertengkar.
Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling dimarahi oleh Allah ialah orang yang kuat bertengkar.” – Riwayat al Bukhari

6) Menjaga lidah daripada bercakap besar dan beromong kosong.

7) Menjaga lidah daripada bercakap keji dan mengeji, mencerca dan melaknat
Rasulullah saw bersabda: “Mukmin yang sebenar bukanlah seorang penghina, pelaknat, pengeji dan tidak juga kotor perkataannya.” – Riwayat at Tarmiziy

8) Menjaga lidah daripada mencerca orang yang sudah meninggal

Rasulullah saw bersabda: “Janganlah kamu menyebut-nyebut tentang mereka yang telah mati melainkan hal-hal kebaikan sahaja” – Riwayat an Nasa-ie

9) Menjaga lidah daripada melemparkan perkataan kafir kepada orang beriman.
Rasulullah saw bersabda: “Mana-mana orang yang mengatakan kepada saudaranya ‘Hai Kafir’ maka terjatuhlah hukuman kekafiran itu pada salah seorang darinya. Sekiranya orang yang dituduh itu sememangnya kafir, maka tidak mengapa. Tetapi andaikata yang dituduh tidak kafir, maka jatuhlah hukuman kekafiran itu kepada yang menuduh.” – Riwayat al Bukhari dan Muslim

10) Menjaga lidah daripada banyak bergurau-senda
Bergurau diharuskan kiranya:
i) Tidak ada unsur penipuan
ii) Hanya sekali-sekala kerana banyak ketawa boleh mematikan hati

11) Menjaga lidah daripada memecah rahsia.

12) Menjaga lidah daripada bercakap bohong.

13) Menjaga lidah daripada mengumpat dan memfitnah 
 14) Menjaga lidah daripada menjadi penghasut.

15) Menjaga lidah daripada membicarakan dengan orang lain mengenai perkara berlaku di antara suami dan isteri.

16) Menjaga lidah daripada menyanyi.

17) Menjaga lidah daripada bersumpah selain dari nama Allah.

18) Menjaga lidah daripada bersumpah dengan ucapan murtad.

19) Menjaga lidah daripada mencerca ayam jantan.

Rasulullah saw bersabda: “Jangan kamu mencerca ayam jantan kerana ia sebenarnya mengejutkan kamu supaya bersolat.” – Riwayat Abu Daud

20) Menjaga lidah daripada mencerca hari dan waktu (Contohnya bila berkata” Teruk betul hari ini...”). Perbuatan ini seolah-olah mencerca Allah.

21) Menjaga lidah daripada mencerca angin.

22) Menjaga lidah daripada mencerca sakit

Rasulullah saw bersabda: “Jangan kamu mencerca penyakit demam panas ini, kerana ianya menghapuskan dosa anak-anak Adam sebagaimana hilangnya karat pada besi.” – Riwayat Muslim
23) Menjaga lidah daripada mengungkit pemberian sedekah.

24) Menjaga lidah daripada mencerca diri sendiri

Rasulullah saw bersabda: “Jangan sekali-kali salah seorang dari kalian berkata: Buruk betul aku ini.” – Riwayat al Bukhari dan Muslim

25) Menjaga lidah daripada pengakuan bohong.

26) Menjaga lidah daripada memuliakan orang-orang fasik, bidaah dan munafik

Rasulullah saw bersabda: “Jangan kalian mengucapkan ‘TUAN’ kepada orang munafik kerana sekiranya dia benar-benar menjadi ‘tuan’, nescaya Allah akan memarahi kalian.” – Riwayat Abu Daud

27) Menjaga lidah daripada mengucapkan ‘DAN’ yang boleh membawa syirik

(Contohnya bila berkata ‘Tiada siapa dapat menolong aku kecuali Allah dan awak sahaja’).
Rasulullah saw bersabda: “Jangan sekali-kali kalian berkata: ‘Terserahlah kepada kehendak Allah DAN kehendak si polan’. Sebaliknya sebutlah: ‘Terserahlah kepada kehendak Allah dan KEMUDIAN kehendak si polan’.” – Riwayat Abu Daud

28) Menjaga lidah daripada memperlecehkan makanan.

Abu Hurairah ra meriwayatkan “Rasulullah saw tidak pernah memperlecehkan makanan. Sekiranya terliur, Baginda akan makan dan kiranya tidak, Baginda akan meninggalkannya.”
29) Menjaga lidah daripada berbisik-bisik.

30) Menjaga lidah daripada menyebut di dalam masjid tentang kehilangan harta benda.

31) Menjaga lidah daripada menyeru pertolongan selain dari Allah.

Terdapat di dalam masyarakat kita hari ini merayu pertolongan seperti “Ya Rasulullah”, “Ya Syeikh Abdul Kadir al Jailaniy”. Kesemua bentuk seruan ini adalah salah dan keji kerana telah mensyirikkan Allah. Rayuan memohon pertolongan tidak boleh ditujukan kepada selain Allah walau setinggi mana martabatnya baik malaikat, rasul, nabi atau mana-mana orang soleh. 
Semoga beroleh manfaat dan dirahmati Allah.



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah