• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Sunday, July 11, 2010

Tanda-tanda Seseorang Itu Mempunyai Saka

Seorang sahabat menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada saya:
"Macam mana nak tau seseorang tu ada saka?"

Saya bukanlah seorang pengamal perubatan Islam tetapi memiliki secebis pengalaman berkenaan makhluq halus dan rawatan Islam. Saya sering membantu kes-kes histeria dan rasukan ketika di kolej matrikulasi, kampus, dam kem-kem motivasi. Pernah juga seorang perawat Islam memaklumkan bahawa saya mempunyai deria keenam (six-senth) tanpa saya sedari atas sebab-sebab tertentu, ALLAHUa'lam. Mungkin disebabkan itu saya suka membaca dan mengambil tahu mengenai alam ghaib. 

Berikut saya sertakan sedikit maklumat berkenaan saka yang saya rujuk dari laman AKRINE Kuang dan Penawar.com.

Gejala Saka

Jin saka adalah jin yang diwarisi dari samada ibu atau bapa pewaris berkenaan. Mangsa saka biasanya adalah anak sulong atau anak bongsu atau mana-mana anak yang amat disayangi oleh ibu atau bapa yang bersaka. Ibu atau bapa ini pula sebenarnya mewarisi saka dari generasi sebelumnya sehinggalah sukar untuk mengetahui bilakah starting point kehadiran saka berkenaan.



Melalui pengalaman merawat Ustaz Abdul Majid Hassan mendapati jin-jin saka kebanyakan telah tua, ini kerana generasi saka sekarang berada pada generasi ke-6 dan ke-7 jika dikira dari generasi pertama.

Umur jin panjang, ia mula bersekolah menengah diusia 80 tahun, berkahwin seusia 200 tahun dan gagah perkasa diketika umur 200-500 tahun. Ketika berumur 500 tahun ke atas jin mula dizaman manepouse dan sudah tidak bergigi, rabun dan bongkok apabila berumur 700 tahun ke atas.

Bagi mereka yang mewarisi sejenis sahaja (lelaki atau perempuan) jin2 ternyata semakin tua berusia 700 tahun ke atas. Gejala kepada pewaris saka adalah mudah pelupa dan penyakit-penyakit yang sukar sembuh seperti asthma, resdung, kurap, kudis dsb. Jika pewaris saka ini mewariskan saka kepada generasi seterusnya kemungkinan anak ini kurang siuman, gila, sindrom down, cacat anggota.

Gejala saka ini sukar dikesan kecuali ada kesungguhan dan melalui proses rawatan ataupun apabila si pewaris diganggu secara jin sihir. Apabila seseorang yang bersaka disihir, jin2 saka ini menjelmakan dirinya pada pewaris seolah-olah mahu membantu anak buah jagaannya… dengan kata lain jin saka tidak semestinya berada pada batang tubuh pewaris berkenaan… mereka keluar masuk kecuali jika jin2 ini telah tua, buta dsb.

Secara umum, Ustaz Abdul Majid Hassan berpendapat majoriti orang melayu ada jin saka, termasuklah para perawat Islam itu sendiri. Adakalanya bilangan jin saka menjangkau angka 1,000 ekor dan akan diwarisi sehingga 7 generasi akan datang.

Kenapa Orang Melayu Bersaka?

Sejarah mencatitkan bahawa orang melayu adalah berasal dari rumpun melayu kepulauan Indonesia samada dari kepulauan Sumatra, Jawa ataupun Banjarmasin/Kalimantan. Atok-nenek kita membuka tanah di Tanah Melayu. Sejarah menyatakan kekuatan atok-nenek kita membuka berpuloh ekar tanah hutan-belantara secara solo. Secara logiknya mana mampu tulang empat-kerat manusia ini melakukan kerja sukar ini. Kajian mendapati adanya permohonan pertolongan kepada jin2 dalam kerja2 begini.

Apabila mahu meninggalkan keluarga bagi membuka kawasan yang baru… jin2 juga dipanggil untuk menjaga rumah, keluarga dan kebun. Begitulah kepergantungan generasi dahulu kepada makhluk bernama jin.

Umur manusia pendek, paling lama 100 tahun. Tetapi jin2 yang berkhidmat dengannya masih muda belia. Jin2 ini telah sebati hidup dengan manusia. Kematian rakan kongsi menyebabkan jin ini berkhidmat dengan anak2 orang berkenaan seterusnya dan seterusnya.

Mereka yang Berpotensi Menjadi Sasaran Saka

1. Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.
2. Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.
3. Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.
4. Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.
5. Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.
6. Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenk moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal.
7. Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah s.w.t.
 
Tanda-tanda Orang Yang Mempunyai Saka

Tidak ada tanda khusus tetapi secara umumnya orang yang diganggu saka dapat dikenalpasti seperti berikut:

1. Sukar menghafal ayat-ayat Al-Quran
2. Malas berzikir
3. Berpenyakit yang sukar diubati seperti asthma, resdung, stroke, gatal2, kudis dsb
4. Terasa kejadian hari ini pernah diilhamkan dalam fikirannya sebelum ini
5. Ada bahagian-bahagian tertentu pada tubuh yang sakit dalam tempoh yang lama
6. Jika dia berzikir secara berterusan ada gerakan seperti denyutan pada bahagian2 tertentu tubuh.
7. Ada dikalangan keluarga yang gila, sindrom down dan cacat
8. Sukar tidur malam
9. Tidak kemas dan tidak berdisiplin
10. Tidak ada keazaman atau tidak bercita2
11. Lambat kahwin
12. Sukar mendapat anak
13. Berfikir secara dua perkara dalam satu masa
14. Boleh merawat atau mengurut yang luar biasa
15. Boleh melihat perkara2 yang diluar penglihatan umum seperti melihat jin, mengetahui kemalangan di tempat yang jauh, perlakuan curang orang yang tersayang dsb


Kesimpulannya kewujudan jin saka adalah memudaratkan kehidupan manusia dan perlulah dibenteras kerana pengaruhnya dalam kehidupan yang turun-temurun.

Rawatan Ke Atas Jin Saka

Secara peribadi Ustaz Abdul Majid Hasan belum menemui satu kaedah rawatan yang boleh diguna-pakai khusus bagi merawat jin saka. Usaha yang bersungguh mestilah dilakukan melalui doa, zikruLLAH dan berjumpa dengan perawat. Secara kronologi saya mencadangkan kaedah berikut:
1. Sentiasa menjaga solat (seboleh mungkin solat berjemaah)
2. Sentiasa membanyakan zikir seperti berikut : Al-fatihah, ayat qursi. Amanarrasul, 4 qul serta tahlil
3. Membanyakan membaca surah Al-Waqi’ah (subuh), Al-Mulk(zohor), Yasin(Asar) dan Sajadah (sebelum tidur)
4. Membaca Ma’thurat pagi dan petang
5. Meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan seperti menonton tv, konsert dsb
6. Tidak menuntut ilmu-ilmu yang diragui seperti reiki, kuasa minda, cakera alam, nasrulhaq, tarekat sesat, silat dsb
7. Berkawan dengan orang-orang soleh
9. Berjumpa dengan perawat Islam

Perawat boleh merawat secara:

1. Pembacaan rukyah
2.Teknik pukul ie. serban, sejadah, rotan, kayu nona, daun nangka even tali pinggang
3.Teknik mandi ie mandi ais, mandi limau purut, mandian garam
4.Teknik bakar batu-bata

Semua teknik ini tidak boleh dilakukan oleh pesakit sebelum mendapat penjelasan dari perawat.

Punca-punca Gangguan

Terdapat banyak sebab mengapa manusia dikacau dan diganggu oleh syaitan dan jin, antaranya ialah;

1.Jin mencintai manusia
Samaada jin jantan mencintai manusia wanita atau jin betina mencintai seseorang lelaki.

2. Manusia menyakiti jin
Dengan mencurahkan air panas ke atasnya ( tanpa kita ketahui bahawa ia ada di situ), atau seorang terjatuh keatasnya dari tempat yang tinggi atau kencing ke atasnya dan lain -lain lagi.

3. Jin sengaja menzalimi manusia
Tanpa sebarang sebab seperti menyampuknya dan ini tidak akan berlaku kecuali melalui salah satu dari empat keadaan berikut;

· Ketika manusia sedang dikuasai oleh oleh perasaan terlalu marah.
· Ketika seorang itu terlalu takutkan sesuatu.
· Ketika terlalu leka (lalai) dari mengerjakan ibadat.
· Ketika lalai dari mengingati Allah

5. Mensyirikan Allah.
6. Melakukan pelbagai maksiat.
7. Diganggu sihir
8. Lemah pegangan agama, tawakkal dan tauhid
9. Terdapat anjing atau gambar gambar yang tidak dibenarkan oleh syarak di dalam rumah.
10. Ada loceng di dalam rumah kerana Nabitelah bersabda "Malaikat tidak akan bersama dengan kumpulan yang ada padanya anjing atau loceng " (Riwayat Muslim )
11. Memasuki tempat-tempat jin tanpa membaca doa perlindungan seperti tandas, tempat-tempat pembuangan sampah dan lain-lain.
12. Kanak-kanak keluar bermain waktu Maghrib.
13. Tidak melaungkan azan di telinga anak sesudahdilahirkan.

Daripada Abu Hurairah katahya, telah bersabda Rasullah SAW, "Tiada sesorang pun dari anak -anak Adam (manusia) itu dilahirkan melainkan akan diganggu oleh syaitan ketika lahirnya, sebab itulah ia menjerit menangis-nangis kerana ganguan syaitan itu kecuali Maryam dan anaknya (Isa ) sahaja "(Riwayat Bukhari dan Muslim ) .

Daripada Abu Hurairah katanya.telah bersabda Rasullah SAW, "Setiap anak Adam dicucuk oleh syaitan pada lambungnya dengan mengunakan jari ketika dilahirkan kecuali Isa bin Maryam" (Riwayat Bukhari).

Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim, menyebut, "Telah bercerita kepada kami oleh Qadi Iyad bahawa semua Nabi sama seperti Nabi Isa dalam keistimewaan ini. " 

Adalah tidak memadai anda menemui perawat-perawat yang hebat dan terkenal, jika anda masih berada di takuk lama. Permusuhan syaitan terhadap manusia tiada penghujungnya. Oleh itu, adalah menjadi satu kemestian bagi setiap kita memperkukuhkan keimanan dan amalan. Namun di samping amal ibadat harian yang kita kerjakan, adalah perlu bagi kita untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa tertentu sebagai pendinding diri dari berleluasanya serangan atau gangguan jin dan syaitan.

Semoga beroleh manfaat dan dirahmati Allah.



4 buah tangan:

Assalamualaikum cikgu...
saya minta izin utk copy paste artikel ini dlaam blog saya ye..dan juga boleh kita exchange link..jika dizinkan minta cikgu menulis di ruangan blog saya ye..terima kaish cikgu.

waalaikumsalam wbt..
copy laa..xde hakcipta dlm islam..
"sampaikanlah walau 1 ayat.."
sy dah lame link kan web akak ke blog sy.. ^_^
menulis d ruangan blog akak..maksud akak?
em...skdr selingan, suami akak kwn adik sy kat UTHM...moga ukhwah nie dpt dikembangkan lg...

masya-allah , sye taa pcaye .. hubby sye mmg ade tnde2 d'ats .. sblom neh sye pnah tawu dr kwn2 dea bhwa dea ade saka harimau tp sye tidak pcye smpaikn sye mlihat keadaan diry nyaa yg tidak bley mmegang al-quran , tak bley mndgr azan , dea juge trkena jangkitan kudis d'tngan dan kaki nye , malahan swktu kali ptama knal ngn dea , dea slalu curang ngn sye .. akak , adekah btol ini sume aka??

assalamua'laikum wbt
kalo x mampu pegang quran n dengar azan, dah parah sangat tu
suami pn terlibat dgn pkr syirik yg merupakan dosa tbesar yg x diampunkan Tuhan

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah