• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Tuesday, May 25, 2010

Liku Perjuangan Mencari Ilmu


Kisah ini saya dedikasikan buat anak didik yang membaca blog ini dan Facebook. Semoga dapat menjadi inspirasi buat kalian. Juga buat sahabat-sahabat seperjuangan yang bersama-sama mengharungi liku perjuangan, terima kasih. Tidak lupa, buat adik-adik saya yang sedang cuba mengenal dunia sebenar.

Selaku anak sulung daripada 5 beradik, telah tertanam dalam jiwa saya bahawa saya perlu menjadi contoh terbaik buat adik-adik. Dibesarkan di kawasan perkampungan Yayasan al-Arqam Batu Hampar, saya masuk ke alam persekolahan pada usia 5 tahun. Pada waktu itu, saya sangat seronok dapat bersekolah. Masih basah kenangan saya belajar mengambil wudhuk sendiri, waktu itu saya membasuh kaki hingga ke lutut sehingga menjadi bahan usikan kakak-kakak senior yang melihatnya.

Pada usia 7 tahun, keluarga saya berpindah ke kawasan bandar iaitu Seri Manjung, Perak. Saya masih bersekolah di Madrasah Yayasan al-Arqam cawangan Seri Manjung sehingga Darjah Tiga. Prestasi pelajaran semakin meningkat, alhamdulillah.

Seawal usia 10 tahun, saya tinggal di asrama Ibtidai'e Awwal, Madrasah Yayasan al-Arqam. Kami dididik memakai purdah hitam dan jubah hitam apabila ingin keluar daripada kawasan asrama perempuan yang tertutup. Saya masih ingat suasana asrama dan sekolahnya yang dhaif. Saya hanya tidur beralaskan selimut nipis di atas lantai papan dan hanya pulang ke rumah ketika cuti sekolah yang panjang sahaja. Kami memasak sendiri dalam kumpulan dengan ahli seramai 10 orang dan makan berjemaah menggunakan dulang.

Walaupun sedih berjauhan dengan keluarga pada usia yang masih kecil, saya bersyukur kerana prestasi pelajaran saya pada Peperiksaan Akhir Tahun betambah baik. Antara subjek yang saya pelajari ialah Hafazan al-Quran, Tauhid, Feqah, Akhlaq, Hadis, Tajwid, dan Matematik. Menghantar saya ke madrasah ini, sememangnya Ummi dan Ayah berjaya melihat saya terdidik dengan jiwa Islam. Saat getir yang saya lalui pada usia 10 tahun ini telah mendidik saya menjadi insan yang berjiwa tabah, alhamdulillah.

Apabila pertubuhan al-Arqam diharamkan pada penghujung tahun 1994, ayah menghantar saya ke SRK Our Lady's Convent, Sitiawan kerana semua muridnya perempuan dan berorientasikan sekolah Inggeris. Ayah berusaha 'menjaga' saya. Saya terpaksa masuk ke kelas pemulihan kerana pencapaian akademik amat lemah. Sekolah Arqam tidak menekankan subjek akademik malah tidak menggunakan buku teks. Alhamdulillah, saya mendapat tawaran untuk mengisi borang permohonan ke asrama penuh daripada Guru Besar kerana memperolehi keputusan yang cemerlang bagi UPSR tahun 1996.

Saya memulakan sekolah menengah di bumi Beruas, tinggal di asrama sekolah yang mempunyai kelas Rancangan Khas Agama (RKA). Kali ini, asramanya dilengkapi fasiliti dan amat selesa. Saya mengambil subjek Bahasa Arab Komunikasi dan masih cuba meningkatkan prestasi akademik. Pada setiap tahun, persaingan dalam tingkatan amat sengit namun saya cuba mengekalkan kedudukan 'Top 10'. Saya suka melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum dengan menjadi Pengawas Pusat Sumber, peserta 'Choral Speaking', peserta Nasyid peringkat zon serta peserta Kuiz Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu ketika Karnival Bahasa.

Naik ke Tingkatan 4 pada tahun 2000, saya mendapat tawaran ke sebuah sekolah agama di Perak tetapi ayah menukarkan saya ke sekolah menengah agama di Johor kerana keluarga saya akan berpindah ke Johor apabila ayah berpencen tidak lama selepas itu. Pada tahun tersebut, pertama kali saya tinggal dengan jarak yang begitu jauh dari keluarga, saya di Johor dan keluarga di Perak. Saya diletakkan di kelas Sains Tulen tetapi saya memilih untuk masuk ke kelas Sastera Ikhtisas. Saya mengambil 11 subjek termasuk Bahasa Arab Tinggi, Prinsip Perkaunan, Ekonomi Asas, al-Quran dan Sunnah dan Syariah Islamiah. Tidak dapat saya lupakan saat di mana saya masih belum mula mengulangkaji pelajaran Tingkatan 4 sedangkan SPM akan menjelang dua bulan lagi. Saya sangat menggelabah pada waktu itu tetapi itulah padahnya jika suka belajar last minute!

Alhamdulillah, sangat besar rahmat Allah. Saya memperolehi keputusan SPM yang baik dan ditawarkan ke program matrikulasi di Negeri Sembilan. Jadual agak padat dan tekanan semakin bertambah. Alhamdulillah saya mendapat pointer yang agak baik pada semester pertama. Ketika ini, saya berkesempatan mengendalikan lawatan ke Langkawi di bawah bimbingan mentor saya. Alhamdulillah, saya mendapat CGPA yang cemerlang pada ujian percubaan semester kedua. Mungkin kerana selesa dengan keputusan yang cemerlang, saya kerap meninggalkan kelas-kelas tambahan dan tidak  mengulangkaji pelajaran buat kali terakhir sebelum menghadapi ujian akhir semester kedua. Natijahnya, keputusan saya jatuh merudum! Saya terduduk saat mendengarnya ketika menjadi fasilitator Minggu Orientasi KMNS pada April 2003.

Tanpa dijangka, saya mendapat universiti dan jurusan pilihan pertama iaitu jurusan Perakauanan di UUM. Saya percaya ia berkat doa Ummi, Ayah, pensyarah dan kawan-kawan, terima kasih semua! Semester pertama, saya melangkah tenang ke dewan peperiksaan kerana majoriti daripadanya ialah subjek ulangan di matrikulasi. Alhamdulillah, saya memperolehi CGPA yang baik tetapi ramai kawan-kawan saya yang mendapat pointer jauh lebih tinggi. Tahniah!

Tahun-tahun berikutnya, kehidupan di universiti semakin mencabar. Saya sibuk dengan persatuan, jawatan, program, kem motivasi, kursus kepimpinan, usrah, study group, mesyuarat hingga lewat malam dan pelbagai aktiviti yang mencabar tetapi menyeronokkan. Terasa ingin berpatah balik kepada kehidupan masa lalu di kampus. Saya melihat jatuh bangun diri saya dan rakan-rakan dalam pencapaian akademik dek kerana leka dengan kehidupan kampus. Bagaimanapun, saya ingat syarat ayah supaya mengekalkan prestasi dalam akademik jika ingin memegang banyak jawatan dan aktif berpersatuan. "Maintain kak, maintain.", itulah pesanan ayah. Oleh itu, setiap semester saya pastikan pointer tidak jatuh daripada target saya.

Saya menamatkan pengajian dengan hati yang amat beryukur. Saya bersyukur dengan prestasi akademik, pengalaman berpersatuan dan latihan dakwah yang diperoleh, namun saya belum puas dengan ilmu yang diteroka sepanjang di sana. Banyak lagi pondok pengajian yang tidak dapat saya jejaki. Begitupun, saya amat bersyukur atas kasih sayang dan perhatian yang Allah curahkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga buat Ummi dan Ayah yang bersungguh-sungguh mendidik saya hingga ke tahap ini. Saya tidak lupa jerih-perih ayah membawa set komputer yang berat menaiki tiga buah bas dari Johor ke Kedah semata-mata untuk kemudahan saya.



Semoga beroleh manfaat dan dirahmati Allah.



2 buah tangan:

Kepada murid2.. cikgu mardhiah ni orang yg patut kamu jadikan contoh... mintaklah nasihat dan tunjuk ajar beliau selalu...bukan sahaja dalam lapangan akademik sekolah tapi juga liku2 dan cabaran ranjau kehidupan.. ikhlas:al-Faqir Hasif

JazakALLAH Hasif...semoga ALLAH merahmati nta.

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah