• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Sunday, April 4, 2010

Berdialog Dengan Jin: Diari Seorang Perawat

Assalamualaikum wbt...

Antara buku yang saya tekun membacanya ialah Berdialog Dengan Jin: Diari Seorang Perawat oleh Ustaz Abd Majid Hassan yang kini tersenarai sebagai best seller. Buku ini saya beli pada akhir tahun lepas ketika 'merayau-rayau' di MPH cawangan Tesco Ampang. Pantang ternampak gerai menjual buku...apatah lagi kedai buku besar seperti MPH, saya akan singgah untuk melepaskan 'gian'. Tanpa disangka saya terjumpa judul sebuah buku yang amat menarik minat, tentang jin! 

Saya memang meminati kisah-kisah alam ghaib dan kehidupan makhluq halus memandangkan ia sesuatu yang luar biasa, jauh dari alam manusia namun ia berkait rapat dengan diri kita. Antara ceramah yang sering saya dengar adalah ceramah Dr. Jumadi Mustar yang menceritakan kisah rawatan tradisonalnya (berkaitan makhluq halus) di selatan Malaysia termasuk Singapura...dan kesinambungannya adalah 'pelayaran' saya menelusuri buku ini.

Berikut merupakan salah satu di antara artikel menarik dari blog penulis buku ini: Akademi Rawatan Nur Ehsan (AKRINE), Kuang Selangor. Kisah berikut ada juga diceritakan dalam buku beliau yang saya baca ini.

Salah satu usaha untuk melawan jin saka adalah dengan berpantang. Orang yang ada saka resdung, kenalah berpantang dari mengambil makanan laut terutamanya udang dan sotong. Orang yang bersaka harimau dan seangkatannya kenalah kurangkan makan daging...
Ujian ini telah saya lakukan sejak dahulu lagi dan kesannya memang positif... ada jin saka yang marah dan ada yang amat letih. Yang jelas, walaupun agak sukar untuk mengeluarkan jin saka yang ribuan atau jutaan bilangannya tetapi yang mustahak adalah kita berjaya mengalah atau setidak-tidaknya mengawalnya.

Bermula dari 1hb. Februari yang lalu saya memulakan semula untuk berpantang, saya tidak gemar menggunakan istilah puasa pemutih kerana tidak ada dalam Islam puasa jenis ini. Sesungguhnya setiap amalan dinilai dari niatnya. Saya berpantang dari menjamah setiap yang bernyawa yakni yang menyedut oksigen dan mengeluarkan karbondioksid. Saya hanya makan nasi berlauk sayur. Tujuannya adalah untuk melemahkan jin-jin saka sekiranya ada dan mengenalpasti makanan jin saka saya.

Saya pernah melakukan kajian ini sebelum ini kepada diri saya sendiri selama 30 hari pada 2 tahun yang lalu. Akibatnya badan sayakurus dan berkudis seperti kurap duit 50 sen yang merupakan jenama saka keluarga saya. Saya katakan begitu kerana dua abang saya mengalami kudis buta di bahagian kaki, abang yang sulong sudah lama berpantang dan ternyata kudis ini sudah tiada. Tetapi abang yang kedua yang agak curiga dengan hal-hal saka lantas tidak melakukan sebarang usaha berperang dengannya dan kini kesan kudis itu membesar dan amat gatal.

Saya tidak ada simptom itu sebelum saya isytiharkan perang kepada jin-jin saka... saya pernah berdialog dengan mereka, ternyata mereka sudah tua tetapi masih memegang perjanjian selama 7 keturunan dan saya adalah generasi ke enam. InsyaALLAH catatan ini akan saya update dari semasa ke semasa untuk kajian saya:

Hari pertama:

Tidak banyak perubahan

Hari ke sepuluh:

Berat 65kg. Agak tenang dan tak banyak perubahan kecuali berat yang bertambah. Sangkaan saya bila jadi vegeterian berat akan berkurang tetapi sebaliknya.

Hari ini seorang perawat Akrine datang untuk membeli Aromatherapy, saya ambil kesempatan untuk dia merawat saya. Bila dia melakukan scanning, alhamduliLLAH saya tidak ada jin sihir, jin saka?

Jin saka ada. Kaki saya menjawab longlai, lemah tak bermaya. Saka sebelah emak lebih dominan dari sebelah abah. Bila ditanya kenapa longlai, mereka menjawab tidak mendapat makanan. Sebelah emak suka ayam, sebelah abah pula suka sup kaki lembu dan kacang goreng.... itulah hakikat yang perlu saya terima.
Selepas scanning saya, saya pula scan perawat berkenaan. Dia juga ada jin saka. Anda nak tahu apakah kegemaran jin sakanya? KICAP..... perawat berkenaan mengakui bahawa dia akan mengamuk jika tak ada kicap. Jika dia berdehem sahaja isterinya tahu bahawa dia nak kicap. Dia boleh bergaduh jika tak ada kicap.

Antara kisah menarik lain adalah mengenai jin saka Islam dari Mekah yang kacak sehingga menarik kehadiran jin-jin lain untuk memasuki badan seorang pesakit. Ada seorang ustaz di sekolah saya yang mendakwa tiada jin saka yang beragama Islam apabila saya menceritakan mengenai kisah saya. Saya sedar bukan semua ustaz/ah mengetahui semua bidang/cabang ilmu Islam tetapi saya tidak mahu berbalah, sekadar meminjamkan beliau buku mengenai jin ini. "Kita selalu menyangka yang kita tahu semuanya kerana kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu." Oleh itu, merendah dirilah...ikut resmi padi, 'semakin berisi semakin tunduk.'
Begini kisah jin saka Islam tersebut...

Jin bernama Hana sambil tersipu-sipu memberitahu bahawa dia masuk ke tubuh pesakit saya seorang wanita kerana pada tubuh pesakit ini ada jin yang kacak sekacak Nabi Yusuf. Saya tanya awak pernahkah melihat Nabi Yusuf? Tidak, tetapi jin bernama S memang cantik dan ramai jin yang tergila-gila dengannya. Tidak hairanlah semasa saya merawat wanita ini sebelum ini beberapa tentera Islampun masuk dan tak mahu keluar, bila saya kata nanti saya sembelih, tentera Islam menjawab "syahid!..."
Saya tanya Hana lagi apa yang istemewanya S.

Katanya S adalah jin saka pesakit, dia berasal dari Mekah, dari keturunan waliuLLAH, suaranya sedap dan jin2 suka mendengar dia mengaji. Dia berada dihati wanita berkenaan. Saya minta Hana ke SM dan jika S berminat meminangnya saya akan tanya S tetapi saya tidak berjanji.

Kemudian muncul pula jin bernama Jamilah...juga tergi-gilakan S.

Kemudian saya fokus ke hati pesakit dan muncullah S.
S memang jin yang tenang, dia sudah berkeluarga. Saya beritahu S bahawa kehadirannya sebagai jin saka tidak diperlukan lagi oleh wanita ini. S faham dan ingin kembali ke Mekah. Sayapun menghantarnya biizniLLAH.

Wanita ini menceritakan bahawa dia dari kecil lagi memang menjaga agamanya. Bila dia terlewat atau terlalai melakukan solat umpamanya dia akan terasa amat menyesal. Dia suka mengaji dan amat tidak selesa jika berada dalam keadaan suasana yang non-Islamic.

Jelasnya kehadiran jin baik akan mendorong seseorang menjaga agama tetapi dalam pada yang sama akan berdepan dengan serangan jin2 yang mahu mendampingi jin berkenaan. Biarlah kita dengan hati kita dan memohon hidayah daripadaNYA.
Semoga beroleh manfaat dan dirahmati Allah.



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah