• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Tuesday, April 13, 2010

2050: ISLAM Tadbir Dunia?

Menurut majalah Milenia Muslim keluaran April 2010; kadar pertumbuhan dan kelahiran umat Islam sedunia terus meningkat yang menghendaki kita sebagai umat Islam merenung secara bijaksana mengenai langkah proaktif dan efisien untuk mengurus, mentadbir sekaligus mengupayakan kebolehan umat Islam dalam segala bidang hingga menjadi umat bermaruah dan disegani menjelang 40 tahun lagi.

Menurut laman web http://plancksconstant.org,/ pada 1900 terdapat lebih kurang 50,000 Muslim di seluruh Eropah Barat. Akan tetapi mrnjelang 2008, peningkatan sebanyak 1000 kali ganda berlaku iaitu seramai 50 juta Muslim telah berada di Eropah Barat. Pada tahun 2050 pula, Eropah diramal bertukar menjadi benua Islam dan bakal menguasai keseluruhan komposisi penduduk dunia.

Di Amerika Syarikat pula, dalam tempoh 30 tahun sahaja, 50 juta umat Islam dijangka menetap di negara itu. Marc Ramirez dari Seattletimes dalam artikelnya yang diterbitkan pada 24 Januari 1999 melaporkan, “Dengan enam juta penganut-penganut Islam di Amerika, Islam menjadi agama yang plaing cepat berkembang di Amerika.”
Di Australia, perkembangan kelahiran umat Islam dilaporkan amat pesat. Selepas Perang Dunia Kedua, kurang daripada 3,000 Muslim berada di Australia tetapi meningkat mendadak kepada 281,000 orang pada 2001. Hari ini, bilangan penduduk Islam di Australia masih kecil iaiatu sekitar 1.5% sahaja. Namun, kadar kelahiran mereka amat pesat iaitu sebanyak 40% dalam jangka masa 5 tahun.
Di Belanda, 50% daripada kelahiran penduduknya adalah Islam. Dalam 15 tahun akan datang diramalkan separuh rakyatnya beragama Islam.
Lucy Berrington di dalam majalah The Times bertarikh 9 November 1993 di bawah tajuk The Spread of a World Creed berkata, “Semakin ramai rakyat Britain terutamanya daripada kalangan kaum wanita yang memeluk agama Islam. Jumlah mereka dianggarkan antara 10,000 hingga 20,000 orang.
Dijangkakan dalam tempoh 20 tahun, jumlah ini akan mengatasi jumlah keseluruhan pendatang-pendatang asing Muslim. Di Britain, antara wanita yang memeluk Islam adalah anak perempuan hakim terkenal, Lord Scott. Mereka memilih Islam selepas melihat gejala-gejala negative melanda barat dengan dasyatnya, sebagai contoh peningkatan kes-kes jenayah, keruntuhan sistem kekeluargaan, penyalahgunaan dadah dan ketagihan arak. Di sampng itu, mereka juga kagu dengan disiplin Islam di samping jaminan kesejahteraan hidup yang terdapat dalam ajarannya.”
Berpandukan data US Cencus International pada 2050, populasi Russia akan menjadi 109,187,353 orang. Akan tetapi pada hari ini telah ada 27 juta orang Islam di Rusia dengan kadar kelahiran yang cukup ramai. Semakin ramai orang Rusia memeluk Islam pada hari ini.
Mengikut Majlis Mufti-Mufti Rusia, “Seramai 20,000 orang memeluk Islam dari bulan Januari hingga Oktober tahun 2004. Jumlah mereka yang memeluk Islam pada tahun 2002 adalah 12,450 orang dan 15,300 orang pada tahun 2003. 60%daripada penganut-penganut itu tidak pernah menganuti sebarang agama sebelum ini. 75% daripadanya adalah wanita berumur antara 17 hingga 21 tahun.” Hal ini disebutkan di dalam MosNews bertarikh 4 Oktober 2004.
Menurut Germany's Federal Statistics Office juga menyatakan menjelang tahun 2050 Jerman berpotensi menjadi takungan umat Islam yang besar.
Kini, di Britain berdiri megah 1,500 buah masjid manakala 10 buah di Perancis, 8 di Sweden, 4 di Hungary dan banyak lagi di Russia termasuk Masjid Qolsharif di Tatarstan yang menjadi masjid terbesar di Eropah pada masa ini.
Islam bakal mentadbir dunia pada 2050. Adakah ini akan menjadi satu realiti atau hanya impian kosong semata-mata?
Kegemilangan Islam bermula sejak abad ke-6 Mashihi (kegemilangan Ummayyah) sehinggalah abad ke-20 (kemerosotan Turki). Manakala kegemilangan Barat bermula sejak abad ke-15 (kejatuhan Granada 1492M) hingga kini abad ke-21. Islam berpengaruh selama 14 abad, amnakala Barat melebarkan sayap selama 6 abad sahaja!
Mengikut data Wikipedia Holt Rinehart Winston, terdapat kira-kira 1.9 bilion penganut agama Kristian dan 1.8 bilion Muslim di dunia pada 2009. Mengikut kiraan populasi yang dilakukan, dianggarkan perkembangan Muslim sebanyak 1.84% dan Kristian 1.13% (daripada Carbagie Endowment for International Peace). Menerusi perkembangan yang berlaku, populasi Muslim akan meningkat menjadi 2.034 bilion melebihi jumlah penganut Kristian iaitu 2.033 bilion pada 2016.
Saya rasa ini boleh berlaku tetapi umat islam perlu bersatu dan kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah yang sebenar. Memang suatu hari nanti Islam akan kembali gemilang di dunia berdasarkan hadis Nabi tentang peperangan besar sebelum kiamat. Dakwah adalah cara yang terbaik, tetapi jihad akan tetap berlaku kerana umat Islam perlu mempertahankan agamanya apabila diserang. Allah tidak memerlukan sesiapa jika Dia menghendaki Islam mentadbir dunia.
Bagi muslimah, mari sama-sama kita meramaikan ummat Nabi Muhammad dengan melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Sesungguhnya peranan para ibu dalam mengembangkan syiar Islam amat besar.

Semoga beroleh manfaat dan dirahmati Allah.


Categories: ,

0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah