• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Tuesday, March 23, 2010

Telekung Jarang VS Stokin

Ingatkan diri, bahawa kehidupan ini bukan sekadar di sini. Jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuhi untuk menuju ke destinasi abadi. Berdoa padamu Ilahi, pimpinlah dan hidayahkanlah kami ke sirat sejati...

TELEKUNG JARANG
 
Saya perhatikan, masih ramai muslimah (termasuk yang bertudung labuh) bersolat dengan menggunakan SELAPIS TELEKUNG SAHAJA... Bukankah telekung yang kita biasa beli tu kainnya NIPIS DAN JARANG (especially kain cotton biasa)?

Kalau jarang, jadi tak sah hukumnya solat kita tu...sebab syarat sah solat adalah menutup aurat. Kalau nak tau jarang atau tak telekung tu, layangkan kat bawah cahaya dan letak tangan di belakang telekung. Kalau nampak warna kulit tangan kita (cokat samar), maknanya jaranglah telekung tu. Jika tidak pun, cuba bayangkan kain putih telekung yang kita pakai tu dibuat baju...sanggup tak kita pakai keluar rumah? Kalau tak sanggup, maksudnya jaranglah telekung kita tu.


Sebaiknya, lapiskan telekung untuk solat dengan menjahitnya dengan kain lain ataupun pakai tudung di dalam telekung.
AURAT BAWAH DAGU

Ramai muslimat yang bersolat tanpa menutup bawah dagu dengan sempurna...sedangkan bawah dagu adalah aurat.
Murid SHEIKH HAJI AHMAD CHIK yang mengarang kitab SULLAM SIBYAN (Haji Ahmad memiliki sanad pengajian daipada SHEIKH WAN AHMAD AL-FATANI & SHEIKH TOK KENALI) menyampaikan:

DALIL AQLI
Sempadan kawasan muka yang wajib dibasuh ketika wudhuk tak termasuk bawah dagu. Kesimpulannya, kawasan muka yang wajib dibasuh ketika wudhuk bersamaan dengan kawasan muka yang harus dibuka dalam masalah aurat. Yang lainnya termasuk dalam aurat yang wajib ditutup. Maknanya kawasan muka yang tak wajib dibasuh adalah wajib ditutup, manakala yang wajib dibasuh adalah tak wajib ditutup. Maka, BAHAGIAN BAWAH DAGU adalah AURAT.

STOKIN DAN STONGAN
Begitu juga dengan stokin dan stongan, masih ramai yang mengabaikannya walaupun tahu kawasan tersebut adalah aurat...dan kadang-kadang kelakuannya mendedahkan aurat dihalalkan dengan pelbagai alasan. Perkara paling menyedihkan apabila mereka beralasan: ORANG PAKAI TUDUNG LABUH TAK SEMESTINYA BAIK.

MENJAGA HATI, AKHLAK DAN HUBUNGAN DENGAN ALLAH ADALAH PERKARA SUBJEKTIF YANG kadang-kadang SUKAR DIKAWAL OLEH DIRI KITA...MANUSIA BIASA YANG IMANNYA TURUN NAIK. MAKA, JAGALAH PERKARA ZAHIR YANG HAKIKATNYA ADALAH LEBIH MUDAH DILAKUKAN DAN DIKAWAL PELAKSANAANNYA (menjaga aurat). "ALAH BISA TEGAL BIASA" kan...
Tazkirah oleh Syeikh Abdul Qadir Jailani:

“Wahai orang muda, janganlah engkau berputus asa daripada rahmat Allah ‘Azza wa Jalla kerana kemaksiatan yang telah engkau lakukan.

Bersihkanlah kotoran daripada pakaian agamamu dengan air taubat, dengan taubat yang istiqamah dan ikhlas. Kemudian, harumkanlah pakaian agamamu itu dengan (air wangi) ma‘rifah.

Berhati-hatilah engkau dengan kedudukanmu sekarang kerana ke arah mana pun engkau toleh, terdapat haiwan-haiwan buas sedang berada di sekeliling dirimu dan pengaruh-pengaruh jahat yang merosakkan pula sedang bertindak ke atas dirimu. Lepaskanlah dirimu daripadanya dan kembalikanlah hatimu kepada al-Haqq (Allah)‘Azza wa Jalla.”

Sama-samalah KITA MUHASABAH DIRI. SESUNGUHNYA PERINGATAN NI ADALAH UNTUK DIRI SAYA SENDIRI juga. ALLAHUA'LAM BISSOWAB...
Semoga beroleh manfaat dan dirahmati Allah.



4 buah tangan:

salam,
ustazah..
sy suka semua post di blog nie.
sy nak mintak izin utk re-post di blog sy..
and mungkin di tempat2 lain.
nak share dengan kwn2..

wallahualam~

salam...
sy bukan bukan mengajar pendidikan islam, tp sy mengajar kemahiran hidup ;)
terima kasih krn meminati blog nie..sy mmg harapkan manfaat darinye..
bole kalo nak re-post kat mana2 dgn tujuan pendidikan..
sabda nabi:
sampaikanlah pesanku walau 1 ayat

same2..smg beroleh ilmu n manfaat...

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah