• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Wednesday, February 17, 2010

Keluarga Muslim Contoh!

March 28th, 2008 by apit85

Cerita ini saya dapati selepas saya menghadiri sebuah usrah umum baru-baru ini. Ustazah menceritakan kisah ini selepas melihat sesuatu yang menakjubkan semasa menziarahi rumah sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah seorang guru biasa.

Beliau tiba di rumah sahabatnya ini pada waktu tengah hari tetapi belum masuk waktu Zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walaubagaimanapun, beberapa orang daripada 8 orang anak mereka (kesemuanya lelaki; yang paling tua Tingkatan 1 manakala yang paling muda masih bayi) baru pulang dari sekolah.

Waktu zohor masuk. Abang yang tua mengajak kesemua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri menjadi imam. Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur dalam lingkungan 8 tahun pulang.
Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhuk dan solat bersama jemaah. Dia ikut rukuk apabila imam rukuk, dia ikut sujud apabila imam sujud dan apabila selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah, adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk!


Ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-disuruh.

Ceritanya tidak berakhir di situ. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, Ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan Subuh berkumandang kalau saya tidak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air...dilihatnya anak-anak kecil semuanya sedang sibuk berwudhuk. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke-7 entah berapa tahun sibuk mengambil wudhuk di bilik air pada waktu subuh yang paling awal.

Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk Ustazah). Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat.

Dan sekali lagi cerita tidak berakhir di situ. Ustazah tersebut bercadang ingin sambung tidur kerana penat musafir semalamnya tidak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila mahu melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, “Anak-anak, hari ini ayah nak bagi kuliah mengenai solat dan puasa...” Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.
Subhanallah, apabila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya, dia menjawab bahawa ia persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya Al-Fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki; akan menjadi pemimpin, pasangan suami isteri ini tidak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman.
Cuba kita tanya diri kita sendiri, berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga; berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk; berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat dan memimpin adik-adik mereka; berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa sehingga taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan morang yang lebih dewasa? Subhanallah walhamdulillah... Moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua.

P/s: Semoga keluarga kami dapat mencontohinya, ameen Ya Rabbal A'lameen

Semoga beroleh manfaat dan dirahmati Allah.



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah