• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Thursday, December 9, 2010

Salam Ma'al Hijrah

Sebelum sampai ke satu-satu destinasi, kita akan melalui beberapa langkah dan tempat yang kadang-kadang mahu tidak mahu kita terpaksa lalu juga. Namun yang pasti sebelum tiba ke tempat tersebut, kita akan mulakan dengan berfikir untuk ke sana. Kita akan merealisasikan 80% daripada apa yang kita fikirkan. Contoh jika mahu makan, kita akan fikir hendak makan dahulu kemudian barulah kita makan, jarang sekali jumpa orang yang tiba-tiba sahaja  pergi makan tanpa dia sedari.

Sama juga keadaannya untuk berubah! Kita tidak akan berubah sebelum betul-betul berfikir untuk berubah. Kita tidak boleh membawa diri atau cara berfikir yang kita ada sekarang untuk berubah. Lakukan langkah pertama untuk ubah sikap.



Sunday, December 5, 2010

Azam Baru Sempena 1432 Hijrah


Sempena tahun baru hijrah yang bakal menjelang, mari kita sama-sama bina azam baru untuk berhijrah kepada yang lebih baik. Saya juga telah sematkan azam baru yang kukuh diiringi dengan doa dan harapan supaya ia tertunai. Buat sahabat-sahabat yang dikasihi sekelian...terutama yang mengetahui kisah saya, saya mohon keikhlasan kalian untuk mendoakan saya supaya:

♥ lebih bersemangat dan berkeyakinan menempuh hari-hari mendatang


♥ mampu istiqamah melaksanakan amal-amal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran


♥ dapat memperbaiki diri dengan menambah sifat-sifat mahmudah dan menyingkir sifat-sifat mazmumah


♥ berjaya membersihkan hati dengan taqwa kepada ALLAH dan cinta kepada sunnah Rasulullah sollallahu a'laihi wasallam


♥ dikurnia kesihatan yang baik, kemewahan rezeki yang melimpah ruah, dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat sana

 

Melalui ujian Tuhan yang penuh ranjau, dapat saya rasakan kasih sayang Tuhan yang menyentuh lembut sanubari saya. Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana tidak keseorangan melaluinya malah memperolehi sokongan padu daripada keluarga dan teman-teman. Terima kasih wahai Tuhan yang sentiasa melimpahkan rahmat-Nya. 

Saya sisipkan beberapa kata-kata hikmah, hadis dan ayat al-Quran yang telah saya titip di status Facebook sepanjang mengharungi kegetiran itu. Awal ditimpa ujian, telah saya rakamkan kata-kata hati melalui hadis-hadis di sini: Koleksi Hadis Terpilih. Dan berikut merupakan luahan hati seterusnya.......sehinggalah ke hari ini:

لَّا يُحِبُّ ٱللَّهُ ٱلْجَهْرَ بِٱلسُّوٓءِ مِنَ ٱلْقَوْلِ إِلَّا مَن ظُلِمَ ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا 

ALLAH tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. ALLAH adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [QS an-Nisa': 148]

 

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri. 

 

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya." [HR Abu Naim]


Apabila permaidani dipukul, akan keluarlah debu tersembunyi. Hati dan iman tidak akan diketahui kebersihan hakikinya jika tidak dipukul dengan UJIAN. Jikalau berjaya, bersih dan naiklah kedudukannya..tetapi jika iman tidak kukuh, akan rosaklah diri sebagaimana rosaknya permaidani murah akibat pukulan pembersihan.  Moga ia tidak koyak ketika hadapi ujian. [Ustaz Zaharuddin]

 

Jika ALLAH dah kata itu milik kita, biarlah bawa pusing satu dunia pun, ia tetap akan jadi milik kita.

 

"Aku perhati semua teman, dan tiada yang lebih baik daripada yang PANDAI JAGA LIDAH. Aku fikir tentang pakaian, tiada yang lebih hebat daripada PAKAIAN TAQWA. Aku halusi segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada MEMBERI NASIHAT YANG BAIK. Aku cari segala bentuk rezeki, tapi tidak jumpa rezeki yang lebih baik daripada SABAR." [Umar al-Khattab] 

 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." [HR Abu Daud] 

 

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. [QS Ali-Imran: 139] 

 

JANGAN melebihi HAD dlm berSIKAP dan berKATA-KATA. "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang telah dihalalkan ALLAH kepadamu, dan janganlah kamu MELAMPAUI BATAS. Sesungguhnya ALLAH TIDAK menyukai orang-orang yang MELAMPAUI BATAS." [QS Al-Maidah: 87] 

 

Sabda Rasulullah SAW: "Tidak ada dua ekor harimau yang lapar dilepaskan ke dalam kandang kambing, pasti harimau ini akan menerkam kambing-kambing itu. Walaupun begitu, harimau-harimau ini tidak begitu berbahaya berbanding manusia yang mencari harta dengan tamak haloba." [HR at-Tirmizi]

 

"Apabila kamu melihat bahawa ALLAH Ta'ala memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh ALLAH SWT." [HR at-Tabrani, Ahmad dan al-Baihaqi]

 

"ALLAH (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" [QS an-Nisa': 28] 


"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH hendak memberi kita pelangi."

"ALLAH setiap saat 'memanggil-manggil' kita untuk kembali kepada-Nya. Dengan cara apa saja. Dia dengan kasih sayang-Nya, terkadang membuat suasana kehidupan seorang anak manusia sedemikian rupa dengan musibah, kesusahan dan kesukaran sehingga kalbunya dibuat-Nya 'menoleh' kepada ALLAH...tetapi teramat sedikit orang yang mendengarkan,atau berusaha mendengarkan panggilan-Nya ini."

Keyakinan kepada ALLAH adalah ibarat air kedamaian yang tidak pernah kering, menjadikan seorang muslim tetap tegar di saat org lain berguguran dan tetap tenang di saat orang lain ketakutan....

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. [QS al-Insyirah: 5&6) 

Keindahan itu hanya akan tiba setelah kesedihan menapak di hati...tetapi keindahan itu akan datang bersama dengan saudaranya, kegembiraan dan kejayaan...sekiranya kita lalui kesedihan dengan rakannya, usaha dan istiqomah.

 

Muhammad bin Manshur berkata, “Ada 6 perangai yang merupakan ciri orang BODOH...MARAH tak tentu pasal, berkata-kata yang TIADA MANFAATnya, memberi peringatan BUKAN pada tempatnya, suka memBOCORkan rahsia, sentiasa PERCAYA pada setiap orang, dan tidak dapat memBEZAkan mana kawan mana lawan.” [Hilyatul Auliya’: 10/217]

 

Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah tentu menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri. [Hamka: Kitab Ihfazillah Yahfazka karangan Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni]


Sabda Nabi: "Tidak lurus iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya." [HR Ahmad]

"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."

 

al-Hasan r.a berkata: "Kawinkanlah dia dengan orang yang berTAQWA kepada ALLAH. Ini kerana, jika lelaki itu mencintainya, ia meMULIAkannya dan jika ia tidak menyenanginya, ia tidak akan berBUAT ZALIM kepadanya." [Tidak ZALIM maksudnya tidak menengking, memaki hamun, menghina, memburukkan dan mengasari isteri] 

 

Kata-kata Imam an-Nawawi: "Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu." 

 

Aisyah r.a. bertutur sebagai berikut: Pernah datang beberapa orang Badwi menghadap Rasulullah dan bertanya, "Apakah engkau suka mengucup (mencium) anak-anakmu?" Baginda menjawab, "Ya." Mereka kemudian berkata, "Tetapi demi ALLAH, kami tidak pernah mengecup anak-anak kami." Rasulullah lalu bersabda, "Aku tidak punya daya apa-apa bilamana AlLLAH telah mencabut rasa kasih sayang dari dalam hatimu." [HR al-Bukhari dan Muslim]


Abu Hurairah r.a. juga berkata: Rasulullah pernah mengucup Hasan bin Ali (cucu beliau), sedangkan di sampingnya duduk Aqra' bin Habis at-Tamimi. Lalu Aqra' berkata, "Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh anak, namun aku tidak pernah mengucup salah seorang pun dari mereka." Kemudian Rasulullah memandang kepadanya seraya bersabda, "Siapa yang tidak menyayangi, tidak akan disayangi." [HR al-Bukhari dan Muslim] 

"Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. JANGAN kamu pukul isterimu pada bahagian muka. JANGAN kamu keluarkan PERKATAAN yang JAHAT di hadapannya iaitu perkataan yang MENYAKITI HATI dan dibenci. JANGAN kamu tinggalkan isterimu SEORANG DIRI kecuali dalam rumah." [HR Abu Daud]  

“Dan perbuatan kamu berMAAF-maafan (HALAL-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa.” [QS al-Baqarah: 237] 

Nabi Musa telah bertanya kepada ALLAH: "Wahai Tuhanku! Manakah hambaMu yang lebih mulia menurut pandanganMu?" ALLAH berfirman: “Ialah orang yang apabila berkuasa (menguasai musuhnya) dapat segera meMAAFkan."  

"Aku jamin rumah di DASAR SYURGA bagi yang menghindari BERDEBAT sekalipun ia BENAR, dan aku jamin rumah di TENGAH SYURGA bagi yang menghindari DUSTA walaupun dalam BERGURAU, dan aku jamin rumah di PUNCAK SYURGA bagi yang BAIK AKHLAQnya." [HR Abu Daud]

"Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata! Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus." [HR Muslim] 

 

“Ya ALLAH, jadikanlah hambaMu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” [HR Muslim: 2491]

 

"Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa atau memutuskan silaturahim, melainkan ALLAH akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara; sama ada disegerakan kemaqbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat atau dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya." [HR Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya‘la] 

 

Rasulullah bersabda: "Sesiapa meLAPANGkan satu keSUSAHan dunia dari seorang muslim, ALLAH akan meLAPANGkan satu keSUSAHan hari qiamat daripadanya. Sesiapa memperMUDAHkan orang lain dalam kesulitan, ALLAH akan memperMUDAH baginya dunia dan akhirat. Sesiapa meNUTUP aib seorang muslim, ALLAH TUTUP aibnya dunia dan akhirat. ALLAH sentiasa memberi perTOLONGan kepada hamba selama hamba itu memberi perTOLONGan kepada saudaranya." [HR Muslim] 

 

Ketahuilah, tidak selamat seseorang yang menceritakan setiap apa yang dia dengar, dan seseorang tidak menjadi imam (pimpinan) sama sekali apabila dia menceritakan setiap yang dia dengar. [HR Muslim]

 

Bila ada yang menegur, itu tandanya kerana sayang. Syukur pada ALLAH, masih ada insan sayang pada kita. Terimalah teguran dengan hati terbuka dan berlapang dada. Semoga ALLAH mencambah cinta setiap kita.

 

"Berikan kasih sayang ♥, nescaya kamu akan dikasihi ♥ dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan." [HR Imam Ahmad] 

 

"Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.” [HR Bukhari dan Muslim] 

 

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." [HR Baihaqi] 

 

Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash, katanya Rasulullah s.a.w. berkata: “Daripada dosa-dosa yang berat; seseorang memaki ibu bapanya.” Bertanya orang yang hadir kepada beliau; "Ya Rasulullah s.a.w., adakah orang yang memaki ibu bapanya?" Jawab beliau: "Ya, dia memaki-maki bapa orang lain, orang itu memaki bapanya pula, dan dia memaki ibu orang lain, orang itu memaki ibunya pula.” [HR Muslim]


Semoga beroleh manfaat dan dirahmati ALLAH.

Ampang, Selangor, Malaysia.



Wednesday, December 1, 2010

Kewajipan Lelaki Melindungi Wanita

Lelaki disyaratkan lindungi wanita, hindari kekerasan. Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud: 
"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." (Surah an-Nisa, ayat 34)



Tuesday, November 30, 2010

Isu Rumahtangga: Suami Panas Baran

Kali ini saya berhasrat untuk menghidangkan artikel dari laman Dunia Perkahwinan buat pengunjung RaudhatulMardhiah.com. Suami seperti dalam kisah ini punya harapan besar untuk muflis di akhirat kelak.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?

Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta.”



Monday, November 22, 2010

Mengatasi Tekanan Hidup

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan untuk mengurangkan tekanan hidup. Semoga saya mampu amalkan kesemuanya. Doakan saya. Berikut merupakan tips untuk mengurangkan tekanan:

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.



Sunday, November 21, 2010

Puisi Cinta

Puisi cinta ‘Abdullah ibn Abu Bakr as-Siddiq untuk ‘Aatikah bint Zayd ibn ‘Amr ibn Nufayl al-Qurasheeyah al-‘Adaweeyah.
 
أعاتك لا أنساك ما ذر شارق ... وما ناح قمري الحمام المطوق

أعاتك قلبي كل يوم وليلة ... إليك بما تخفي النفوس معل

ولم أر مثلي طلق اليوم مثلها ... ولا مثلها من غير جرم تطلق

لها خلق جزل ورأي ومنصب ... وخلق سوى في الحياة ومصدق



Wednesday, November 10, 2010

Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Insan Yang Salah

Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja. Namun, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.



Monday, November 1, 2010

Golongan yang Menjadi Fitnah kepada Islam

Kelmarin saya keluar bersiar-siar melihat keagungan ciptaan Allah bersama-sama Fathimah az-Zahrah, Ummi, Ayah, dan 2 orang adik perempuan saya...Siti Juwairiyah (20 tahun) dan Siti Ummaimah (17 tahun). Selepas makan tengahari dan menunaikan solat Zohor, kami menuju ke taman rekreasi Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Fathimah az-Zahrah kami bawa terus ke kolam mandi untuk kanak-kanak. Belum sempat Ummi bukakan baju lagi, az-Zahrah menjerit-jerit kegirangan. Seronok melihat az-Zahrah terhibur bermain-main air bersama 2 orang makciknya yang galak bergambar.



Friday, October 15, 2010

Jangan Melampaui Batas!

Wahai manusia, sedarlah! Sabda Rasulullah SAW: "Tidak ada dua ekor harimau yang lapar dilepaskan ke dalam kandang kambing, pasti harimau ini akan menerkam kambing-kambing itu. Walaupun begitu, harimau-harimau ini tidak begitu berbahaya berbanding manusia yang mencari harta dengan tamak haloba." hadis riwayat at-Tirmizi.

Apabila sifat tamak menguasai diri, manusia akan menjadi lebih berbahaya daripada binatang buas sekalipun. Apabila hati terlalu cintakan dunia dan harta, manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mengejar kemegahan:



Monday, October 11, 2010

Koleksi Hadis Terpilih

"Apabila (seseorang) kurang berilmu akan (mudah) menimbulkan perasaan benci dan tuduhan salah (kepada orang lain). Dan jika pengetahuan tentang athar (hadith dan perbuatan sahabat) hanya sedikit, akan ramai yang mengikut hawa nafsu. Berpunca dari yang demikian, akan engkau temui suatu kaum (kumpulan) yang ramai mencintai (menyebelahi) kaum (kumpulan) yang lain hanya atas dasar hawa nafsu (bukan atas dasar kebenaran al-Quran atau al-Hadith) kerana tidak mengetahui (ilmu)nya dan dalilnya. Sedangkan mereka menyokong atau memusuhi (satu kumpulan) tanpa mengikut (landasan) hadith yang sahih dari Nabi dan dari Salaf ummah ini, mereka tidak mengetahui makna (al-Quran dan al-Hadith) dan tidak mengetahui apa yang dikehendaki (oleh hadith) tersebut dan tidak tahu untuk mempraktikalkannya". H/R Imam Malik



Sunday, October 10, 2010

Tempahkan Untukku Sebuah Bilik di Neraka!

Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir. Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.



Thursday, October 7, 2010

Bahaya Mulut Celupar

Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 83, “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah solat serta berilah zakat”

Menurut Hamka di dalam Tafsir Al-Azhar, ayat ini merupakan perjanjian antara tuhan dan Bani Israel di dalam kitab Taurat. Perjanjian ini kemudiannya diulang semula di dalam Al-Quran kepada umat Islam hari ini. Ayat ini mengandungi perintah agar manusia menjaga lidah dengan berkata perkara yang baik-baik sahaja.

Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.” [1]



Saturday, August 21, 2010

Ibubapa BUKAN Liabiliti

Sumber : www.petua.org April 27th, 2010 at 10:10 am (Petua Keluarga, Petua Perniagaan)

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang berjaya. Beginilah kisahnya…

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak…

“Ada duit? Minta ayah sedikit..”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka ’sporting’ dan tidak banyak meragam.

“Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit,” Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.



Tuesday, August 10, 2010

Mendapatkan Keberkatan Ramadhan

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

BAGAIKAN menunggu tetamu yang istimewa, Ramadan dinanti-nantikan oleh seluruh mukmin di pelusuk dunia. Dalam sejarah Islam sendiri, Rasulullah SAW dalam sebuah riwayat dinyatakan bahawa enam bulan sebelum tibanya Ramadan, Rasulullah mempersiapkan diri untuk menyambutnya. Bahkan ketika Syaaban, Rasulullah mengajar sahabat doa: “Ya Allah berkatilah kami pada Syaaban dan sampaikan kami Ramadan.”

Imam al-Ghazali membahagikan puasa kepada tiga tahap:



Thursday, August 5, 2010

Menjaga Lidah Mampu Menangkis Kejahatan Syaitan

Azizul Basri July 31 at 3:41pm
 
Part 29: Perisai Kebal Untuk Menangkis Kejahatan Jin & Syaitan

Perisai 17 of 36: Menjaga Lidah (Percakapan)

Mengeluarkan perkataan yang tidak berfaedah membuka laluan kepada syaitan untuk melakukan kejahatan ke atas manusia. Oleh itu menjaga lidah daripada mengatakan perkataan yang tidak berfaedah dapat menutup jalan kemasukan syaitan.

Rasulullah saw bersabda:
“Berapa ramai manusia terhumban ke lembah neraka disebabkan kecelakaan lidah-lidah mereka” – Riwayat at Tarmiziy dan al Hakim.

Kebanyakan maksiat berpunca daripada percakapan dan penglihatan mata. Kedua-duanya saling bergabung untuk memudahkan syaitan meluaskan empayar jahatnya.

Penjagaan lidah bermaksud:



Sunday, July 11, 2010

Tanda-tanda Seseorang Itu Mempunyai Saka

Seorang sahabat menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada saya:
"Macam mana nak tau seseorang tu ada saka?"

Saya bukanlah seorang pengamal perubatan Islam tetapi memiliki secebis pengalaman berkenaan makhluq halus dan rawatan Islam. Saya sering membantu kes-kes histeria dan rasukan ketika di kolej matrikulasi, kampus, dam kem-kem motivasi. Pernah juga seorang perawat Islam memaklumkan bahawa saya mempunyai deria keenam (six-senth) tanpa saya sedari atas sebab-sebab tertentu, ALLAHUa'lam. Mungkin disebabkan itu saya suka membaca dan mengambil tahu mengenai alam ghaib. 

Berikut saya sertakan sedikit maklumat berkenaan saka yang saya rujuk dari laman AKRINE Kuang dan Penawar.com.

Gejala Saka



Thursday, June 10, 2010

Rahsia Memimpin Wanita


Tidak dapat dinafikan bahawa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya. Ini kerana wanita kaya dengan perasaannya. Sembilan persepuluh (90%) daripada wanita adalah perasaannya. Hanya satu persepuluh (10%) adalah pertimbangan akalnya. Justeru itu, untuk menghadapi dan memimpin mereka agar tunduk kepada Allah swt, maka kaum lelaki hendaklah bermain dengan perasaan mereka sebanyak yang mungkin.

Jenis-jenis perasaan yang ada pada wanita amatlah banyak, antaranya perasaan marah, dendam, rasa malu, jemu, kecewa dan banyak lagi. Perasaan-perasaan ini boleh digunakan untuk kepentingan agama, dunia dan akhirat.



Cerpen: Semilir Kasih Aina Mardiah

Dek kerana mata sukar dipejam malam ini, saya memilih untuk meneroka dunia internet kerana badan terasa letih untuk mengemas barang. Antara laman yang saya lawati ialah Portal Komuniti Muslimah yang menemukan saya dengan hasil nukilan saya 7 tahun dahulu, Semilir Kasih Aina Mardiah

Cerpen ini saya tulis sewaktu sedang menuntut di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan saya olah sedikit setelah masuk ke Universiti Utara Malaysia. Inilah cerpen pertama saya, hasil nukilan yang tidak seberapa. Masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki untuk menghasilkan cerpen yang lebih berkualiti dan sedap dibaca. Mohon pandangan dan komen daripada teman-teman. Sebagai makluman, watak-watak di dalam cerpen ini tiada kena-mengena dengan insan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.



Monday, June 7, 2010

Untukmu Palestin

“Alhamdulillah, kini kami selamat,” katanya. Ashwad adalah seorang daripada 12 rakyat Malaysia yang ditahan itu.

“Penderitaan rakyat Palestin selama enam dekad dapat saya rasakan sepanjang 28 jam berada dalam tahanan Israel. Saya dapat rasakan bagaimana derita penduduk Palestin semasa berada dalam tahanan,” katanya ketika menceritakan mengenai layanan yang diterimanya ketika ditahan tentera Israel.

Menonton Malaysia Hari Ini (MHI) pagi tadi, terdetik di hati betapa pengecutnya tentera Israel. Ketua Misi Lifeline for Gaza Malaysia menceritakan bahawa tentera Israel tidak mampu bertentang mata pun dengan mereka sedangkan mereka hanyalah tawanan! Israel memang pengecut tetapi berhajat besar untuk menubuhkan negara sendiri. Semoga Allah menyekat usaha mereka dan menghapuskan kejahatan mereka dari muka bumi, ameen Ya Rabbal A'lameen...

Setiap kali melihat berita tentang penderitaan rakyat Palestin, rasa nak menitis air mata. Apa yang boleh kita buat untuk membantu? Apabila melihat keangkuhan Amerika dan Israel, sakitnya hati sedangkan umat Islam kini berjumlah lebih dari 1 billion orang. Jumlah yang amat besar jika dinisbahkan dengan penduduk dunia.

Palestin dikelilingi oleh negara Islam, tetapi tiada yang tampil membantu. Malah Mesir enggan membuka sempadan untuk penduduk Gaza mendapatkan bekalan makanan dan ubat ubatan. Mesir takut negara mereka dipenuhi pelarian Palestin. Hakikatnya, Mesir pengecut!

Negara Islam adalah pengeluar minyak yang terbesar tetapi semuanya penakut dan hanya mengikut telunjuk Amerika. Jika Iran dan Arab Saudi mengunakan kuasa minyak, ia sudah cukup memadai untuk membuatkan ekonomi Amerika lumpuh kerana mereka adalah pengeluar minyak terbesar di dunia. Iran bersetuju untuk mengunakan kuasa minyak, tetapi Arab Saudi diperintah oleh boneka Amerika. Tidak ada kesannya jika hanya Iran yang bertindak.

Kanak-kanak Palestin ramai yang cedera dan terkorban. Anak-anak ini akan terus berjuang apabila mereka dewasa kelak. Palestin telah dipilih sebagai bumi syahid. Ramai pejuang Islam yang terkorban, namun 'yang patah tumbuh, yang hilang berganti'. Pasti ada pengganti yang akan meneruskan perjuangan membebaskan bumi Palestin.
Perang Israel-Palestin ini berat sebelah. Israel dengan senjata yang canggih dan terkini. Pejuang Islam hanya mengunakan roket buatan sendiri. Media barat pula mengambarkan seolah olah mereka mempunyai kelengkapan yang setanding. Sedangkan ia bagaikan langit dan bumi.

Hamas dipilih menerusi pilihanraya terus dilabelkan pengganas. Dunia kononnya mahukan demokrasi, setelah Fatah iaitu kerajaan boneka mereka tewas dalam pilihanraya, mereka tidak mengiktiraf kemenangan Hamas. Dunia kononnya mengutuk pembunuhan politik, walhal tiada kuasa besar yang peduli akan pembunuhan yang dilakukan sewewang-wenangnya oleh Israel laknatullah. 
Pemimpin Hamas dibedil dengan bom seberat 1 tan yang mengorbankan hampir seluruh ahli keluarganya. Pengasas Hamas yang buta, dibom sehingga berkecai. Al-Fatihah untuk rakyat Palestin yang terkorban dan syahid.

Sama-sama kita berdoa agar Israel akan mendapat kekalahan yang teruk. Bacalah qunut nazilah setiap kali solat fardhu. Boikot barangan US dan Israel.
Bacalah dengan nama Tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubat padaNya penuh rasa hamba
Agar doa kita dimakbulkan

Agar Palestin kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air
Kebenaran Al-Quran dan sunnah

Palestin kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh

Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang Maha Kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang

Lagu: Untukmu Palestin
Nyanyian: Kumpulan Raihan

Semoga beroleh manfaat dan dirahmati Allah.



Sunday, June 6, 2010

Beratnya Tanggungjawab Seorang LELAKI

Lelaki akan menjadi dayus apabila (contoh):

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.



2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

4) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami.



Monday, May 31, 2010

Diam LEBIH BAIK Daripada Banyak Bercakap

Banyak kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam, kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim)

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang. Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab: "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Tuesday, May 25, 2010

Liku Perjuangan Mencari Ilmu


Kisah ini saya dedikasikan buat anak didik yang membaca blog ini dan Facebook. Semoga dapat menjadi inspirasi buat kalian. Juga buat sahabat-sahabat seperjuangan yang bersama-sama mengharungi liku perjuangan, terima kasih. Tidak lupa, buat adik-adik saya yang sedang cuba mengenal dunia sebenar.

Selaku anak sulung daripada 5 beradik, telah tertanam dalam jiwa saya bahawa saya perlu menjadi contoh terbaik buat adik-adik. Dibesarkan di kawasan perkampungan Yayasan al-Arqam Batu Hampar, saya masuk ke alam persekolahan pada usia 5 tahun. Pada waktu itu, saya sangat seronok dapat bersekolah. Masih basah kenangan saya belajar mengambil wudhuk sendiri, waktu itu saya membasuh kaki hingga ke lutut sehingga menjadi bahan usikan kakak-kakak senior yang melihatnya.



Wednesday, April 21, 2010

Dari Lidah Rasulullah

Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau.



Saturday, April 17, 2010

Kuiz: Adakah Anda Wanita Sejati?

Ujian personaliti ini saya terjumpa dalam majalah JELITA 1988 koleksi Ummi saya dan saya amat sukakan kuiz ini kerana saya mendapat 90 markah, hehe... Dek teruja dan keinginan berkongsi yang tinggi, saya masukkan dalam forum Portal Ukhwah pada bulan Mei 2003. Cukup nostalgia...sebulan sebelum saya mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.

Cubalah ujian ini dan kenali sejauh mana diri anda boleh dikatakan wanita sejati yang mampu membuat orang lain bahagia.

1. Apa yang lebih anda gemari?
(a)warna
(b) bentuk @ corak
(c) bunyian



Tuesday, April 13, 2010

2050: ISLAM Tadbir Dunia?

Menurut majalah Milenia Muslim keluaran April 2010; kadar pertumbuhan dan kelahiran umat Islam sedunia terus meningkat yang menghendaki kita sebagai umat Islam merenung secara bijaksana mengenai langkah proaktif dan efisien untuk mengurus, mentadbir sekaligus mengupayakan kebolehan umat Islam dalam segala bidang hingga menjadi umat bermaruah dan disegani menjelang 40 tahun lagi.

Menurut laman web http://plancksconstant.org,/ pada 1900 terdapat lebih kurang 50,000 Muslim di seluruh Eropah Barat. Akan tetapi mrnjelang 2008, peningkatan sebanyak 1000 kali ganda berlaku iaitu seramai 50 juta Muslim telah berada di Eropah Barat. Pada tahun 2050 pula, Eropah diramal bertukar menjadi benua Islam dan bakal menguasai keseluruhan komposisi penduduk dunia.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah