• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Monday, December 14, 2009

Memori UPSI: Aktiviti Kembara Minda

Unit Beruniform
Persatuan Pengakap Bitara SMKKJ

Program
Kembara Minda sewaktu Program Perkhemahan Pengakap Bitara SMKKJ 2008 di Kem Nur Lembah Lenggong

Checkpoint
Surau An-Nur
Aktiviti
· Peserta perlu menjawab tiga soalan objektif dan satu soalan struktur mengenai pengetahuan asas agama Islam.
· Selepas selesai menjawab soalan berkenaan, peserta diarahkan menyanyi nasyid ‘25 Rasul’ dengan kuat, serentak dan beramai-ramai. Jika peserta gagal mengikut arahan, mereka dikehendaki menyanyikan semula nasyid tersebut.
· Akhirnya, peserta perlu mencari kad klu maklumat mengenai checkpoint seterusnya yang telah disembunyikan oleh urusetia.
· Setelah kad klu maklumat dijumpai, peserta beredar ke checkpint berikutnya.


Keputusan
· Markah keseluruhan adalah 5 markah. Markah peserta mengikut kumpulan adalah:
Kuning = 3 markah.
Pink = 3.5 markah.
Krim = 3.5 markah.
Merah = 3 markah
Pink = 4 markah
· Dua daripada lima buah kumpulan terpaksa menyanyikan nasyid ‘25 Rasul’ secara berulang-ulang kerana mereka gagal menyanyikan nasyid tersebut dengan sekali arahan.
· Secara keseluruhan, peserta bersungguh-sungguh menjawab kesemua soalan walaupun terdapat beberapa kumpulan yang kurang fokus dalam menjawab kerana ingin mengejar masa.
· Aktiviti di surau An-Nur berjaya menyemarakkan semangat kerjasama para peserta dalam kalangan ahli kumpulan dan soalan yang dikemukakan dipercayai dapat mengukuhkan pengetahuan agama para peserta.

Ulasan
· Sebuah kumpulan gagal mencari urusetia checkpoint kerana urusetia sedang menyelesaikan masalah pengendalian aktiviti Kembara Minda sewaktu kumpulan tersebut tiba di checkpoint ini. Justeru, perkara ini
diharap dapat dielakkan pada masa akan datang.
· Peserta sepatutnya berlapang dada dan bersikap positif dalam menghadapi cabaran-cabaran aktiviti supaya kebaikan dan manfaat bersama dapat dicapai.

Soalan

1. Apakah hukum membaca tahiyyat awal dalam solat Asar?
A. Wajib
B. Sunat
C. Harus
D. Makruh
E. Haram

2. Saidatina Aisyah r.a penah menghulurkan kain tuala kepada Nabi kita Muhammad SAW untuk dilapkan air wuduk baginda, tetapi baginda menolaknya. Justeru, apakah hukumnya mengelap air wudhuk yang baru kita ambil?
A. Wajib
B. Sunat
C. Harus
D. Makruh
E. Haram

3. Rumaisyaa tidur pada pukul 3.00 pagi kerana leka berbual dengan rakan-rakannya sehingga lewat malam. Akibatnya, dia tidak tersedar sehingga pukul 7.00 pagi kerana terlalu mengantuk. Setelah terbangun daripada tidur, Rumaisyaa bergegas menunaikan solat Subuh; pada pukul 7.05 pagi. Apakah hukum perbuatannya ini?
A. Wajib
B. Sunat
C. Harus
D. Makruh
E. Haram

4. Berpandukan sabda junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, berdusta atau berbohong dibolehkan hanya dalam3 keadaan. Sila nyatakan 3 keadaan tesebut.

5. Dalam surah as-Saff, terdapat satu dalil mengenai kewajipan menggabungkan diri dengan jemaah. Sila nyatakan ayat ke berapa dan tuliskan maknanya dengan lengkap.

Subjek: QSS5012 Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikulum



0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah