• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Wednesday, December 16, 2009

Dunia Baru Islam...Bila?

Tak dapat saya lupakan kenangan manis zaman kanak-kanak membesar di perkampungan al-Arqam Batu Hampar. Apabila keluar rumah, yang saya lihat hanyalah pemuda-pemuda berserban dan berjubah serta pemudi-pemudi yang berpurdah hitam, yang saya nampak cuma kanak-kanak lelaki berkopiah kait tertulis nama masing-masing dan kanak-kanak perempuan yang bertudung renda, sungguh indah! Ketika bermain-main di luar rumah, terdengar alunan zikir yang syahdu dari masjid dan saat hampir masuk waktu solat, sayup-sayup kedengaran alunan selawat Anuar yang mendayu-dayu...alangkah manisnya waktu itu.

Tarbiyyah al-Arqam yang sempat saya kecapi sehingga umur 10 tahun cukup meninggalkan kesan besar pada diri saya hingga kini. Walaupun telah berpindah sekolah dan suasana, saya masih takut melakukan itu ini...dan saya hampir-hampir anti lelaki! Bukan kerana benci tetapi kerana 'tidak biasa' bercampur-gaul dengan mereka.
Saya masih ingat ketika menjadi Naib Pengerusi sebuah kelab akademik sewaktu Tingkatan 5, saya tidak mampu melaksanakan tanggungjawab saya dengan baik hanya kerana saya tidak mampu berkomunikasi dengan ajnabi. Sesungguhnya ia bukan dibuat-buat.......dan akhirnya keaktifan saya dalam gerak kerja di kampus sedikit sebanyak menghakis sikap yang satu ini.


Itulah dia...tarbiyyah al-Arqam. Bagi saya, lebih banyak baik daripada buruknya walaupun ia telah diharamkan. Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan yang mengakibatkan terkuburnya al-Arqam. Yang pastinya, al-Arqam sangat sinonim dengan celak, serban, purdah, nasyid, 'payung emas' dan yang paling membanggakan perniagaannya yang berkembang ke seluruh dunia. Siapa tidak bangga kalau orang Islam mampu mengeluarkan hampir kesemua barang runcit sendiri. Saya pernah melawat ke kilang kek, roti, sos, kicap dan lain-lain yang kesemuanya diyakini halalan thoyyiban. Apa pun, semua itu telah tinggal kenangan. Al-Arqam tumbuh semula di Rawang tetapi tak seperti zaman kegemilanggannya dulu...

Inilah nasyid al-Arqam yang paling berbekas di hati saya...sejak pertama kali mendengarnya (saya berumur lebih kurang 6 tahun ketika itu) hingga kini saya masih berharap bait-bait liriknya akan menjadi kenyataan! Dialunkan oleh kumpulan nasyid yang cukup hebat suatu masa dahulu iaitu Nada Murni (vokalisnya arwah Ustaz Asri yang ketika itu masih belajar) dan ditulis oleh Ustaz Asha'ari Muhammad.

Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman Nubuwwah era Khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah kami mengatur langkah
Membina sebuah thoi'fah
Di sini bara tak pernah padam
Digenggam kukuh sebuah azam

Ayuhlah para mujahid...
Ayuhlah para mujahidah...
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimah Allah
Agar terbangun DUNIA BARU ISLAM!



3 buah tangan:

saya tidak pernah terlibat dengan jemaah Darul Arqam.saya sayang dan rindu kehilangan sebuah jemaah yang telah berjaya mengubah dan mencorak masyarakat kearah yang lebih baik.Sekarang cuma tinggal lompang yang ditinggalkan oleh Al Arqam yang belum terisi...

betul tu...al-Arqam unik n hebat
tuduhan yg dilemparkan bkn semuany btul..hy Allah yg lebih tahu
yg pastinya, al-Arqam mebawa fenomena yg besar dlm dunia Islam akhir zaman...

Saya pernah mengikuti jemaah Darul Arqam. Memang banyak yg boleh dipelajari. Memang ada isu2 yg samar2. Alangkah baik, kalaulah ada pergerakan seumpama DA tapi bersih dari yg samar2. WA

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah