• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Thursday, December 24, 2009

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman

Melihat kulitnya sahaja bisa mendamaikan hati...apatah lagi membaca isinya, cukup menginsafkan diri. Pertama kali saya mendengar tentangnya adalah melalui sebuah rancangan televisyen di mana penulis menceritakan tentang perubahan besar dalam hidupnya. Ketika itu, kisahnya telah meninggalkan kesan dalam jiwa saya tetapi masih belum signifikan terhadap diri saya. Kali kedua, Ummi menceritakan mengenai keajaiban yang berlaku kepada penulis ketika menunaikan haji. Saya mula tertarik untuk mengetahui kisahnya dengan lebih mendalam. Akhirnya, kali ketiga saya menemui buku ini di pameran buku anjuran Pakar Book Center ketika bersiar-siar dengan Ummi dan adik-adik di Kluang Mall.

Buku ini adalah sebuah karya Prof. Haji. Muhd. Kamil Ibrahim yang menyentuh perasaan dan IMAN. Ia menyingkap kebesaran Allah dan RAHSIA-RAHSIA kehidupan kita di bumi yang fana ini. Travelog Haji bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardhu haji tetapi ia adalah kisah perjalanan ROH INSAN yang melangkaui kehidupan rutin manusia. Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam KEHIDUPAN MUSLIM yang terperangkap dalam jiwanya yang jahil suatu ketika dahulu.



Wednesday, December 16, 2009

Dunia Baru Islam...Bila?

Tak dapat saya lupakan kenangan manis zaman kanak-kanak membesar di perkampungan al-Arqam Batu Hampar. Apabila keluar rumah, yang saya lihat hanyalah pemuda-pemuda berserban dan berjubah serta pemudi-pemudi yang berpurdah hitam, yang saya nampak cuma kanak-kanak lelaki berkopiah kait tertulis nama masing-masing dan kanak-kanak perempuan yang bertudung renda, sungguh indah! Ketika bermain-main di luar rumah, terdengar alunan zikir yang syahdu dari masjid dan saat hampir masuk waktu solat, sayup-sayup kedengaran alunan selawat Anuar yang mendayu-dayu...alangkah manisnya waktu itu.

Tarbiyyah al-Arqam yang sempat saya kecapi sehingga umur 10 tahun cukup meninggalkan kesan besar pada diri saya hingga kini. Walaupun telah berpindah sekolah dan suasana, saya masih takut melakukan itu ini...dan saya hampir-hampir anti lelaki! Bukan kerana benci tetapi kerana 'tidak biasa' bercampur-gaul dengan mereka.



Monday, December 14, 2009

Memori UPSI: Aktiviti Kembara Minda

Unit Beruniform
Persatuan Pengakap Bitara SMKKJ

Program
Kembara Minda sewaktu Program Perkhemahan Pengakap Bitara SMKKJ 2008 di Kem Nur Lembah Lenggong

Checkpoint
Surau An-Nur
Aktiviti
· Peserta perlu menjawab tiga soalan objektif dan satu soalan struktur mengenai pengetahuan asas agama Islam.
· Selepas selesai menjawab soalan berkenaan, peserta diarahkan menyanyi nasyid ‘25 Rasul’ dengan kuat, serentak dan beramai-ramai. Jika peserta gagal mengikut arahan, mereka dikehendaki menyanyikan semula nasyid tersebut.



Friday, December 11, 2009

Kasih Ummi, Sayang Ayah

Ibu dan ayah, insan yang disanjungi
Tanpa mereka, siapalah kita
Tanpa mereka, di manakah kita
Siramilah bunga harapan mereka
Binalah tangga kejayaanmu
Segalanya hanya untuk mereka
Agar terbalas segala budi dan jasa

Ummi,
Tatkala usiaku setahun jagung
Rambutku kau usap lembut
Tubuhku kau peluk erat
Kalimah suci kau alun untukku

Ayah,
Fajar menyinsing kau melangkah
Mencurahkan keringatmu yang suci
Onak dan duri kau harungi
Demi isteri, anak tercinta



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah