• Lantai Tauhid

    "Akulah manusia yang paling takut kepada Allah..." [HR Bukhari]

  • Tiang Fiqh

    "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yang ma'ruf." [HR Bukhari]

  • Atap Akhlaq

    "Dan sesungguhnya kau (Nabi) memiliki akhlaq yang amat mulia." [Al-Qalam: 4]

  • Almari Murabbi

    "Apabila mati, terputus amalan kecuali...ilmu yang bermanfaat." [HR Bukhari]

  • Alam Ghaib

    "Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib..." [QS Al-Baqarah: 3]

  • Pelita Sunnah

    "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran & mengajarnya." [HR Bukhari]

  • Kebun Nasihat

    "Agama itu adalah nasihat...untuk umat lslam seluruhnya." [HR Muslim]

  • Keluarga Sakinah

    “...Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” [HR Tirmizi]

  • Kamar Kehidupan

    "Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan kekal." [QS Al-A'laa: 17]

  • Laci Muslimah

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik..." [HR Ibnu Majah]

  • Taman Tasawuf

    "Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang." [QS Ar-Ra'd: 28]

  • Dinding Kesihatan

    "Ada 2 jenis nikmat yang melalaikan insan iaitu nikmat sihat..." [HR Bukhari]

  • Serambi Jihad

    "Dan berjihadlah pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar..." [QS Al-Hajj: 78]

Sunday, November 8, 2009

Teknik Pengajaran Kreatif Pilihan

Photobucket
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.

Teknik pengajaran kreatif adalah nadi dalam melaksanakan proses pengajaran yang menarik dan berkesan. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan.
Justeru itu, saya memilih Polisi Kerja Rumah yang diperkenalkan oleh Gisele Glosser (Artikel: Establishing A Homewrok Policy) sebagai teknik pengajaran kreatif untuk diaplikasikan dalam pengajaran topik Simpan Kira dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Tiga. Teknik ini amat sesuai dengan topik Simpan Kira kerana topik ini memerlukan latihan yang kerap dan konsisten.


Simpan Kira merupakan proses merekod urus niaga berdasarkan prosedur debit dan kredit. Melalui topik ini, pelajar didedahkan kepada konsep, prinsip dan kaedah perakaunan yang diperkukuhkan dengan kemahiran merekodkan, mengklasifikasikan, mentafsir, menganalisis dan mengungkap data kewangan berdasarkan urus niaga atau peristiwa perniagaan. Simpan kira adalah kompleks dan memerlukan bahan atau kaedah yang khas untuk mempelajarinya. Isi kandungannya juga adalah sangat berturutan dan berhirarki iaitu melibatkan proses mental yang tinggi dan perlu memenuhi tuntutan kognitif iaitu berfikir secara analisis, rasional, logik, dan berupaya membuat penaakulan.

Dalam membina polisi kerja rumah, perkara yang perlu ditekankan adalah keadilan dan kesaksamaan kepada pelajar tetapi pada masa yang sama polisi mestilah realistik bagi guru yang sibuk. Polisi kerja rumah tidak menggunakan denda sebagai hukuman kepada pelajar tetapi polisi ini menggunakan pendekatan yang diplomasi dan bijaksana iaitu pemberian markah yang bergantung kepada penyelesaian tugasan/kerja rumah yang diberikan oleh guru dan persediaan pelajar sebelum menghadiri kelas.
Bagi setiap tempoh pemarkahan, setiap pelajar diberikan 100 markah untuk kerja rumah dan persediaan sewaktu pembelajaran. Penolakan markah akan dilakukan berdasarkan perkara-perkara berikut:
- 5 bagi setiap tugasan yang gagal dihantar/disiapkan
- 3 bagi setiap tugasan yang lambat disiapkan
- 2 setiap kali pelajar tidak bersedia

Senarai nama pelajar dan markah yang mereka kumpul akan dilekatkan pada papan kenyataan kelas. Setiap pelajar akan diberikan tugasan Simpan Kira setiap hari sehingga topik tersebut selesai diajar. Pelajar yang tidak hadir ke kelas tetapi berjaya menyiapkan tugasan Simpan Kira akan diberikan semula 5 markah bagi setiap tugasan yang diselesaikan. Jika pelajar tidak membawa tugasan Simpan Kira ke kelas sewaktu tarikh tugasan sepatutnya dihantar, 5 markah akan ditolak, bagaimanapun 2 markah akan ditambah semula apabila pelajar berjaya menghantar tugasan tersebut kepada guru. Markah untuk persediaan akan ditolak apabila pelajar gagal membawa alat tulis, kalkulator, buku latihan/buku lejar, dan buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu ke kelas.

Polisi ini mungkin kelihatan remeh dan leceh, tetapi hakikatnya polisi ini sangat berkesan. Pelajar akan bermotivasi dan bersemangat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan guru untuk mendapatkan markah. Polisi juga mengajar mereka supaya bertanggungjawab. Pelajar akan dapat berfikir secara logik, berupaya mengamalkan budaya kerja yang positif berasaskan sifat teliti, teratur, tekun, menepati masa, mematuhi peraturan serta dapat bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik dalam apa jua usaha yang dijalankan. Selain itu, pelajar akan berkeupayaan membuat keputusan dan peka terhadap kesan-kesan keputusan itu. Namun begitu, terdapat sedikit kelemahan teknik ini yang mana jika guru kurang mengadakan ujian atau kuiz sepanjang tempoh pemarkahan, maka markah kerja rumah akan menyumbangkan pemberat yang tinggi terhadap markah keseluruhan pelajar.

Guru perlu menyemak kerja rumah yang telah dihantar oleh pelajar malah guru digalakkan memasukkan permasalahan/soalan kerja rumah ke dalam ujian atau kuiz Kemahiran Hidup supaya para pelajar menyedari kepentingan kerja rumah tersebut. Bagi menambahkan keberkesanan teknik ini, guru sewajarnya membincangkan jawapan kerja rumah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Sebaik-baiknya, pelajar tersebut dibenarkan menanda tugasannya sendiri sambil dipantau oleh guru agar pelajar mudah mengenalpasti dan memperbaiki kesalahan yang dilakukannya. Cara ini dapat mendidik pelajar agar bersikap jujur dan amanah terhadap diri sendiri. Perbincangan cara penyelesaian dan jawapan tugasan boleh dilakukan dengan pelbagai cara yang interaktif, antaranya:
- Dibacakan dengan kuat oleh guru
- Dibacakan oleh pelajar yang dipilih secara rawak
- Ditulis pada papan hitam serentak dengan penglibatan lisan daripada pelajar
- Ditulis pada papan hitam oleh pelajar yang dipilih oleh guru
- Dibincangkan dalam kumpulan pembelajaran koperatif
- Ditulis di atas transparensi (overhead projector) oleh pelajar
- Mengagihkan kertas kecil yang bertulis penyelesaian kepada pelajar untuk rujukan mereka

Guru hendaklah mengambil masa untuk menjelaskan polisi ini kepada pelajar sebelum hari pengajaran topik Simpan Kira ini dimulakan. Guru boleh menghantar polisi ini kepada ibu bapa dengan surat rasmi supaya ibu bapa dapat memainkan peranan di rumah untuk memantau dan memastikan anak mereka menyelesaikan tugasan atau kerja rumah yang telah diberikan oleh guru. Teknik ini bukan sahaja dapat memupuk nilai positif ke dalam diri pelajar malah guru turut memperolehi manfaat iaitu kerja-kerja menyemak tugasan pelajar dapat dilaksanakan dalam waktu yang singkat. Semasa ketiadaan guru di dalam kelas pada waktu persekolahan (free period), guru sewajarnya menasihati pelajar supaya menggunakan waktu tersebut untuk membuat kerja rumah.

Kesimpulannya, teknik ini mampu menarik minat pelajar serta dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk menyelesaikan kerja rumah dengan cepat dan tepat. Apa sekalipun polisi kerja rumah yang ingin diguna pakai, guru mestilah memastikan polisi tersebut realistik dan tidak menekan pelajar.

JOM KITA CUBA BUAT! ;)

Semoga beroleh manfaat...


Categories:

0 buah tangan:

Post a Comment

Terima kasih untuk buah tangan yang ikhlas dari hati. Dimulakan dengan nama Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
  • Anjung Bicara

  • Bilik Bacaan

    Act Like a Lady, Think Like a Man: What Men Really Think About Love, Relationships, Intimacy, and Commitment
    Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa
    Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa
    Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    Nota Cinta untuk Cikgu
    Jin Undercover: Teknik Rawatan Gangguan Jin
    Senangnya Memasak... Sayur
    Bangkitlah Selepas Bercerai
    Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
    Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
    Formula Solat Sempurna
    Mencari Pasangan Hidup
    Ke Mana Wang Anda?
    Apa Ertinya Saya Menganut Islam
    1511H [KOMBAT]
    Men Are from Mars, Women Are from Venus
    Story of The great Wife:
    Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
    Tentang Cinta
    Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga


    Siti Zaleha's favorite books »
  • Perutusan Merpati

  • Jejak Ziarah